10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri
10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri | Assalamualaikum. Kalau korang merancang untuk bercuti ke negara K-Pop, Ana nak cadang supaya korang masukkan Jeju Island dalam list korang. Confirm tak rugi punya!!
10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri
Berbeza dengan Seoul dan Busan yang lebih kepada sebuah bandar moden, Jeju Island pula menawarkan kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan. Setiap daerah di sini mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Jeju Island wujud kesan dari letusan gununh berapi kira-kira 2 juta tahun dahulu dan telah diiktiraf sebagai salah satu New 7 Wonders of Nature.
New 7 Wonders of Nature
Jeju Island wujud kesan dari letusan gununh berapi kira-kira 2 juta tahun dahulu dan telah diiktiraf sebagai salah satu New 7 Wonders of Nature.
Dan ramai juga yang beranggapan Jeju Island seperti Nami Island sedangkan saiz Jeju Island ialah 3x ganda saiz Singapura. So seeloknya spend lah 3-5 hari untuk korang betul-betul terokai pulau yang indah ni.
Tempat-tempat Menarik di Jeju
1. Hyeopjae Beach - GPS : +82-64-728-7672
Tempat Menarik di Jeju Island |
Tempat Menarik di Jeju : Hyeopjae Beach |
2. Yongmeori Coast - GPS : +82-64-794-2940 (Tiket : 2000w)
Tempat Menarik di Jeju Island |
Tempat menarik di Jeju Island |
3. Seopjikoji - GPS : +82-64-782-0080
Tempat Menarik di Jeju Island |
Tempat Menarik di Jeju Island |
4. Seongsang Illchulbong - GPS : +82-64-783-0959
Tempat Menarik di Jeju Island |
Tempat Menarik di Jeju Island |
Turut dikenali sebagai Puncak Matahari Terbit (Sunrise Peak). Ianya terbentuk akibat letusan volcanic di atas dasar laut kira-kira 5 ribu tahun yang lalu. Seongsang Illchulbong ini setinggi 182 meter dan puncaknya membentuk mangkuk seperti kawah.
5. U-do Island
Tempat Menarik di Jeju Island |
Untuk ke U-do Island, korang kena menaiki feri dari jeti Seongsang. Perjalanan memakan sekitar 15 minit sahaja. U-do Island ni terletak di utara daerah Seongsan dan nama U-do di ambil sempena bentuk pulau tersebut yang seperti lembu yang sedang berbaring.
Tempat Menarik di Jeju Island |
6. Sangumburi Crater - GPS : +82-64-783-9990 ( Tiket : 3000w)
Tempat Menarik di Jeju Island |
Tempat Menarik di Jeju Island |
7. Seongup Folk Village - GPS : +82-64-787-1179
Tempat Menarik di Jeju Island |
Tempat Menarik di Jeju Island |
8. Jeongbang Waterfall - GPS : +82-64-733-1530 (Tiket : 2000w)
Tempat Menarik di Jeju Island |
9. Jusangjeolli Cliff - GPS : + 82-64-738-1532 (Tiket : 2000w)
Tempat Menarik di Jeju Island |
10. Cheonjiyeon Waterfall - GPS : +82-64-760-6304 (Tiket : 2000w)
Tempat Menarik di Jeju : Cheonjiyeon Waterfall |
Pengangkutan di Jeju Island
Kalau di Seoul atau Busan, untuk satu tempat ke satu tempat yang lain kita boleh menggunakan perkhidmatan subway atau Busan Metro kerana jaringannya yang luas dan efisien. Berbeza dengan Jeju. Tiada kemudahan subway atau metro boleh didapati di sini. Namun terdapat pelbagai cara untuk kita explore pulau volcanic ni. Antaranya dengan mengambil pakej-pakej yang ditawarkan oleh ejen-ejen pelancongan tempatan, menaiki bas melalui intercity bus, mengupah pemandu teksi atau memandu kereta sewa.Memandu di Jeju
Macam Ana hari tu Ana pilih untuk memandu kereta sewa kerana ianya lebih cepat dan menjimatkan masa, murah bila berkongsi dalam berkumpulan dan memudahkan perjalanan di mana ianya mengikut masa kita sendiri tanpa teringat dengan mana-mana jadual.Terdapat banyak syarikat yang menyediakan khidmat menyewa kereta. Harga yang ditawarkan bergantung kepada jenis kereta dan berapa lama kita menyewa. Sila buat perbandingan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain sebelum menempah. Baca T&C yang dikenakan terlebih dahulu. Tempah dan bayar awal melalui laman sesawang syarikat tersebut kerana kebanyakan syarikat di sini tidak menerima bayaran tunai. Antara syarikat sewa kereta yang korang boleh survey ialah :
1. SIXT Rent A Car
2. AJ Rent-a-Car
3. LOTTE Rent a Car
4. Hertz
5. Avis Rent a Car
Untuk memandu di sini pastikan korang dah ada International Driving Permit (Permit Memandu Antarabangsa) terlebih dahulu. IDP ni korang boleh apply di mana-mana cawangan JPJ dalam masa 6 bulan sebelum fly dan ianya valid untuk setahun. Cara-cara untuk memohon IDP korang boleh ikut step di bawah ni :
1. Mempunyai lesen memandu yang sah untuk kelas B2 atau D
2. Salinan lesen memandu di atas ( dua-dua belah)
3. Kad pengenalan yang asli berserta salinan (dua-dua belah)
4. 2 keping gambar berukuran passport
5. Isi dengan lengkap Borang JPJ L1
6. Bayaran sebanyak RM150 untuk setahun
Memandu di Korea berbeza dengan memandu di Malaysia kerana di sini tempat pemandu berada di sebelah kiri. Agak kekok pada permulaannya namun sekejap je. Bila dah memandu di sebelah kanan ni please make sure korang hafal dan faham selok belok jalan di sini especially di roundabout dan lorong memandu. Lorong kiri menandakan lorong untuk laju. Dan jalan di Jeju agak sempit dan sesak dengan kenderaan. Jadi pastikan korang beli insuran dan sewa English GPS dengan syarikat penyewa semasa menyewa kenderaan di sini. Nak guna GPS untuk ke sesuatu tempat korang hanya perlu masukkan no telefon tempat tersebut (seperti nombor gambar-gambar diatas). Jadi salin siap-siap no telefon setiap tempat yang ingin dikunjungi.
1. Yeha Guesthouse Jejusi
2. Jeju Hiking Inn
3. Feliz Town Seogwipo
4. Lyndon Guesthouse Jejusi
Memandu di Korea berbeza dengan memandu di Malaysia kerana di sini tempat pemandu berada di sebelah kiri. Agak kekok pada permulaannya namun sekejap je. Bila dah memandu di sebelah kanan ni please make sure korang hafal dan faham selok belok jalan di sini especially di roundabout dan lorong memandu. Lorong kiri menandakan lorong untuk laju. Dan jalan di Jeju agak sempit dan sesak dengan kenderaan. Jadi pastikan korang beli insuran dan sewa English GPS dengan syarikat penyewa semasa menyewa kenderaan di sini. Nak guna GPS untuk ke sesuatu tempat korang hanya perlu masukkan no telefon tempat tersebut (seperti nombor gambar-gambar diatas). Jadi salin siap-siap no telefon setiap tempat yang ingin dikunjungi.
Guesthouse Terbaik di Jeju
4 malam di Jeju Ana bergerak secara nomad dengan check in check out di 4 guesthouse yang berbeza. Kenapa Ana tak stay di satu guesthouse saja? Jawabnya sebab Ana nak jimat masa dan tenaga. Memandangkan jarak antara satu tempat menarik dengan tempat yang lain agak jauh dan berada di daerah yang berbeza, untuk tinggal di satu guesthouse saja akan membuatkan kita terkejar-kejar dan masa untuk spend di sesuatu tempat sangat singkat. Jadi Ana mengambil keputusan untuk stay di guesthouse yang berbeza mengikut daerah seperti di dalam itinerary. Alhamdulillah kesemua guesthouse yang Ana stay memang terbaik dan kesemua ahli kumpulan Ana happy dengan bilik masing-masing. 4 guesthouse yang Ana menginap di Jeju ialah :1. Yeha Guesthouse Jejusi
2. Jeju Hiking Inn
3. Feliz Town Seogwipo
4. Lyndon Guesthouse Jejusi
Musim di Jeju
Seperti yang semua tahu Korea mempunyai 4 musim yang berbeza iaitu musim sejuk (Nov-Mac), musim bunga (Mac-Mei), musim panas (Jun-Ogos) dan musim luruh (Sep-Nov). Setiap musim mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jadi pilih dan rancang percutian korang mengikut musim yang diimpikan.Musim Panas Pic from : TESK |
Musim Bunga Pic from : Visit Korea |
Musim Sejuk Pic From : Summit Holidays |
10 Tempat Menarik di Jeju Island Dengan Memandu Sendiri
Reviewed by Ana Suhana
on
October 16, 2017
Rating:
wah dh ada direct ke jeju..dlu akak p korea kt seoul je sbb nk ke jeju kena naik flight lain plak..tq share info...mmg cantik view kt jeju tu
ReplyDeleteWow bestnya jeju. Lagi satu kenapa air asia jadikan jeju jadi destinasi terbaru sebabnya taukenya kahwin dengan orang korea hehe
ReplyDeleteBila ada penerbangan terus ke Jeju ianya sangat2 la memudahkan..kalau tak silap PC ada terdengar promosinya di radio la Kak Ana...bagi yang berhajat ke Jeju..yup ini peluangnya..
ReplyDeleteYa Allah.. cantik sangat view di jeju ye ana... bestnya kalau dapat ke sana...
ReplyDeletecantiknya pulau jeju....sebab tony khawin dgn orang korea kot ana....hihi...
ReplyDeleteWahhh boleh lah kumpul duit sikit sikit lepas ni. Syoknyaaa kak Ana pernah ke sana.
ReplyDeleteCantiknya Ana.. teringin nak pergi sana.. hihihi..
ReplyDeleteSeriously cantik gila jeju. teringin nak jejakkan kaki dekat sana lagi2 bila air asia ni dah menawarkan ticket murah. the best sangat :)
ReplyDeleteCantik cantiknya view dekat sini.. Mesti sejuk kan Ana. Bestnyalah haih bercuti kwsn mcm ni. Nyaman, tenang je rase.
ReplyDeleteBestnya Ana pernah pergi Jeju. Semua tempat yang disenaraikan wajib singgah kalau ke Jeju kan. Entri yang padat dengan segala info yang diperlukan. TQ Ana! Kalau ada peluang ke Jeju, Siqah terjah balik entri ni :)
ReplyDeletecantiknya...entah bila akak nak pergi ni. kakak dan adik akak berada dekat korea skrh taktahulah mereka ke jeju ke tidak
ReplyDeleteWah, keren banget liburan ke Jeju. Semoga kesampaian juga ke sana :)
ReplyDeleteEntri yang lengkap dgn smua info kalau nak berjalan ke Jeju. Tak taw la bila berpeluang g sana. Huhu
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletehi ana..yaya bru follow ana ni..yg ke-403..
slm kenal ye.. =)
Pulau Jeju memang cantik..
ReplyDeleteSesuai untuk berbulan madu
Cantiknya Jeju! Seoul dah pergi dua kali tapi Jeju sekali pun belum.
ReplyDeletenurulrasya.com
thanx share. Seumur hidup tak pernah sampai Korea lagi. menarik gak Jeju. Terima kasih Air Asia dan Selamat Pengantin Baru Encik Tony. Diam-diam ubi
ReplyDeleteKembang anak mata tgk view indah smua dekat Jeju ni tau !!!!! =D subhanallah
ReplyDeleteCantiknya kak
ReplyDeleteCantik sangat jeju island ni... wow penulisan yang padat ana.. best baca 👍👍👍
ReplyDeletekena bookmark page entri ni... thanks for sharing the tips.. kot2 ada rezeki nanti nak pergi sana.. hehe
ReplyDeleteTentu yang dah ada plan nak ke korea seronok bila ada penerbangan terus ke jeju. Suasana pun nampak menarik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Whishlist !
ReplyDeleteCantiknya Pulau Jeju ni. Bagus juga ada penerbangan terus dari Malaysia. Nanti boleh bajet-bajet nak pi sini.
ReplyDeleteKalau org tnya saya nk pi ke korea nk ke mana...seoul atau busan...jawapan saya dri dulu nk ke jeju saja...hahaha...nasib AA da buat direct flight ke sana...lepas ni boleh start menabung utk ke Jeju plak
ReplyDeleteSiyes ahhh awak da sampai sana syoknya syoknya.. saya selalu ke seoul je..
ReplyDeleteDlu x rasa nak gi sgt sbb leceh lahai transit. Ahah
Serius cantik semua tempat Di jeju patutlah tersenarai dlm 7 place of wonders
ReplyDeleteHrp2 ada rezeki ke Jeju. Cantik tempatnya
ReplyDeleteFuhyooo. Untunglah dapat pegi Jeju. Cantik gila tempat dia. Tapi serius lah harga tiket dia 200 ringgit je? Pergh berbaloi betul kalau pergi. Thanks for the information. Sedikit sebanyak dapat tahu macm mana nak travel ke sana
ReplyDeleteWOwwww menarik juga lokasi Jeju ini... Lagi best bila dapat spend masa dengan keluarga bercuti di sini.
ReplyDeleteTengok gambar menarik terus tak sabar nak pergi Jeju. Lagi plak dah ada direct flight.
ReplyDeletecatiknya tempatnya, teringin juga nak pi. kena kumpul duitlah
ReplyDeletecantiknya pemandangan. Dulu tau pulau jeju ni sebab dok layan drama korea. Bestnya Air asia dah ada penerbangan murah ke situ. Nanti ada rezeki nak ke sana jugak. Terima kasih kongsi info siap dengan harga tiket. SAngat membantu mereka yang baru nak kesan.
ReplyDeleteWaaaaah dah pergi dahhh. Memang best laaaa. Suka tengok semua gambar awak. Best betul. Lepas ni saya pi straight je dengan AirAsiaX. Hehe
ReplyDeleteYa Allah cantiknya tempatnya ana.. seronoknya dpt pegi. Bila la sy dpr ke sana
ReplyDeleteAlahai.. bestnyelah... masuk dalam list jugaklah, tak sabar nak g.
ReplyDelete