Pertama Kali Buat ECG dan Bacaan Jantung Terbalik


Pertama Kali Buat ECG dan Bacaan Jantung Terbalik | Assalamualaikum. Korang pernah tak buat ECG?  ECG (elektrokardiogram) merupakan ujian yang dilakukan untuk melihat tahap oksigen dalam badan, mengesan kehadiran penyakit jantung atau keabnormalan ritma degupan jantung kita.  Kita akan di suruh berbaring dan 12-ECG elektrod akan dilekatkan di bahagian dada atas bawah. Ujian ECG ni sekejap sangat. Tak sampai 5 minit pun. Kemudian keputusan ujian itu akan dicetak dari mesin ECG tersebut untuk melihat ritma jantung kita.
Pertama Kali Buat ECG dan Bacaan Jantung Terbalik 

Kenapa Ana kena jalani ujian ECG tu?? Ceritanya satu hari masa Ana tengah duduk dekat kerusi malas sambil layan ceramah Ustaz Abdullah Khairi tetiba Ana rasa dada tak berapa nak selesa. Nak kata sakit tak lah sakit mana tapi memang tak selesa lah. Nafas takde sesak pun ok je macam biasa. So Ana buat biasa je lah. Pagi sebelum tu perut Ana tak berapa nak ok. Rasa berangin dan bloated di sebabkan gastrik. Bab gastrik ni pula Ana kena masa raya Aidilfitri yang lepas ni. Dah 4 klinik Ana pergi semua kata Ana kena gastrik. Memang sedih juga lah sebab dah lebih dari 2 bulan tak sembuh-sembuh. Tapi gastrik tu getting better dari mula-mula dulu.

Sambung cerita pasal tak selesa dada tu, bila En Suami balik dari keje terus Ana bagitau dia. Dia tanya nak pergi klinik ke. Ana berbelah bagi pula rasanya tapi bila pikir pasal jantung ni terus jalan lah kami ke klinik. Kali ni Ana ajak ke Klinik Kesihatan je sebab masih di buka dan selalunya orang tak ramai petang-petang ni. Sampai dekat klinik, selesai dapat nombor giliran dan buat bayaran,  Ana pergi ke bilik Z untuk amik tekanan darah dan suhu badan. Alhamdulillah semua normal.

Kemudian tiba giliran Ana. En Suami memang Ana suruh masuk sekali sebab dia cepat faham explanation dari doktor. Masa jumpa doktor tu Ana cakap lah dada Ana tak selesa lepas Asar tadi. Tak sakit dan takde sesak nafas cuma rasa tak selesa. Lepas tu Ana cakap Ana ada gastrik. Doktor tu pun check guna tetescope dan dia kata ok je. Then dia suggest buat ECG di bilik rawatan dan bawa keputusan ECG tu jumpa dia semula. Ana pun pergi lah ke bilik rawatan tu dan buat ujian ECG tu. Bila keputusan keluar, bacaan jantung Ana terbalik. Tapi bacaan oksigen dalam badan Ana normal. Kemudian doktor tu pergi bilik sebelah untuk tanya opinion doktor lain pula. Bila dah berbincang doktor suspect "MAYBE" Ana ada sakit jantung. Giler down rasanya masa tu. Doktor terus tulis surat referral ke bahagian emergency hospital Selayang dan Ana kena pergi hari tu juga. Siap tanya nak naik ambulance atau drive sendiri. Of course Ana nak naik kereta sendiri. Sebelum keluar dari KK tu, doktor bagi Ana makan ubat cairkan darah, ubat gastrik dan ubat jantung yang letak bawah lidah tu

Sebelum ke hospital, Ana singgah rumah mak dulu nak hantar Syafi dan solat maghrib dulu. Masa tu memang Ana dah moody sangat lah. Sampai dekat bahagian emergency terus bagi staff bertugas surat tu. Lepas tanya macam-macam dorang suruh Ana masuk ke bilik 1 terus dan buat ECG sekali lagi. Keputusan ECG kali ni nampak normal ritma jantung tu. Ana happy lah semula kan. Tapi tak leh balik lagi,  Ana di bawa ke bahagian triage untuk tanya pendapat doktor dalam tu pula. Doktor dalam tu lagi sempoi. Dia tengok result ECG tadi terus dia tanya soalan dekat Ana samada ada rasa tak selesa dekat perut tak macam bloated sebelum tu. Ana cakap lah memang ada sebab Ana ada gastrik sejak raya yang lepas. Then doktor terus suruh Ana ke green zone untuk pemeriksaan seterusnya.

Dalam 20 minit macam tu Ana masuk ke bilik doktor. Ana cerita lah "kronologi" sakit dada dan gastrik Ana tu. Lepas tengok result 2-2 ECG test tadi, doktor kata jantung Ana nampak normal je. Tapi untuk further confirm, Ana kena buat ECG sekali lagi dan kena amik darah untuk lab test. 1.5 jam kemudian lepas dah amik ECG dan ujian darah dah keluar, Ana jumpa doktor sekali lagi. Doktor buat comparison result ECG yang di ambil 2 kali di hospital dan kata jantung Ana normal. Bacaan ujian darah ana pun 53 je which is menunjukkan jantung Ana normal. Kalau bacaan untuk kena jantung selalunya 200 ke atas. Memang lega sangat. Doktor kata tak selesa dada Ana tu disebabkan oleh angin gastrik yang menekan kawasan dada. Terus dapat ubat gastrik dan angin masa tu. Memang bagus hospital Selayang ni. Walaupun masa menunggu sangat lama tapi dengan bayaran RM1 dan kualiti perkhidmatan yang di beri, memang Ana puji habis. Doktor dan nurse semua freindly walaupun mereka exhausted. 

Balik tu Ana search dekat Google, rupanya memang ramai je pesakit gastrik yang pernah kena sakit dada sampai sesak nafas pun ada. Alhamdulillah Ana punya tak teruk macam tu. Lepas dari tu ada lah sakit dada tu datang sekali sekala tapi Ana cepat-cepat think positive. Tapi rentetan kes tu, Ana macam fobia nak ke KK dah. Baru Ana teringat masa nak amik ECG tu, nurse yang incharge siap cakap wah mesin baru lah. So Ana suspect bacaan ECG Ana terbalik sebab nurse tu first time guna mesin tu. Sepatutnya bila tengok bacaan tu tak normal, kena buatlah sekali lagi ujian ECG tu kan tapi tu lah. Takpe lah semua pun dah berlaku. Yang penting jantung Ana normal. Alhamdulillah. 








Pertama Kali Buat ECG dan Bacaan Jantung Terbalik Reviewed by Ana Suhana on September 02, 2017 Rating: 5

15 comments:

  1. bila baca kes ana ni..lina selalu dengar husband lina cerita tentang sakit macam ni...sebenarnya memang angin je ana...ramai patient takut sebab dia rasa macam sesak nafas kan...klu g kk memang lah ana mcm2 dia sruh buat,tp syukurlah ana x apa2...tp lega juga dah buat pemeriksaan semua tu kan..

    ReplyDelete
  2. bila dgr psl jantung sure berdebarkan..tp kalo gastrik kdg sakit kt ulu hati tu...tk pernah dgr bacaan jantung terbalik tu...mmg ana kena jg time mkn la..kalo tk sure masuk angin

    ReplyDelete
  3. berdebar baca.. tp akhirnya.. alhamdulillah.. normal...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Mujur tak ada yang serius.. Jangan skip makan ye ana.. Gastrik nie ana kena elakkan makan makanan berasid.. sha dulu agak teruk juga gastrik.. bila pantang makanan berasid makin okay.. sesekali je kena..

    ReplyDelete
  5. Syukur semua elok .. mrs pip pun buat ECG juga hari tu. mula mula sakit dada punya kes juga, pi X-Ray dada, doktor nampak mcm ada something kat X-Ray tu, tapi doktor tak explain details pasal doktor nak tengok bacaan ECG dulu. then doktor suruh ECG juga, then tengok bacaan ECG ok jer ...

    pelik time tu, apahal boleh sakit dada tiba tiba ... then lepas baca entry Ana ni, barulah faham, gastik boleh menyebabkan sakit dada T_T
    thanks sharing ... gastrik mrs pip kira teruk juga kalau datang, mmg standby dgn ubat gastrik omeprazole ni sentiasa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Mrs Pip. Kalau kita ada gastrik boleh kemungkinan kita akan rasa sakit dada sebab angin atau gas dlm perut naik menekan ruangan dada.

      Delete
  6. Alhamdulillah semua normal kak...syukur sangat..melibatkan jantung ni bukan hal kecil dan remeh..besar impaknya bila ada gangguan kesihatan pada jantung..

    ReplyDelete
  7. ana !! sekarang dah okay kan ? huish.. atie pun seriau ha bila melibatkan jantung.. semoga ana baik2 saje.. jaga kesihatan okay..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ana dah ok. Hish bab jantung ne memang seram yelah sakit jantung ne bukan kenal muda atau tua

    ReplyDelete
  9. Semoga Ana terus dikurniakan kesihatan yang baik..
    Syukur alhamdulillah takde apa-apa yang serious..

    ReplyDelete
  10. Semoga allah selalu memberi kesihatan yg terbaik buat akak.

    ReplyDelete
  11. memang moody kowt kalau tetiba dpt jawapan mcm tu. syukur kak ana takda apa2. alhamdulillah. moga2 gastrik kak ana pun cepat sembuh. makan kena on time n takleh makan 3jam sebelum tidur. hehe

    ReplyDelete
  12. first time tngok bacaan jantung tu.. kak anaaa plis jaga pemakanan ye.. kita syg kak ana.. hehe.

    ReplyDelete
  13. tak kiralah, messin baru ke, mesin lama ke. yang penting jantung normal.

    ReplyDelete
  14. Sy pun baru2 ni buat ECG, doktor ckp result ECG tak berapa cantik. Padahal gula dlm drh normal, tekanan darah normal, kolesterol normal. Tp mmg sblm sy buat ECG tu, perut keje meragam je. Asik2 pegi tandas. Sy suspek, mgkn sbb tu kot bacaan ECG sy tak cantik. Ni tgu lg 1 bulan dtg balik buat ECG

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.