Resipi Peria Goreng Bercili
Resipi Peria Goreng Bercili | Assalamualaikum. Bila sebut peria je benda yang confirm terlintas dalam kepala kita rasanya yang pahit kan. Ana dulu pun tak reti dan tak suka makan peria sebab rasa pahit dia tak boleh nak diterima tekak. Satu hari tetiba teringin nak makan peria. Pahit semua tolak tepi. Start hari tu sampai sekarang peria dah jadi favorite sayur. Selalu Ana akan makan peria goreng bercili ni dengan ikan goreng rangup je. Dah cukup sedap dah tu.
Peria Goreng Bercili |
Resipi Peria Goreng Bercili
Tahu tak yang rasa pahit dari peria tu boleh mendatangkan banyak manfaat kepada badan kita. Antara khasiat peria ialah:
1. Dapat menguatkan gigi dan tulang
2. Mencuci darah kotor yang menyebabkan kudis, bisul dan gatal-gatal
3. Merawat penyakit kencing manis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing
4. Membantu mengurangkan masalah mata dan penglihatan
5. Melegakan sakit akibat gout
6. Meningkatkan sistem imun badan
7. Meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu yang sedang berpantang
Tips : Nak kurangkan rasa pahit peria tu , rendamkan peria terlebih dahulu dalam air garam sebelum di masak.
BAHAN-BAHAN :
1. Peria - 2 biji
2. Cili Merah - 3 biji
3. Bawang Putih - 3 ulas
4. Bawang Merah - ¼ biji
5. Ikan bilis
6. Belacan
7. Sos tiram
CARA-CARA :
1. Kisar semua bahan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, kacau rata dan kemudian masukkan peria.
4. Masukkan air dan sos tiram sedikit. Nak masukkan serbuk kunyit pun boleh nak bagi cantik.
5. Tutup kuali sekejap bagi peria betul-betul masak.
6. Sedia dihidang.
Baca juga : Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri
TAMBAHAN :
Kalau nak masuk telur pun boleh. Selepas angkat penutup periuk tu, masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu ke dalam kuali di bahagian bawah. Kemudian kacau rata.
Peria Goreng Bercili dengan Telur |
Resipi Peria Goreng Bercili
Reviewed by Ana Suhana
on
October 28, 2017
Rating:
Xmkn Peria.. Mak akak buat peria pecah telur.. Akak mkn telurnya hehe
ReplyDeleteSedap ni kak...makan dengan nasi hangat..kalau ada ikan kering sedapnya...tak terasa pahitnya..masak lemak campur udang pun sedap kak..
ReplyDeleteAna panggil peria eh..akak panggil kambas kalau jenis ni..peria yang kecik skit..tp sama pahit..
ReplyDeletelina suka tau makan sayur peria ni kalau kena cara masaknya...kalau dapat yang teralu pahit tu...aduiii xleh telah hihi
ReplyDeletePeria ni kalau ditambah dengan udang kecik pasti umphhh lagi
ReplyDeletesedap sngt ni k.ana. buat mkn tgh harii pwergghhh
ReplyDeletesedapnyaa . peria ni walaupun pahit tp merupakan fave saye jugak tau. hee
ReplyDeletesimple tapi sedap. ada orang suka goreng je peria ni
ReplyDeletesuka makan ni fav Bonde
ReplyDeletePeria ni bagus untuk pengidap diabetis
ReplyDeleteBaru ni baru masak peria mcm tu sebab teringin punya pasal
ReplyDeletebetul kak ana. mmg pahit. tp inilah fevret sayur busyra! sedap. buat bg pedas2 . fuh.
ReplyDeletesha suka buat masak cengginie..
ReplyDeletedah lama tak makan peria! Tengok resipi ni terliur terus
ReplyDelete