Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat
Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat | Assalamualaikum. Ahad minggu lepas Ana sekeluarga ke Segamat untuk attend convo adik Ana di UiTM. Alhamdulillah grad on time akhirnya walaupun pada awalnya cakap tak boleh nak carry course tu. Cakap pasal convo, masa Ana study dulu upacara convo mesti di Shah Alam tapi sekarang kebanyakan convo dibuat di cawangan kampus masing-masing. Berbeza dengan Shah Alam, majlis convo di Segamat hanya berlangsung selama 2 hari saja dan kepadatan tetamu yang datang pun tak sampai tahap sesak. Selesa lah sikit orang kata. Maklumlah cuaca sekarang yang sangat panas, orang boleh cepat baran kan. Kalau tak nak baran, jom kita cuba Cendol Segar Amat, cendol popular di Segamat. Hehe.
Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat |
Kalau kita Google apa yang menarik untuk kita jamu selera, pasti akan keluar nama Cendol Segar Amat ni. Bila waze jarak gerai ni dari hotel tak sampai pun 5 minit. Boleh sangat lah nak cuba kan. Panas panas kena cendol memang cun sangat.
Cendol Segar Amat ni terletak di dalam kawasan Masjid India bandar Segamay. Nak senang waze je confirm korang akan jumpa. Masa Ana sampai sini dalam pukul 4 macam tu. Suruh En Suami survey tempat kosong dulu, tup tup masa tu ada sorang customer ni marah-marah sebab tak dapat cendol lagi. Ahhh sudah lambat sangat ke service dekat sini. Padahal tempat duduk ade je yang kosong. Bincang punya bincang kitorang pun setuju nak cuba juga cendol ni.
Cendol Segar Amat, Segamat |
Baru je duduk dah datang tanya nak makan apa. Cepat juga kan. Tapi sayangnya hanya cendol biasa dan cendol pulut je yang tinggal. Boleh lah dari habis langsung kan. Nak tambah mee rojak kononnya tapi habis juga. Pasrah je lah Ana masa tu. Baru duduk tak sampai 5 minit cendol pun sampai. Aikk cepatnya. Maybe yang kes tadi tu kes terlepas pandang kot. Tengah sedap hirup cendol peniaga tu datang tanya nak mee rojak tak sebab ada untuk 2 pinggan lagi. Apa lagi setuju terus.
Suka makan cendol dekat sini sebab bekas cendol tu bekas besi. Baru lah feel makan cendol sebenar. Lagipun bekas besi tu bagus sebab cendol akan sentiasa rasa sejuk kan. Rasa cendol dia pun sedap juga. Tak terlalu manis yang penting. Terasa lemak-lemak santan tu. Suka sangat. Faktor panas pun menyumbang rasa sedap cendol ni juga. Hehe.
Cendol Segar Amat, Segamat Cendol Pulut |
Cendol Segar Amat, Segamat Cendol Biasa |
Mee rojak dia pun sedap juga. Cuma pedas sikit lah. Tapi pedas-pedas pun licin juga. Lepas tu menggelupur makan gaviscon. Hehe. Portion mee pun banyak boleh kongsi dua orang kot.
Cendol Segar Amat, Segamat Mee Rojak |
Cendol Segar Amat, Segamat Mee Rojak |
So korang kalau ada nak ke Segamat boleh lah singgah Cendol Segar Amat ni. Jangan lewat nanti banyak yang habis pula. Dan jangan marah-marah kala
Alamat :
Taman Yayasan Nirwana Mawar,
Masjid India,
85000 Segamat,
Johor
Waktu Perniagaan :
10 pagi - 6 petang (Setiap Hari)
Harga :
RM1.80 - RM4.50
Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat
Reviewed by Ana Suhana
on
October 23, 2017
Rating:
Alaaaa...entah bila nak buat JJCM macam ana ni ha..ana jemput akak..kita pi jjcm jom
ReplyDeletecuaca panas skarang ni...dpt cendol sedap nya...lama xmkn mee rojak
ReplyDeleteconvo kat uitm shah alam berminggu2.. meriah kan. parking gan dewan jauh2.. kena naik bus.. hahaa.. anyway cendol tu nak sedap sgt weh
ReplyDeleteSedapnya cendol makan time time panas
ReplyDeletesedapnyer.. harga pun murah :)
ReplyDeleteUhuiiii dapnya anan..lelagi skrg cuaca panas lit lit dpt cendoi..memang perghhh . Sejuk tekak hehe
ReplyDeletePerghh..sedapnye cendol tu..lagi2 time cuaca panas. Tetibe rindu lak Segamat. I warga UITM sana dulu..hehe
ReplyDeleteMee rojak...cendol macam pasangan kan kak...
ReplyDeleteSedapnya panas2 ne dapat makan cendol
ReplyDeleteSalam isnin sis Ana
ReplyDeletesemoga minggu ini semua urusan lancar
amin
Amboi bukan main posing makan makan ya ana
Tak sangka phlak nama kedai dia Cendol Segar Amat 😂😂
ReplyDeleteIngatkan tajuk post tadi, hehehe
Sedapnyaa minum petang, merasa cendol dengan rojak
alaaaaa...sedapnyer cendollll dah lah musim panas ni kan...
ReplyDeleteWah sedapnya. Memang nampak segar! Dah la lama tak makan cendol ni. Sebab sekarang dah susah nak jumpa cendol sesedap zaman kita kecik2 dulu.
ReplyDeletesekarang kan ,musim panas , kalau kena semangkuk cendol ni memang best
ReplyDeleteMurah eh harga cendolnya. Nanti balik kampung boleh ajak keluarga pergi sini lah hehe
ReplyDeletePerghhh pekena cendol panas panas mmg best. Nampak pekat cendolnya tu. Bila tengok rojak Ana ni teringin pulak nak makan rojak. Hari tu masa nak ziarah rumah kawan kat bandar Teknologi beli rojak tepi jalan. Sedap kuah rojaknya.... mcm terbayang bayang pulak dah!
ReplyDeleteCendol dan rojak memang gandingan power.. Best dan terbaik..
ReplyDeletetime panas2 cm ni laa org serbu gerai cendol termsk laa sy... boleh sggh jg nnt...bln 12
ReplyDeleteKalau nak singgah blog sis, kena bagi kenyang dulu. Haha baru tak terliur hihihi
ReplyDeletePedas lawan dengan sejuk, memang cun lah..hehe. customer marah2 tu sebab panas kot.huhu
ReplyDeleteReen xsempat nak singgah hari tu.huu. lepas ni kalo g kluang.singgah dulu sini. 😊
ReplyDeleteVerbal exchange is pivotal for an eatery's notoriety and numerous marvelous foundations can be left moderately untouched due to one terrible audit so on the off chance that you need to better the specialty of your eatery discussion, read on..teibel's family restaurant schererville in
ReplyDelete