Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s | Assalamualaikum. Cakap pasal sakit, takde siapa pun antara kita yang nak sakit kan. Kalau boleh nak sihat sentiasa. Namun lumrah seorang manusia yang lemah, setiap yang sihat itu pasti akan sakit juga. Tak kisah lah sakit yang sedikit mahupun sebaliknya. Ada yang baru jatuh demam pun dah merasa siksanya bukan main. Makan tak lalu, badan sakit sana sini, terbaring atas katil je. Itu baru sedikit tapi kita dah mengeluh kan. Samalah dengan Ana juga. Baru Allah beri rasa kena gastrik terasa beratnya lah sakit ni. Selama hampir 4 bulan kena gastrik ni macam-macam perasaan silih datang. Rasa down jangan cakaplah. Maybe ada yang kata alah gastrik je kot. Tapi hanya badan yang merasa je tau betapa tak selesanya sekeliling perut sampai kekadang naik ke dada. Setiap hari jadi moody tak ceria. Segala kerja jadi terganggu.
Ustaz selalu kata sakit tu penghapus dosa. Zaman Rasulullah s.a.w dulu, para sahabat punya lah risau kalau tak sakit. Tak tenang hati dibuatnya. Berbeza dengan zaman kita sekarang ni. Bila sakit mulalah berburuk sangka pada Allah sedangkan Allah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2:
Sakit juga ujian. Ujian untuk menaikkan darjat hambaNya itu. Dalam pada kita di uji, jangan terus kecewa dan hampa. Cari lah jalan dan teruskan berusaha untuk mengatasi ujian tersebut. Dalam ujian berupa sakit, cari lah ubat dan penawar. Macam kes gastrik Ana, dah 4-5 klinik Ana pergi dan banyak jenis ubat Ana cuba tapi tak serasi. Kemudian Ana cuba pula supplement. Nampak juga perubahan. Akhir sekali Ana consume amik kurma, madu dan habbatussauda yang telah di ruqyah oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Alhamdulillah gastrik Ana getting batter. In fact far better than the first 3 months. Sebelum dan selepas usaha tu berdoalah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang moga-moga Dia sudi mendengar dan memakbulkan doa kita asbab dari usaha-usaha kita.
Antara doa yang boleh diamalkan bagi memohon kesembuhan adalah doa Nabi Ayub a.s. Seperti yang kita tahu tentang kisah Nabi Ayub a.s yang di uji sakit kulit yang tiada ubatnya selama 7 tahun gara-gara perasaan dengki syaitan. Baginda disisih keluarga dan terpaksa tinggal di dalam gua. Sakit kulit Baginda sangat parah sehingga kan ada ulat di serata badan Baginda. Sampai suatu hari Baginda berdoa merayu kepada Allah agar dikurniakan kesembuhan.
Doa ni di ajar oleh Ustaz Sharhan Safie. Menurut ustaz, bagi yang ada penyakit InsyaAllah sakitnya akan "muntah" keluar dari badan dan pada yang tiada sakit akan menjadi antibiotik dalam badan.
Caranya:
1. Letak tangan kanan di atas dada kiri.
2. Tarik nafas
3. Baca doa dan terjemahan
4. Pejam mata, tarik nafas dan niat :
Sama-samalah kita amalkan mudah-mudahan jika ada di kalangan kita yang sedang sakit dikurniakan kesembuhan dan pada yang sihat menjadi antibiotik dalam badan. InsyaAllah.
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s |
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s
Ustaz selalu kata sakit tu penghapus dosa. Zaman Rasulullah s.a.w dulu, para sahabat punya lah risau kalau tak sakit. Tak tenang hati dibuatnya. Berbeza dengan zaman kita sekarang ni. Bila sakit mulalah berburuk sangka pada Allah sedangkan Allah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Sakit juga ujian. Ujian untuk menaikkan darjat hambaNya itu. Dalam pada kita di uji, jangan terus kecewa dan hampa. Cari lah jalan dan teruskan berusaha untuk mengatasi ujian tersebut. Dalam ujian berupa sakit, cari lah ubat dan penawar. Macam kes gastrik Ana, dah 4-5 klinik Ana pergi dan banyak jenis ubat Ana cuba tapi tak serasi. Kemudian Ana cuba pula supplement. Nampak juga perubahan. Akhir sekali Ana consume amik kurma, madu dan habbatussauda yang telah di ruqyah oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Alhamdulillah gastrik Ana getting batter. In fact far better than the first 3 months. Sebelum dan selepas usaha tu berdoalah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang moga-moga Dia sudi mendengar dan memakbulkan doa kita asbab dari usaha-usaha kita.
Antara doa yang boleh diamalkan bagi memohon kesembuhan adalah doa Nabi Ayub a.s. Seperti yang kita tahu tentang kisah Nabi Ayub a.s yang di uji sakit kulit yang tiada ubatnya selama 7 tahun gara-gara perasaan dengki syaitan. Baginda disisih keluarga dan terpaksa tinggal di dalam gua. Sakit kulit Baginda sangat parah sehingga kan ada ulat di serata badan Baginda. Sampai suatu hari Baginda berdoa merayu kepada Allah agar dikurniakan kesembuhan.
Doa Nabi Ayub - Surah Al-Anbiya Ayat 83
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"
Doa ni di ajar oleh Ustaz Sharhan Safie. Menurut ustaz, bagi yang ada penyakit InsyaAllah sakitnya akan "muntah" keluar dari badan dan pada yang tiada sakit akan menjadi antibiotik dalam badan.
Caranya:
1. Letak tangan kanan di atas dada kiri.
2. Tarik nafas
3. Baca doa dan terjemahan
4. Pejam mata, tarik nafas dan niat :
" Ya Allah Ya Tuhanku, muntahkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku dan campakkan antibiotikMu ke dalam badanku"
Sama-samalah kita amalkan mudah-mudahan jika ada di kalangan kita yang sedang sakit dikurniakan kesembuhan dan pada yang sihat menjadi antibiotik dalam badan. InsyaAllah.
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s
Reviewed by Ana Suhana
on
October 27, 2017
Rating:
thanks share. salam jumaat
ReplyDeleteAmin...moga gastrik ana tak ada lg.
ReplyDeletePerkongsian yg bagus
ReplyDeletems sakit awal thn aritu mmg doa ni yg sy baca. alhamdulillah skrg da ok
ReplyDeletesemoga gastrik ana cepat sembuh.. tq atas sharingni
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh...
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteAminn...terima kadih kak Ana perkongsian.
ReplyDeletethanks share this
ReplyDeletealhamadulillah..
ReplyDeletesatu ilmu yang sangat berharga.
boleh juga amalkan bersedekah untuk cepatkan sembuh penyakit..
in shaa Allah
Betul tu tuan. Saya setuju dengan bersedekah sebagai salah satu cara utk mohon kesembuhan :)
Deletesama2 kita amalkan. tq sharing kak ana <3
ReplyDelete