Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru | Assalamualaikum. Hari pertama di JB, lepas je selesai proses check in di Hotel BlueWave dan dapat berehat kejap, Ana terus keluar untuk misi food hunting. Perut pun dah mula start keluarkan nada-nada keroncong. Sebelum nada tu jadi nada rock keras baik kita isi apa yang patut dulu. Masa nak cari tempat makan dalam pukul 3 petang macam tu agak blurr jugak lah. Maklumlah trip kali ni trip asal boleh je. Takde spesifik itinerary langsung. Tak macam trip yang lepas. Bila tanya dekat FB ramai suggest pergi ke Stulang Laut. So Ana pun ke Stulang Laut tu. Sampai-sampai je sana blurr sekali lagi. Kedai mana satu nak makan ni. Terus minta tolong Mr Google untuk search kan. Maka jumpalah Restoran Sayam ni. Popular juga restoran ni di carian Google tu.
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai Johor Bahru
Restoran Sayam ni terletak di jalan besar Stulang Laut. Jalan dekat sini sangat sibuk dan kenderaan bukan main laju lagi. Tempat parking kereta pun limited. Berpusing juga lah nak cari parking dekat sini. Ikut nasib korang macam mana.
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Memandangkan masa Ana sampai tu dah melepasi waktu lunch, so pelanggan tak lah berapa ramai. So boleh lah dapat makanan cepat kan. Dapat je menu terus order tak nak tunggu lagi. Menu dekat sini ssnang sebab dia dah ada menu dalam set. Pilih je ikut berapa orang punya menu. Nak ala carte dan makanan bergoreng pun boleh. Dan Ana pilih menu berset dan tambah beberapa lauk sampingan.
Baca juga : Aiskrim Super Sedap di The Ice-cream Project
Sementara tunggu makanan sampai nanti ada pekerja letak otak-otak kempas atas meja. Kalau korang nak makan amik lah. Kalau tak nak pun takpe. Ana? Sekejapan licin bekas otak-otak tu. Sampai berebut dengan Syafi. Tetiba lak mamat kecik ni suka otak-otak pula. Selalu kalau beli, tak pun dia nak makan. Huh.
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Tak lama kemudian air pun sampai. Memang cun sangat sebab JB panas giler. Tekak memang haus sokmo. Tak lama lepas tu semua makanan pun sampai. Kecuali ikan siakap tiga rasa. Tu yang paling last sekali. Nasi dah separuh jalan baru sampai atas meja.
Set menu yang Ana pilih ni berharga RM64. Dalam set tu ada nasi putih + 5 lauk + air buah untuk 3 orang. Air buah korang boleh pilih apa-apa buah yang ada.
Menu 1 : Sayur Campur
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Meriah nampak sayur campur dekat sini. Sotong digunakan sebagai bahan tumisan. Ana suka sebab dorang tak guna isi ayam sebab agak memuakkan kot. Sayur pula ada sawi, lobak, kubis bunga, jagung dan cendawan. Banyak lah juga bahan tu kan. Sayur campur ni dia masak macam style kuew teow kungfu. So kuah dia pekat sedikit tapi masih tak memuakkan. Masa makan tu terasa lah juga kepedasan cili merah yang ada dalam tu.
Menu 2: Tomyam Seafood
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Tomyam dia pun sedap. Tak boleh berhenti nak hirup kuah dia. Rasa pedas tolak tepi. Janji sedap. (
Lepas tu terus telan gavison kot sebab takut pedih perut). Kuah tomyam pekat dan terasa kemanisan seafood yang ada dalam tu. Seafood yang ada sotong, kupang dan udang which is bagi Ana ok dah tu.
Menu 3: Siakap Tiga Rasa
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Mula-mula siakap ni terhidang atas meja kitorang semua assume ikan ni confirm pedas. Tengok pun dah tau. Dah sudah macam mana nak bagi si kecik ni makan. Padahal masa order dah cakap tak nak pedas. En Suami yang pertama cuba dulu. Rupanya tak pedas mana pun. Nampak je macam berapi. Untuk Syafi Ana amik isi ikan je sebab sambal tu tak meresap ke dalam. Kuah cili tu just disimbah di atas ikan tu je. Safe lah dekat situ. Bagi Ana not bad lah rasa siakap tiga rasa dekat sini tapi tak kena dengan selera En Suami pula.
Menu 4 & 5 : Telur Dadar dan Sotong Tepung
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Dua-dua menu ni standard je lah rasa dia. Takde yang special pun. Sama macam kedai tomyam yang lain. Sos sotong tepung tu guna sos thai yang masam manis pedas tu.
Menu 6: Ayam Pedas & Kailan Ikan Masin
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Menu ni menu tambahan. En Suami kalau takde ayam tak sah hidup dia. Nama je ayam pedas tapi tak pedas mana pun. Presentation nampak macam ayam paprik je tapi rasa dia tak sama. Sedap juga lah ayam pedas ni. Sekejapan licin pinggan dibuatnya. Kailan goreng tu pun sama. Sedap dan banyak juga portion dia. Memang terasa sungguh ikan masin dalam tu.
Alhamdulillah tak sampai 30 minit habis licin semua makanan tu. Nampak sangat kelaparan. Memang puas hati lah makan dekat Restoran Sayam ni. Makanan sedap, pekerja ramah, susun atur kedai teratur dan kemas. Selesa nak makan. No wonder lah Restoran Sayam ni famous di Stulang Laut.
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
Ana dah ke sini, korang bila lagi?? Kalau bercadang nak ke sini, ni Ana bagi menu-menu yang ada dekat sini. Senang lah nak plan makan apa kan. Duduk je terus order. Jimat masa.
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
|
Restoran Sayam Johor Bahru |
makan besar ni ana. sedapnya semua ni
ReplyDeleteSemua menu nampak sedap..
ReplyDeleteMakanan Thailand memang kena dengan citarasa kita, orang Malaysia..
Harga pun berbaloi-baloi..
Thanks for sharing Ana..
*masakan Thai bukan makanan Thai, hehehe ;-)
Deletelprrr hehe
ReplyDeletesedapnyaaa...lapar plak tgk mknn sedap2 niii....mn nk cari kt penang niii...hehehe
ReplyDeletesedapnya,seronok lah jalan jalan cari makan (^_^).
ReplyDeletecantiklah kedai dia. Nak ke johor sana memang jauh betul haha
ReplyDeleteOtak-otak memang fav kami. hee.
ReplyDeletelawa2 semua gambar ana. gambar ana semua nampak menyelerakan
Alaaaaaa...apesal la akak tengok entry ni time ni....aduhaiii...berbunyik2 perut akak...
ReplyDeleteamboiiii...menu dia sedap2 lah...paling best ada set2 kan...senang...jimat sikit
ReplyDeleteSemua menu nampak menarik.. I is terliur sudah 😂
ReplyDeletehujan2 ni cepat lapar
Rasa murah pulak ye Ana bila lauk banyak tp harga dia cuma Rm64 henggit. Hakak makan 1 family tak dpt harga tu Ana. Geram ah hakak tengok sayur campur tu. Ratah pun sodap tu.
ReplyDeleteLama tak ke JB...
Order by set lebih mudah kan Kak Ana...lengkap...alhamdulillah habis semua tiada pembaziran itu paling utama...tengok tempatnya pun nenariklah kak sebab susunan kayu atau papan pada dinding tu...serong-serong...unik..
ReplyDeleteWah memagn jalan jalan cari makan ya ana
ReplyDeletemakan ala ala tahai sampai jb tu
Ni set feveret kami husband & wife ni. Nasib baik baru makan. Kalau tak mesti teliur dah. Harga pun boleh tahan.
ReplyDeleteharga pun berpatutan. lapar pulak pagi2 ni tengok.
ReplyDeleteWah... lama tak dtg sini... header semakin cantik , post semua menarik2... sedap2 pulak tu
ReplyDeletesedapnyaaa da sotong goreng tepung. dap tu krup krap krup krap makan..
ReplyDeletenampak sedap semuanya tu...entah bila akak nak ke sana pun tak tahulah ana
ReplyDeleteKailan ikan masin tu best..
ReplyDeletelauk pauk nampak sedap sekali
ReplyDeleteSyukurlah dah kenyang makan, kalau tak mahu terliur nengok makanan semua tu
ReplyDeletesama je menu kita kalau makan di kedai tom yam. =) balik2 yg tu je.. hehe
ReplyDeleteTelur dadar tu paling menarik perhatian ju. Rasa dah lama xmakan telur dadar ! Telur dadae je kot ?? Ya Allah. Kejap lagi nak goreng ! Hahaha
ReplyDelete