Resipi Ikan Pari Masak Cekur
Resipi Ikan Pari Masak Cekur | Assalamualaikum. Selain dari masakan sambal goreng, masakan cekur juga antara masakan yang popular di kalangan orang Jawa. Ada yang pernah makan? Resipi ikan pari masak cekur ni lebih kurang macam masak lemak putih bersantan cuma untuk masakan ni kita letak cekur di dalamnya.
Cekur merupakan tumbuhan dari keluarga halia. Sebab tu rupa dia macam halia. Kira adik beradik juga lah cekur dan halia ni. Pokok cekur selalunya mempunyai 2 -5 helai daun yang tebal berbentuk bujur dan bunga berwarna keunguan. Daunbya selalu dijadikan ulam atau kerabu. Manakala Rizom atau isi cekur yang mempunyai aroma yang lembut mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat cekur adalah seperti :
1. Tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak
5. Melancarkan haid
6. Melegakan batuk
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10. Sakit sendi.
11. Muntah
Sumber : Kebun Maya
BAHAN-BAHAN:
1. Tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak
5. Melancarkan haid
6. Melegakan batuk
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang angin
10. Sakit sendi.
11. Muntah
Sumber : Kebun Maya
Resipi Ikan Pari Masak Cekur
Resipi Ikan Pari Masak Cekur |
1. Ikan Pari - boleh juga guna ikan Keli / Sembilang
2. Bawang Putih - 2 ulas *
3. Bawang Merah - 3 biji *
4. Cekur - 3 ulas *
5. Cili api - 5 biji *
6. Kelapa - sebiji (perah untuk dapatkan pati sahaja) amik santan
* Kisar / tumbuk sehingga halus
CARA-CARA :
1. Ikan dibersihkan kemudian di gaul dengan kunyit dan garam. Kemudian bakar di atas kuali leper dengan sedikit minyak sahaja. Selepas siap dibakar, carik-carik kasar isi ikan.
2. Semua bahan yang dikisar dimasukkan di dalam periuk bersama pati santan dan garam.
3. Naikkan periuk atas dapur dan masukkan ikan yang telah dicarik.
4. Apabila kuah dah mula mendidih tutup api dapur serta merta.
5. Sedap dihidang segera.
Resipi Ikan Pari Masak Cekur
Reviewed by Ana Suhana
on
October 29, 2017
Rating:
Dah lama dah cari resepi masakan ini, akhirnya jumpajuga,... mohon share ye?
ReplyDeleteMama X penah mkn ni nmpak sedap Dan beekhasiat
ReplyDeletesedapnyerrr...klau ada kenduri khawin kat kampung kan biasanya untuk orang rewang ..diaorang masak ikan keli masak cekur...perghhhh....sedap gilossss..
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeleteSedapnyaaa :D actually tak pernah masak ikan pari. tp maybe boleh try dengan resepi ni. hihi
ReplyDeleteKalu PC panggil masak pecal kak Ana...memang sedap...aroma cekur tu...lain macam daya tarikkannya...kalau yang diet....tak mustahil boleh tewas...
ReplyDeleteTak pernah masak dan tak 0erbah makan lagi resepi ni... Boleh cuba..
ReplyDeleteWaaaauuu, sedapnya nampak! Menyelerakan. Boleh try bila2 ni
ReplyDeletekalo ikan pari slalu mkn yg amsak aasam pedas or bakar...nmpk menarik menu ni
ReplyDeleteSelamat pagi isnin dari Mama
ReplyDeleteSalam blog walking sis Ana suhana
Apa khabar pagi ni
Jemput singgah ya
Sedapnya masak ikan pari cekur ni
Hmmm
orang jawa suka masak cekur ni.. sedap ni Ana..favorite dish family kitorang ni
ReplyDelete#banyaknouNI
selalu gak makan cekur sebab jiran orang Indonesia. mula-mula tak suka sebab bau tapi lama-lama rasa sedaplah pulak..hehe
ReplyDeleteNampak sedap.
ReplyDeletemacam kuah pecel
kena save resepi ni :)
ReplyDeleteCikla pernah mkn masak mcm ni. Tp bkn ikan pari, ikan Keli. Sedap jugak. Bau cekur mmg kuat kan
ReplyDeleteMasak kalau ada cekur mmg best bau dan rasa dia kan! Mak hakak dulu dulu selalu masak ni Ana. Tp santan dia tak masak kalau tak silap. Ikan dia guna ikan pari jugak tp pari yang kecik ataupun mak panggil ikan tuke.
ReplyDeleteMaklumlah masa kecik dulu dulu mana layan lauk mcm ni..hihi
nice resepi akak. busyra tak penah makan lg.. teringin pulak. hehe
ReplyDeleteselalu tengok daun cekur je.. rupanya ada ubi dia ye..
ReplyDelete