Chill dengan Homemade Teh Arab
Chill dengan Homemade Teh Arab | Assalamualaikum. Mesti ramai yang minat minum teh kan. Memandangkan Ana ni berketurunan Jawa, air teh o ni dah kira sebati dalam hidup sejak kecik lagi. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu siap minum air teh dalam botol susu lagi. Padahal bukan kecik mana pun. Sebab tu sok air teh o mesti sentiasa ada dalam peti ais tu. Lagipun memang buat teh o ni air yang paling senang ya amat. Kalau ada tetamu datang rumah, air teh o lah yang akan dihidangkan. Hehe. Cuma sekarang ni dah kurangkan minum air teh. Mujur ada kesedaran. :)
Homemade Teh Arab |
Kalau sebut pasal air teh sekarang ni macam-macam jenis dan perasa teh dari pelbagai pengeluar ada di pasaran kan. Nak perisa strawberry ada, mango ada, green tea ada, mint ada, semua lah. Lagi-lagi kalau naik ke Cameron Highland, yang takde dekat KL pun korang boleh jumpa kan.
Baca juga : Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat
Baca juga : Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap dan Penuh dengan Khasiat
Cakap pasal teh arab ni, first time Ana minum air ni kira-kira 5 tahun lepas. Memang addicted masa tu. Siap beli bancuh dekat rumah. Bukan murah pula tu. Beria lah ingat teh arab ni dari Arab. Padahal senang sangat rupanya nak buat air ni dekat rumah. Hanya guna 4 bahan je:
BAHAN-BAHAN :
1. 1 uncang black tea (Ana guna jenama Lipton)
2. 2 biji buah pelaga
3. 2 biji cengkih
4. Daun pudina (Ana tak letak sebab dah habis stok)
4. Daun pudina (Ana tak letak sebab dah habis stok)
CARA :
1. Buah pelaga dan cengkih tu di tumbuk kasar.
2. Bancuh teh, daun pudian dan bahan yang di tumbuk bersama dan tambah gula secukup rasa.
3. Sedia untuk di minum.
Macam Ana, Ana suka masukkan lemon dalam minuman teh arab tue Kombinasi keempat-empat bahan tu memang umphh. Kita boleh rasa keharuman buah pelaga, cengkih dan daun pudina tu. Rasa more relax and chill bila dapat minum teh arab lemon ni. Kalau lepas makan kita minum air ni boleh hilangkan rasa muak juga. Tak percaya cubalah nanti.
Chill dengan Homemade Teh Arab
Reviewed by Ana Suhana
on
October 22, 2017
Rating:
memang minat teh.
ReplyDeleteBoleh cuba buat teh arab tu.
lagi pun cengkih dan buah pelaga tu banyak khasiat herbanya.
menarik kak ana.. nnti boleh try..
ReplyDeleteNajihah dah cuba buat (tetapi guna resepi lain) hasilnya sangat menyedihkan. Haha tak rasa pun macammana teh arab itu. Nanti try guna resepi ini pula. Tapi still buat teh arab ini kena selalu. Practise makes perfect katakan. Sebab kita tak biasa buat kan. hahaha
ReplyDeleteooo,mcm tu je lah nak buatnya...
ReplyDeletenextime nal try buat ni.
Senang saja buatnya.. boleh Cubalah nanti
ReplyDeleteAkak xbrp minum teh o tp bole la minum cumanya kalo ada teh tarik lg suka la hehe.. Tp kt umh mertua akak mmg teh o sentiasa ada..
ReplyDeleteoo ni panggil teh arab rupanya. boleh cuba, bahan senang je sbb ada kat rumah
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth & Salam pagi isnin sis Ana
ReplyDelete.
Maznee doakan minggu ini semuanya Allah lancarkan urusan
Amin
MEmang menyegarkan teh arab ni
Tapi cengkih tu letak sikit je lah
Sebab bila dah lama rendam macam pahit pula
Sama la ana...lina pun suka minum teh o...bolehla cuba resepi ana ni...nampak sedap dan menyelerakan..
ReplyDeleteBoleh hilang dahaga x musim panas ni...x tahan la asyik minum air..minum ais plak tu
ReplyDeleteklu dpt teh o ice panas2 ni.. perhhhh boleh hilangkan dahaga hahaha
ReplyDeleteMacam sedap je teh Arab ni Ana,
ReplyDeleteAduhh nanti nak try lah.
Btw husniey pun suka teh yang diperah lemon / limau nipis.. Harum fresh je rasa 😍😍
Macam menarik. Nanti nak cuba
ReplyDeleteHakak jawa jugak...tp dulu masa kecik minuman ruji family kopi.... pergi sekolah pun bawak bekal air kopi tau!
ReplyDeleteHakak kalau teh suka yg original Ana.... tak suka yg ada perasa. Ada perasa cengkih cenggini lagilah tak berapa gemar hihi.... Kalau hakak datang rumah Ana jangan bagi air Teh Arab tau haha....
Menarik nie.. kalau sejukkan mesti lagi sedap kan..
ReplyDeleteBoleh try resipi air teh nih..
ReplyDeleteX boleh bayang pelaga ngan cengkih dalam teh. Hehe. Teringin nak try sebab macam unik
ReplyDeleteKalau minum teh dengan daun pudina dan lemon memang nikmat terasa sungguh
ReplyDelete