Makan-makan di Restoran Mohd Chan Abdullah Taman Melawati
Makan-makan di Restoran Mohd Chan Abdullah Taman Melawati | Assalamualaikum. Dulu masa Ana kena kerja luar di Bukit Beruntung, boleh di katakan setiap hari Ana akan lunch di Mohd Chan Abdullah ni. Sebab restoran ni je yang paling dekat dengan pejabat client dan makanan dia sedap. Malas nak melilau cari kedai lain yang tak tahu lagi kesedapan dia kan. Ni cerita 5-6 tahun dulu lah. Sekarang Bukit Beruntung dan betul-betul untung. Dah ada Tesco semua. Masa Ana dulu tapak Tesco tu baru tengah dalam proses levelling. Sebab rindu nak makan dekat Chan Abdullah ni so Ana ke cawangan di Taman Melawati je. Kebetulan masa Ana sampai orang tak berapa nak ramai dan dapat parking pun senang. Kalau tak memang bercinta nak ooii.
Makan-makan di Restoran Mohd Chan Abdullah Taman Melawati
Memandangkan Ana pergi berempat jer so masing-masing agree order makanan bergoreng je. Selalu kalau datang satu family besar, baru Ana akan order nasi putih dengan menu ikan dan sayur. Ayah Ana suka sangat makanan dekat Chan Abdullah ni. Paling dia dan Ana suka ialah Thai Tofu aka Tahu Thai. Tapi sayangnya masa Ana order hari tu dah habis menu ni. Kempunan jadinyaaaaaa. So moh ler kita "move on" dengan menu yang lain.
Antara signature side dish yang wajib Ana order setiap kali makan dekat sini. Korang boleh pilih nak 3/6/9 biji. Di sebabkan Ana dah lama craving nak makan dim sum ni Ana order terus 9 biji. Dalam tu dia campur pelbagai jenis dim sum antaranya mushroom, crab stick dan black pepper. Sesetengah orang kata dim sum dia biasa-biasa je tapi Ana suka je dim sum dekat sini. Lagi-lagi bila dip dengan sos cili dan sos pekat tu. Kalau tak, tak kan Ana boleh habiskan semua dim sum ni kan.
Baca juga : Makan-makan di Makan Culture, Melawati Mall
Menu 2: Kantonis Ying Yong - RM8.90
Menu ni pun Ana suka sebab dalam tu dia masukkan kuew teow dengan bihun dalam satu menu tapi diletak berasingan. Makan dengan cili potong memang sedap. Kuah dia tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Kalau orang takde selera makan boleh try menu ni. Bahan dalam dia ada udang, isi ayam, putih telur dan fish cakes.
Menu 3 : Wantan Mee BBQ Chicken - RM7.90
Untuk orang yang tak nak makan nasi, boleh lah order mee wantan ni. Mee dekat sini tak terlalu kering dan tak terlalu basah. Just nice orang kata. Kalau nak berkuah lagi boleh makan dengan sup yang ada sekali tu. Tapi kalau makan dengan sup tu Ana akan jadi cepat kenyang. So Ana makan mee wantan tu macam tu je. Makan dengan cili jeruk atau cili potong. Baru ngammmmm.
Menu 4: Nasi Ayam BBQ - RM7.90
Korang kalau nak dapat makanan cepat boleh order menu ni sebab dia dah ready made. Tapi masih panas lah semuanya ye. Menu favorite En Suami nasi ayam ni. Sedap katanya. Syafi pun suka. Ayam dia pun lembut. Kalau dulu ada nasi itik tapi sekarang dah takde dah. Ana penah lah makan nasi itik tu. Sedap rupanya rasa itik tu ye. Lagi sedap dari ayam. Sayangnya dah takde dah menu tu.
Sebelum balik sempat lah tapao Nasi Goreng Seafood untuk mak dengan ayah. Memang tau dorang suka nasi goreng ni. Seafood dia memang penuh lah dalam tu. Berbaloi dengan harga dia. Dim sum pun Ana tapao juga. 18 biji terus. Tak nak kalah orang kata. Sekali sekala orang kata kan. Hehe. Pada yang nak mencuba makan masakan Cina yang halal boleh lah ke sini. Ada banyak cawangan tau Restoran Chan Abdullah. Senarai cawangan boleh klik SINI dan senarai menu klik SINI. Happy eating korang.
Baca juga : Makan-makan di Makan Culture, Melawati Mall
Menu 2: Kantonis Ying Yong - RM8.90
Restoran Mohd Chan Abdullah Taman Melawati |

Reviewed by Ana Suhana
on
October 04, 2017
Rating:
masakan cina memang sedap...memang boleh masuk la dalam tekak lina ni..selalu lina order dimsum ngan kantonis ying yong tu...feveretttt
ReplyDeletenasi ayam dia sedap.. ai selalu makan kat sini bila family in law gathering.. sedap..
ReplyDeletedulu pernh mkn tp lama dh la...sbb terkna termasin so lps tu mcm fobia...kt area opis ada buka , nanti nk try la kt cawangan glenmarie plak..menu ana tu fav akak
ReplyDeleteDim sum dia memang sedap..kalau saya, makan 4 orang pun order lauk pauk bagi..hihi
ReplyDeletesama! Pernah makan jugak nasi itik, memang sedap tapi lepas makan bersepah jerawat keluar T.T
ReplyDeleteAkak pun suka makan kat sini..makanan dia sedap tapi akak makan kat cawangan lain la..
ReplyDeleteWantan tu nampak sdp sgt..
ReplyDeleteKat sini susah nak cari yang halal dan sedap....
Pernah nampak dokumemtari restoran mohd chan ni dulu kat astro ...
Menarik...PC pernah terpandang Restoran ni Kak...tapi tak pernah singgah dan mencuba lagi...insyaAllah boleh cuba ni..
ReplyDeleteWow, sedap sedap menu dia semua. Tempted la!
ReplyDeleteSuka makanan cina ni tapi mr hubby kurang pulak..haih..kalau tak, boleh ajak gi mana2 branch restoran mohd chan abdullah ni...
ReplyDeleteKak Sue suka juga masakan cina nie, boleh cuba lain kali..
ReplyDeleteSemua nampak menyelerakan.. Dimsumm tuu my fav 😍😍
ReplyDeleteFuhh sedapnyaa!
ReplyDeletekenapaaa kak ana letak gambar dimsummm! dapnyaaa.. hehe
ReplyDelete