Petua Mengundang Rezeki Dari Allah


Petua Mengundang Rezeki Dari Allah | Assalamualaikum. Setiap dari kita pasti menginginkan rezeki nye sentiasa di murahkan. Namun adalah hanya dengan berdoa tanpa usaha boleh membuahkan hasil? Sudah pasti tidak. Jadi macam mana kita nak mengundang rezeki dari Allah? Banyak sebenarnya yang kita boleh buat.

Petua Mengundang Rezeki Dari Allah

Petua Mengundang Rezeki Dari Allah
Petua Mengundang Rezeki Dari Allah

1. Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

2. Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

3. Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

4. Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

5. Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

6. Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

7. Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.  

8. Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

9. Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

10. Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

11. Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

12. Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

13. Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

14. Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Ingatlah rezeki kita bukan datang dari boss atau pelanggan kita tapi rezeki itu datang dari Allah yang Maha Pemurah. Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Petua Mengundang Rezeki Dari Allah Reviewed by Ana Suhana on October 13, 2017 Rating: 5

27 comments:

  1. Tq for sharing ana.. rezeki pada kesihatan lah yang paling utama Kan. Semoga kita seMua murah rezeki

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wrmbth sis

    Salam jumaat

    Maznee paling suka tips minta doa ibu tu

    ReplyDelete
  3. good sharing....moga kita sentiasa dimurahkan rezeki....

    ReplyDelete
  4. Banyak cara boleh mengundang rezeki kan. Antara buat dgn tidak jer

    ReplyDelete
  5. banyak cara dan pilihan mengetuk rezeki...insyaallah...semoga kita dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. good sharing Ana, byk cara utk mencari dan meminta rezeki dari sang pencipta.

    ReplyDelete
  7. Ada banyak petua menjemput rezeki kan. Tq kak kongsikan entry ni :)

    ReplyDelete
  8. Amin...moga setiap rezeki yang hadir dari sumber yang halal dan berkat..biar sedikit tetap disyukuri,,banyaknya boleh dikongsi...aminn..terima kasih kak Ana perkongsian..

    ReplyDelete
  9. Semoga mencurah-curah rezeki Ana kerana kongsikan artikel ini.. terima kasih ;)

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing. Semoga kita dimurahkan rezeki. Ameen.

    ReplyDelete
  11. amin..semoga kita semua di murahakn rezeki

    ReplyDelete
  12. semua kita semua dimurahkan rezeki untuk terus berkongsi rezeki dengan orang lain

    ReplyDelete
  13. banyak cara nak mengundang rezeki.cuma kita yang tak istiqamah

    ReplyDelete
  14. Macam-macam cara untuk mengundang rezeki. Semoga murah rezeki kita semua. Amin.

    Btw, Ana, jemput join GA pertama blog Siqah :)

    http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html?m=1

    ReplyDelete
  15. Sangat bermanfaat. terima kasih atas perkongsian kak ana:)

    ReplyDelete
  16. In syaa Allah
    Mudah2an kita sentiasa dilumayankan rezeki olehNya

    ReplyDelete
  17. Macam macam bentuk rezeki ni. Sihat tubuh badan orang sekeliling yang menyenangkan pun rezeki :)

    ReplyDelete
  18. salam singgah. terima kasih sharing ^_^

    ReplyDelete
  19. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain gak

    ReplyDelete
  20. perkongsian yang bermanfaat. semoga sentiasa di murahkan rezeki buat kita semua.

    ReplyDelete
  21. InsyaAllah.semua tips bguna tu.
    thank u ana share =)

    ReplyDelete
  22. banyak juga cara untuk mengundang rezeki nie.

    ReplyDelete
  23. Ada orang cari rezeki siang malam

    tak kaya kaya

    Ada orang undang rezeki dengan lakukan perkara yang undang rahmat Allah

    ReplyDelete
  24. Pelbagai cara kita boleh ikhtiar utk peroleh rezeki yang baik2 kan =)2

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.