Hotel Review : Icon Hotel Segamat
Hotel Review : Icon Hotel Segamat | Assalamualaikum. Masa attend convo adik Ana di UiTM Segamat, Ana sekeluarga menginap di Icon Hotel untuk semalam. Terpaksa menginap di sini sebab convo tu sesi pagi sidang pertama. Seawal pukul 7 graduan dah kena ada di kampus. Kalau nak bertolak dari KL pukul berapa pula nak gerak kan. Lain lah kalau sidang petang, gagah lah juga nak gerak pagi tu.
Bila dah musim convo ni confirm semua hotel akan penuh kan. So untuk Icon Hotel ni Ana book sebulan setengah awal. Dapat je tarikh convo tu terus book. Kalau lambat memang susah lah sikit.
Hotel Icon ni merupakan 3 bintang boutique hotel. Ana book 2 bilik hari tu. Satu deluxe quadruple room (family room) untuk mak ayah dan adik-adik. Lagi satu untuk family Ana standard queen room. Seperti hotel yang lain waktu check in ialah 2 petang dan waktu check out ialah pukul 12 tengahari. Kalau kata kena tunggu pun, ruang menunggu di lobi yang sangat selesa ada disediakan.
Icon Hotel Segamat |
Deluxe Quadruple Room - RM154.78
Bilik ni ada 2 katil queen untuk 4 orang dengan keluasan 20.44m². Tapi kitorang duduk 5 orang. Lebih dari muat sebenarnya. Ada ruang yang luas untuk solat. Fasiliti asas seperti mini refrigerator, complimentaries (tea and coffee), kettle, toiletries and hair dryer semua di sediakan. Meja menulis pun ada. Aircond berfungsi dengan baik untuk cater luas bilik tu. Tv channel pun agak banyak untuk di tonton.
Standard Queen Room - RM90.88
Bilik ni ada 1 katil queen dan fasiliti sama macam bilik deluxe quadruple cuma takde refrigerator dan cermin hanya ada dekat toilet je. Dengan keluasan bilik seluas 13.01m² menyebabkan ruang bilik agak terhad so nak solat tu kena pandai menyelit tepi-tepi katil. Kalau orang tu badan agak besar so agak susah lah nak menyelit. Other than that semuanya baik.
Overall Review :
Overall Review :
Kebersihan - kedua-dua bilik yang Ana tempah tu semua dalam keadaan bersih. Toilet pun sama. Takde isu bilik kotor apa bagai.
Ironing facility - di setiap floor disediakan satu iron board dan iron di luar bilik. Kira kena kongsi lah dengan tetamu lain. Lucky us, iron board tu depan bilik kitorang je so mudah lah keje. Hari tu masing-masing pakat iron baju convo. :)
Dining service - dekat sini tiada dining service tau. Maksudnya harga bilik yang kita bayar tu tak disediakan breakfast semua. Cuma kalau nak breakfast juga korang boleh call reception dan beli voucher Starbucks untuk menu breakfast macam bawah ni.
Baca juga : Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat
Icon Hotel Segamat |
Baca juga : Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat
Parking - takde isu parking sebab banyak petak kosong ada dekat depan hotel. Maybe sebab banyak kedai atau restoran belum beroperasi disekeliling hotel.
Lokasi - bangunan hotel terletak di blok belakang yang masih banyak lot belum dihuni. Namun tu tak jadi masalah kerana banyak kafe dan kedai makan serta pasaraya besar terletak di blok depan which is tak sampai 500m dari hotel. Kalau naik kereta jalan depan sikit dalam 1km boleh jumpa macam-macam kedai lagi
Lokasi - bangunan hotel terletak di blok belakang yang masih banyak lot belum dihuni. Namun tu tak jadi masalah kerana banyak kafe dan kedai makan serta pasaraya besar terletak di blok depan which is tak sampai 500m dari hotel. Kalau naik kereta jalan depan sikit dalam 1km boleh jumpa macam-macam kedai lagi
Wifi - free wifi disediakan dan boleh di akses dari bilik. Connection pun quite good.
Worth for money - Secara peribadi, Ana berpendapat yang deluxe quadruple room berbaloi dengan harga yang dibayar. Bilik luas, fasiliti semua lengkap, dan selesa.
Worth for money - Secara peribadi, Ana berpendapat yang deluxe quadruple room berbaloi dengan harga yang dibayar. Bilik luas, fasiliti semua lengkap, dan selesa.
Alamat :
57 Jalan Utama 3/5 Pusat Komersial Utama,
85000 Segamat,
Johor
Telefon :
+07-931 2333
Hotel Review : Icon Hotel Segamat
Reviewed by Ana Suhana
on
October 24, 2017
Rating:
wah..lepas ni boleh la berjalan-jalan ke segamat pulak..besar bilik hotel ni,boleh duduk satu family kan
ReplyDeleteSerius dekat segamat ada hotel mcm ni. Wahhh menarik ni.
ReplyDeletetah pernah stay kat segamat.. lalu je hahaa
ReplyDeleteMenarik juga hotel nie, nanti kalau ke sana boleh lah tidur kat hotel nie kan..
ReplyDeleteWah...boleh lah terjah hotel nih kalau pergi sana
ReplyDeleteNampak best jugak hotelnya Ana... Hakak kekadang kalau nak booking hotel tengok gak rupa bangunannya dari luar. Kalau best laju laju je hangguk setuju haha...
ReplyDeleteTahniah utk adik Ana. Seronoknya dah habis belajarkan ..
Kalau tengok dari perkongsian Ana memang berbaloi-baloi dengan harga dia..
ReplyDeleteMenarik ni...hotel dia pun nampak cantik dan selesa...moden betul..dah banyak boutique hotel yang berpatutan kat johor kan
ReplyDeletenampak selesa sangat. berbaloi dgn harga :)
ReplyDeleteStandard queen tu pun murah la..boleh la ni jln2 ke sane ade tmpat penginapan dah
ReplyDeletetampak selesa... sy mmg ada cadangan nk ke segamat bln 12 nnt ada kenduri kahwin boleh laa kalau nk menginap kt sini nnt
ReplyDeleteYang utama selesa dan fasilitis yang diperlukan ada.
ReplyDeletewow....nampak bersih gila hotel ni...murah pulak tu...tq info ana..
ReplyDeleteBaru 3 minggu lepas duduk sane..hotel masih baru dan cantik :-) dalam bilik siap ada hair dryer hehe
ReplyDeleteJauh ana berjalan
ReplyDeleteada apa anak singgah ke segamat tu
Sambil sambil makan cendol tu kan?
Haha
Wow berbaloi sgt lah dgn harganya. Hotel ni mmg best
ReplyDeleteSelesanya katil dia, king size tu 😍
ReplyDeleteHarga pun berpatutan sungguh, yang deluxe tu
Kalau harga berpatutan dan kemudahan yang asas lain pun best memang patutlah lepak di icon hotel segamat nih
ReplyDeletepergh !! cantiknya hotel ni !! asal la tak jumpa masa g johor haritu.. em.. ni memintak nak kena pegi johor lagi la ni.. hahahaha~
ReplyDeleteCantik hotel ,,, padanlah dengan harga
ReplyDeleteLawa la lobi hotel ni. Nampak modern.
ReplyDeleteNampak bersih hotel dia. Yg tu yg penting.
ReplyDelete