The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever


The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever | Assalamualaikum. Dalam keadaan cuaca yang panas baru-baru ni, makan atau minum sesuatu yang sejuk  dan segar memang satu idea yang sangat wajar. Selalunya Cendol, ABC, aiskrim adalah menu yang menjadi pilihan. Kalau di Segamat tempoh hari Ana dah merasa Cendol Segar Amat yang tidak kurang hebatnya.  Dan beberapa hari kemudiannya, Ana "berjodoh" dengan homemade aiskrim yang sangat sedap di The Ice-cream Project di Johor Bahru hingga buat Ana jatuh cinta pandang pertama dengannya. Cewah!! 
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever

Pada awalnya, The Ice-cream Project ni takde dalam list pun untuk diterjah. In fact Ana tak pernah dengar pun nama TIP ni. Nak di jadikan cerita, masa tengah jalan kaki nak ke kereta dari Pasar Karat Ana ternampak ada kedai Sangkaya di deretan kedai di Jalan Dhobby ni. Tekak terasa macam nak makan aiskrim. So terus ajak En Suami singgah pekena aiskrim kejap. Masa nak melintas jalan tetiba mata ternampak kedai TIP ni. Macam menarik je kan. Tapi masih was was sebab tak nampak tanda Halal pun. En Suami lagi lah takde idea halal ke tak. Ana pun apa lagi buka pinta kedai tu terus tanya dekat pekerja tu kedai ni halal ke tak. Tersengih-sengih pekerja tu. Dia kata insyaAllah halal kak sebab kami buat sendiri aiskrim ni guna bahan-bahan yang halal. Cuma sijil halal takde lagi.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

TIP was run and owned by our local Malay guy dan berkonsepkan ala hispter cafe. Meja yang ada di ubai suai dari kaki mesin jahit zaman dulu. Meja tinggi ala bar pun ada juga. Sudut untuk melepak sambil membaca pun ada. Keadaan kedai pun selesa dan bersih. Sesuai untuk dijadikan tempat melepak dengan family dan kawan-kawan. Tapi jangan lah lepak terlalu lama sampai aiskrim dah habis pun korang masih dok borak sakan sampai customer yang baru datang nak cari tempat duduk pun takde. Jadilah rakyat prihatin ok. 
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

Menu dekat sini sangat simple. Ada menu untuk aiskrim dan air jer. Nak expect apa lagi kan dah nama pun kedai aiskrim kan. So far ada 7 perasa aiskrim di TIP ni. Dan Ana sempat rasa 3 perasa hari tu. Serius sedap aiskrim TIP ni korang. 2 kali kot Ana repeat makan dekat sini masa di JB hari tu. Antara perasa yang ada :


  • Original - RM14
  • Chocolate - RM14
  • Brownie and Cream - RM14
  • Butterscotch - RM14  √
  • Matcha Green Tea - RM16  √
  • Rasberry Granola - RM16  √
  • Rosher Fudge - RM16

Kalau korang nak tau semua aiskrim yang korang order akan di buat pada masa tu juga. Senang cakap fresh from machine lah. Korang boleh tengok macam mana aiskrim korang di buat. Teruja kot Ana masa tu. Siap berasap lagi. Dan setiap aiskrim akan di timbang terlebih dahulu dengan berat sekitar 130-150 gram bersamaan dengan 2 scoop aiskrim.


Masa order aiskrim Ana order juga waffle untuk menu tambahan. Sedap tu makan waffle dengan aiskrim kan. Harga plain butter waffle macam yang Ana amik ni RM6. Mahal tapi serius sedap, tebal dan crispy. Dia akan siapkan aiskrim dan waffle ni serentak supaya kita boleh makan sekali jalan. Tak lah aiskrim dah habis baru waffle sampai.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
Matcha Green Tea - Ceremonial great  green Japanese tea prized for its delicate kelpy taste and rich in antioxidants
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
Rasberry Granola - lightly soured rasberry cream with honey granola and almond flakes tossed in for an extra crunch
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

Butterscotch - Classic blend of brown sugar bits stopped with overflowing butter sauce imparting a sweet and nutty experience
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

Bila dah makan aiskrim ni mestilah korang nak bilas tekak dengan air kan. Dekat sini korang boleh order air based on menu atau just minum air kosong yang disediakan. Korang boleh amik sendiri air kosong tu dan cawan disediakan di tepi tempat air.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

TIP mengamalkan sistem Self-service dan Self Clean Up. Maknanya order di kaunter dan amik aiskrim pun di kaunter. Then lepas makan aiskrim, sila buang bekas aiskrim tu dekat dalam tong sampah yang disediakan. Macam mana meja yang korang duduk tadi bersih masa mula-mula, macam tu lah korang kena pastikan meja tu sebelum korang keluar dari kedai.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
So korang kalau dah sampai JB tolonglah singgah di TIP ni. Serius aiskrim dia semua marvelous korang. Walaupun harga agak mahal tapi insyaAllah berbaloi dengan kesedapan aiskrim yang disaji. Ana sampai teringat-ingat bila dah balik KL ni. Kira ok lagi lah kan. Masa Ana borak dengan owner TIP tu dia kata ada satu customer dari Australia sanggup singgah ke JB dari Singapura semata-mata nak repeat makan aiskrim dekat sini. Korang rasa apa??? Rata-rata yang dah rasa aiskrim TIP ni semua nya puas hati dan happy termasuk Ana ni. Tak rugi pun nak cuba kan. Nak ke sini waze je nama TIP ni. Tak pun guna Google Map dekat bawah ni.

Facebook :

Alamat :
31, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia

No Telefon :
07-221 0039

Waktu Perniagaan :
3 petang - 10 malam

** Setiap orang ada citarasa yang berbeza kan so mungkin pada Ana sedap sangat aiskrim ni tapi mungkin pada korang biasa je rasa dia. So apa yang Ana tulis ni 100% my own personal review!! :)

The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever Reviewed by Ana Suhana on October 26, 2017 Rating: 5

22 comments:

  1. harap usaha sebegini dapat diperkembangkan lg di masa hadapan... nampak sedap semuanyaaa

    ReplyDelete
  2. banyak gak pilihan ice crem ni, yg paling macm sedap resberry gronola

    ReplyDelete
  3. ooo ice kerem ni la yg zie ingat ice kerem galeto yg KK tu..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..sedap nampaknya.

    terliur nya..lelagi di kala cuaca panas lit lit ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedap nampaknya Tu pekat memikat. Boleh la Cuba nnti dtg sini

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Ana, kalau ke JB harus cuba nie kan..

    ReplyDelete
  7. banyak sangat tempat makan2 kat johor ni ya.. lama dah x pergi ..rindu pulak kat Johor ni .. sedapnya ice cream sambil baca sambil dah terbayang dah

    ReplyDelete
  8. Boleh ajak akk reen try nanti. Thanks share ana.

    ReplyDelete
  9. Ya ampun. Jangan kan kak ana sorang jatuh cinta ira yang aiskrim tu cair dalam gambar pun dah nak gugur jantung haaa. Sedappppp uhhhh 😭

    ReplyDelete
  10. cuaca panas dpt eskrem ni dapnyeee

    ReplyDelete
  11. Sedapnya ais krim. Sejuk tekak

    ReplyDelete
  12. woww menarik tu, panas2 macam sekarang ni sedap kalau dapat makan aiskrim kan

    ReplyDelete
  13. baru tengok pun dah rasa sedap, belum cuba lg..

    ReplyDelete
  14. tak pernah tahu pulak pasal TIP ni tapi tengok gambar macam sedap je. Terus lupa sakit gigi ni haha

    ReplyDelete
  15. sedapnyer ana...xpelah kalau mahal pun tapi sedap kan...jangan mahal tapi xsedap...hihi..blik jb nnt bolehlah lina singgah...

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap aiskrim tu Ana.. LZ percaya memang sedap berdasarkan review Ana.. Telan ailio jugaklah, hehehe

    ReplyDelete
  17. wahh.. menarik dan nampak sedap-sedap ice cream nya. actually nama kedai ni macam pernah dgr sbelum ni. tp kat mana tah time dgr tu

    ReplyDelete
  18. Tak jemu taw datang blog ni.. tak pernah menghampakan.. banyak sangat new info dan tempat makan yang best baru discover.

    ReplyDelete
  19. omelnyaaa anak kak anaa. geram. hehe. sedapnya eskrimm

    ReplyDelete
  20. I am really enjoying reading your well written articles. It looks like you spend a lot of effort and time on your blog. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work. Project Financially Free

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.