Kenali Budaya Malaysia di Lost in ChinaTown Kuala Lumpur


Kenali Budaya Malaysia di Lost in Chinatown Kuala Lumpur | Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang hidup harmoni dan aman damai. Dan kerana keunikan tersebut menyebabkan ramai pelancong tertarik untuk melancong di  sini selain dari tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia ni. Dan untuk mengenali budaya yang ada di Malaysia ni, Lost in Chinatown Kuala Lumpur adalah tempat yang tepat sekali.

Baca juga: Tarikan Malam di KL River of Life & Blue Pool
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Kenali Budaya Malaysia di Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Terletak di dalam Petaling Street, Lost in Chinatown baru beroperasi beberapa bulan yang lepas. Lost in Chinatown merupakan sebuah galeri di mana terdapat pelbagai info tentang budaya masyarakat tempatan khususnya budaya masyarakat Cina dan asal usul mereka di Malaysia. Sambil jalan sambil tambah pengetahuan katanya. Jom kita tengok apa yang ada di galeri ni.
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Mula-mula sekali sebelum masuk ke dalam galeri korang akan nampak The Old Vehicle Rickshaw. Rickshaw ni di bawa khas dari negara China dan korang boleh naik atas rickshaw tu untuk sesi bergambar. Di bahagian dinding pula korang akan nampak gambar Chinatown yang ada di seluruh dunia termasuk di London, Australia dan Belgium.
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Berhadapan dengan pintu masuk galeri pula ada sebuah replika The Famous Wishing Will. Siap ada duit lagi orang masukkan dalam tu. Yang tak tahan, Syafi siap minta kitorang duit nak masukkan dalam perigi tu juga. Macam-macam hal budak kecik ni. Cerita tentang sejarah tertubuhnya Chinatown di Petaling Street turut di pamerkan di bahagian ni.
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Bila dah masuk kat dalam galeri tu nanti korang akan nampak satu patung replika Bruce Lee berpakaian warna kuning, sebuah gendang, sebuah abucus besar dan juga senarai 100 nama keluarga yang banyak di gunakan.
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Macam Ana cakap tadi, kalau ada yang nak kenal budaya masyarakat Malaysia dekat sini korang boleh jumpa senarai budaya hidup harian tu di sini seperti budaya makan di gerai mamak, budaya pasar malam, budaya on the way dan macam-macam lagi. Perkataan yang biasa digunakan dalam percakapan harian beserta dengan maksudnya pun ada dekat sini seperti perkataan tawkay, gostan, tapau dan pokkai.
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Selain dari tu korang juga boleh tengok pelbagai gambar makanan yang boleh di jumpai di Malaysia termasuk makanan tradisi dari pelbagai bangsa. Gambar-gambar tempat menarik yang wajib di lawati di Malaysia pun ada juga. Siap dengan koordinat lagi. Tayangan video juga disediakan. Bagi Ana galeri ni sangat membantu para pelancong yang ingin explore Malaysia to the max. Semua info boleh dapat di sini.
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur

Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Kenali Budaya Malaysia di Lost in ChinaTown Kuala Lumpur Reviewed by Ana Suhana on September 27, 2017 Rating: 5

17 comments:

  1. Seronok juga dapat jalan-jalan kat sini ya Ana..

    ReplyDelete
  2. best ne bawak anak-anak miza jenjalan

    ReplyDelete
  3. Syafi dapat tak campak duit dalam perigi tu...hihi..informasi banyak sumbernya,,bacaan,kajian dan seperti ini juga salah satu kaedah yang terbaik..Lost in Chinatown Kuala Lumpur..boleh terus dikunjungi..

    ReplyDelete
  4. uit, nak tengok patung bruce lee x payah gi hong kong..haha

    ReplyDelete
  5. ermmm....banyak tempat yang lina tak tau rupanya...kena banyak belajar dengan ana ni...thanks ana....

    ReplyDelete
  6. menarik juga tempat ni. Boleh buat list tempat lawatan ni kalau ke Kl

    ReplyDelete
  7. seronok juga dapat jalan2 kat galeri tu ...
    menambahkan pengetahuan kan Ana ...
    yeah! ada Bruce Lee ... I like.

    ReplyDelete
  8. Bestnya tempat ni. Dah lebih 10 tahun mama.x ke petaling Street

    ReplyDelete
  9. Bestnya tempat ni. Secara jujurnya tak pernah pergi lagi sini. hehe

    ReplyDelete
  10. Jarang sangat pergi Petaling Street ni Ana. Tak sangka ada benda mcm ni. Bukan setakat bagus untuk pelancong ni, yg tak pelancong pun elok datang sini hihihi....
    Ana ni jumpa je tempat nak berjalan ye...

    ReplyDelete
  11. Tempat menarik.. Boleh jalan-jalan sini nanti..

    ReplyDelete
  12. mak dgn anak dua2 comel. hehehe. jeles la ngn kak anaaa. nak ikut jgakkkk..

    ReplyDelete
  13. Kalo dkt ngn ana boleh join ikoy jenjalan tmpt best camni. Hee

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.