Salam Maal Hijrah 1439H - Jom Hijrah kan Diri
Salam Maal Hijrah 1439 H - Jom Hijrahkan Diri | Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah buat semua sahabat. Maal Hijrah atau di kenali juga dengan Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru Islam. Perkataan Muharram itu berasal dari perkataan Haram yang bermaksud berdosa. Ini kerana bulan ini di anggap bulan suci selain dari bulan ramadhan. Pada bulan ini, umat Islam dilarang untuk berlawan. Awal Muharram merupakan satu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 M.
Mengambil iktibar penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w tersebut, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa menanam semangat untuk berhirjah. Malah kita di tuntut untuk berhijrah. Hijrah itu sendiri bermaksud berpindah. Berpindah dari satu yang kurang baik kepada satu yang lebih baik. Bak kata Ustaz Ahmad Dusuki, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menghijrahkan diri kita. Jangan sampai Allah yang hijrahkan kita. Iaitu hijrah dari alam dunia ke alam barzakh kerana pada masa tu menyesal pun dah tak guna. Gunakan kesempatan yang ada ni untuk kita hijrahkan diri kita. Antara hijrah yang kita boleh buat ialah dengan hijrahkan diri dari orang yang tak solat kepada orang yang sentiasa bersolat, dari orang yang melambatkan waktu solat kepada orang yang solat tepat pada waktunya, dari orang yang solatnya terganggu kepada orang yang solatnya kusyuk, dari orang yang solat sendirian kepada orang yang melazimi solat berjemaah dan dari orang yang solat di rumah kepada orang yang cintakan solat di masjid. Orang yang suka ke masjid, Allah akan menyediakan singgahsana baginya di syurga seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah:
Salam Maal Hijrah 1439 H - Jom Hijrahkan Diri |

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari."
(Hadis Riwayat Muslim No:1073)
Dari hadis di atas kita boleh dapat beberapa pengajaran:
1. Orang yang sentiasa solat di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.
2. Rasulullah menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: …. seorang yang hatinya terikat ke masjid.
(Hadis Riwayat Bukhari: 660)
3. Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid seperti kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) {dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
Marilah sama-sama kita berusaha berhijrah dengan menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah dan mendalami ilmu agama. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat.
Kredit :
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Salam Maal Hijrah 1439H - Jom Hijrah kan Diri
Reviewed by Ana Suhana
on
September 22, 2017
Rating:
Salam Maal Hijrah ya Sis..tahun baru,lembaran baru..moga corak dan warnanya yang kita lakar dan usahakan lebih baik dan menarik pandangan Allah SWT sentiasa.
ReplyDeletesalam Maal Hijrah kak ana dan sekeluarga, semoga diberkati Allah sentiasa :)
ReplyDeleteThank you untuk ingatan tu :)
ReplyDelete"dari orang yang tak solat kepada orang yang sentiasa bersolat, dari orang yang melambatkan waktu solat kepada orang yang solat tepat pada waktunya, dari orang yang solatnya terganggu kepada orang yang solatnya kusyuk, dari orang yang solat sendirian kepada orang yang melazimi solat berjemaah dan dari orang yang solat di rumah kepada orang yang cintakan solat di masjid"
Salam maal hijrah :D
hanisamanina.com
Salam maal hijrah Ana :)
ReplyDeleteLet's be a better person
Salam maal hijrah ana,, singgah sini ...
ReplyDeleteSalam maal hijrah Mari berhijrah ke Arah lebih baik
ReplyDeleteSalam maal hijrah Ana.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat.
tk
SaLam maal hijrah n salam perkenalan dri ena 😊
ReplyDeleteTerima kasiha tas peringatan ni ya ana
ReplyDeleteBagus untuk solat di masjid untuk lelaki
Bagi isteri segeralah ingatkan suami solat di masjid
kita isteri dapat pahala sama
Sama samalah kita hijrah kan diri dan penuhkan masjid
ReplyDeleteinsyaallah pertolongan Allah swt akan turun
buktinya turki buat dan dah nampak hasil
salam maal hijrah ana...jom kita berhijrh ke arah kebaikkan
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah. Terima kasih atas peringatan :)
ReplyDeleteSalam maal Hijrah kak Ana. Moga kita semakin baik dan terus baik seiring dengan tahun baru ini. :)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Kak Ana. Moga tahun ni lebih baik dan indah daripada tahun sebelumnya. InsyaAllah :)
ReplyDeletesalam Maal Hijrah Ana. (lambat sikit wish.hee)
ReplyDeleteSalam maal hijrah Ana.. Walupun lambat tetap nak wish juga.. Semoga hijrah kita untuk tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini.. Aamiin..
ReplyDeleteThanks atas peringatan. Salam maal hijrah. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya
ReplyDeleteWalaupun dah terlambat tapi nak wish jugak, Salam Maal Hijrah kak Ana.. =)
ReplyDeleteSalam maal Hijrah..terima kasih atas ingatan sesama Islam
ReplyDeletelom terlambat if aida nak wish ana, salam maal hijrah :)
ReplyDeletetahun demi tahun berganti. kita pon semakin tambah umur...
asben aida alhamdulillah, nak kerap ke surau. jiran2 sini pon para lelaki, anak2 bujang semakin ramai imarah kan surau.
surau belakang umah aida je, ana.
alhamdulillah :)