Mid-Autumn Festival : Lantern Parade di Sunway Putra Mall
Mid-Autumn Festival : Lantern Parade di Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Sabtu lepas, Sunway Putra Mall telah mengumpulkan hampir 1,000 orang peserta di Lantern Parade (Perarakan Tanglung) bersempena dengan Mid-Autumn Festival (Pesta Pertengahan Musim Luruh). Hampir 600 tanglung diberi secara percuma kepada para pengunjung yang menyertai perarakan tersebut. Dan sepanjang pesta tersebut yang berlangsung bermula dari 22 September hingga 4 Oktober ini, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai jenis tanglung yang menghiasi ruangan pusat beli belah tersebut termasuk sebuah tanglung gergasi yang diperbuat daripada fabrik dan baju kitar semula. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menggalakkan keharmonian sesama kaum dan juga mempromosikan kempen kitar semula.
Mid-Autumn Festival : Lantern Parade di Sunway Putra Mall
Mid-Autumn Festival, Sunway Putra Mall Kredit : Fb Sunway Putra Malll |
Mid-Autumn Festival, Sunway Putra Mall |
Perarakan tanglung bermula dari pintu utama Sunway Putra Mall dan menuju ke Kenny Hills. Untuk memeriahkan lagi suasana, perarakan dipimpin oleh Dragon Troupe, Moon Fairies dan maskot dari Cold Storage dan Mr DIY. Perarakan tersebut turut disertai oleh Ms Phang Sau Lian (Pengurus Besar Sunway Putra Mall) bersama dengan Dato' Tan Choo Teck (Naib Presiden TLC) dan juga 11 rumah kebajikan di bawah jagaan Touching Lives Club Kuala Lumput & Selangor (TLC).
Mid-Autumn Festival, Sunway Putra Mall Kredit : Fb Sunway Putra Mall |
Sebelum itu, kanak-kanak berumur 7 hingga 16 tahun yang kurang bernasib baik dari rumah kebajikan tersebut berpeluang untuk mengasah kemahiran artistik mereka di dalam bengkel membuat kuih bulan dan tanglung yang dianjurkan oleh TLC dan seterusnya mereka disajikan dengan makan malam di Selera Street.
Mid-Autumn Festival, Sunway Putra Mall Kredit : Fb Sunway Putra Mall |
Dalam acara tersebut juga telah menyaksikan Sunway Putra Mall berjaya mencipta rekod di dalam The Malaysia Book of Record untuk The Tallest Lantern Made of Recycled Fabrics di bawah kategori Art & Entertainment. Tanglung gergasi yang berketinggian 10.54 m dengan lebar 3.98m ini adalah usahasama oleh International University of Malaya Wales (IUMW) dan Kloth Cares. Tanglung tersebut dipamerkan di Main Concourse sehingga 4 Oktober 2017. Selepas itu, fabrik dari tanglung tersebut akan didermakan kepada Kloth Cares untuk dikitar semula menjadi produk yang lain.
Mid-Autumn Festival, Sunway Putra Mall |
Dan bersempena dengan Pesta Pertengahan Musim Luruh, pelbagai jenis kuih bulan dan makanan istimewa di jual oleh Cold Storage, Haagen-Dazs, Breadstory, D'King, Aihana Mooncakes, Wing Heong BBQ Meat, Fai Fong Bakery dan Two Pineapples. Manakala untuk tanglung boleh di beli di Pro A Lantern. Selain itu, para pengunjung juga boleh menyertai bengkel membuat kuih bulan dan tanglung pada 30 September dan 1 Oktober 2017 ini.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi nombor di bawah:
Mid-Autumn Festival, Sunway Putra Mall |
Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi nombor di bawah:
Telefon :
03-2786 9333
Website :
03-2786 9333
Website :
Facebook :
Mid-Autumn Festival : Lantern Parade di Sunway Putra Mall
Reviewed by Ana Suhana
on
September 28, 2017
Rating:
best juga festival ni, very colorful.
ReplyDeleteMemang sesuai masuk record, tinggi dan besar tanglung tu =D
ReplyDeleteMacam fefeling ke jepun pulak bila baca perkataan autumn :D
ReplyDeleteWarna warni..ceria..gembira..semangat..
ReplyDeleteSemalam pergi the curve..pun nampak gak decoration lantern festival ni macam besar besaran gitu...cantik terang benderang je mall..
ReplyDeletewow bestnya..kalau kat area sana mcm2 festival blh p...
ReplyDeleteSerius besarr..terkagum sekejap AS 2 minit hihi
ReplyDeleteSempat lagi nak join bengkel buat Kuih bulan 😉.
ReplyDeleteLawanya ! Kalau kecik2 dulu sume akk gelarkannya tanglong je..haha. padahal nama lain
ReplyDeleteWah meriahnya ya Ana.. siap ada Tanglung gergasi lagi..
ReplyDeleteHappening nya event ni. Cantik susun payung2 tu
ReplyDeleteMenariknya.. Happening sangat nie..
ReplyDeletemacam best je aktiviti dia. Tak pernah tengok orang buat tanglung
ReplyDeleteMeriah dan menarik nampaknya
ReplyDeletewah nampak meriah
ReplyDeletemeriahnya kak ana... best je tngokk!
ReplyDeleteBesar tanglung nya. Cantik lak tu sbb dia cantum2 kain tu.
ReplyDeletebestnya !!! warna warni..
ReplyDeletewow. meriah. warna-warni.
ReplyDeleteaida sgt suka tempat gini.
bwk anak2. diorang memang akan extra excited.
tanglung... izzat mesti enjoy.