Aktiviti Hujung Minggu di The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall


Aktiviti Hujung Minggu di The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Finally, Sabtu lepas Ana berkesempatan bawa Syafi ke The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall setelah sekian lama plan nak bawa dia ke sini. Dari tahun lepas lagi katanya nak bawa dia main dalam playland ni tapi tak pergi-pergi juga. Padahal setiap minggu kot kitorang outing dekat Sunway Putra Mall ni. Kali ni bila dah confirm nak masuk sini, seawal pukul 10 kami dah ke sampai. Kononnya  supaya dapat spend lama sikit lah. Baru berbaloi dengan apa yang di bayarkan.

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall
The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

Aktiviti Hujung Minggu di The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall 

Harga untuk masuk ke dalam playland ni ialah RM53 untuk seorang (1) kanak-kanak dan seorang (1) dewasa. Memandangkan En Suami pun masuk sekali kena lah tambah RM5.30. Tak kan nak bagi dia tercongok je duduk depan tu kan. Bila dah bab semua, nanti staff bertugas akan pakaikan gelang untuk setiap orang. Sebelum masuk sila buka kasut dan letak dalam rak yang di sediakan. Dan untuk faktor keselamatan, diwajibkan memakai stokin semasa di dalam playland ni. Kalau lupa bawa stokin jangan risau sebab dekat kaunter tu ada jual stokin. Oh ya, bila dah pakai gelang tu korang boleh keluar masuk bila-bila masa saja dalam sehari tu. Kalau kata nak pergi makan, keluar je macam biasa then dah selesai masuk je semula. As long gelang tu masih di pakai. No problem. Ana hari tu sempat keluar g lunch then makan-makan aiskrim, solat semua kemudian masuk semula sambung bagi Syafi main. 

Bila dah sampai awal memang seronok lah nak explore semua tempat sebab orang tak ramai lagi. Syafi bukan main berlari ke sana sini. Puas nak kejar dia pula. Benda pertama yang kami main ialah gelongsor. Nak naik atas  tu memang lah kena panjat tangga dulu. Aduh Syafi, onda ko ni dah lah kategori kenderaan berat. Jenuh nak memanjat. Bila dah sampai atas, nak kena menggelongsor pula. Ni lagi satu hal. Nampak dari bawah macam biasa je gelongsor ni tapi bila dah ada dekat atas ni, rasa macam tinggi pula. Gayat lah juga di buatnya. Syafi main ngelat.  Tak nak turun sendiri tapi nak duduk atas peha. Haru di buatnya. Rasa macam kena naik rollercoaster debar dia wei.  Bila dah ready dua beranak ni pun menggelongsor ke bawah. Mak ai laju nya dia menurun sampai senget kitorang di buatnya. Menyesal pakai pants ni. Kalau tau pakai seluar Jeans je baru lah kesat sikit.

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

Lepas dah puas menggelongsor dekat sini Syafi nak main gelongsor yang lain pula. Kali ni nak gelongsor masuk dalam bola warna-warni pula. Ada banyak jenis gelongsor dekat sini tau. Dari yang lurus, berpusing sampai, rendah dan tinggi. Pilih je mana yang nak.

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall
The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

Banyak benda anak-anak boleh main dekat sini tau. Ada mini flying fox, mini climbing wall, sudut membaca, sudut aktiviti melibatkan motor skill dan macam-macam lagi. Bukan sekadar hanya bermain, permainan yang ada di sini lebih kepada untuk membentuk tahap keyakinan dan keberanian anak-anak dalam melakukan cabaran yang ada. Selain itu, dengan memberi mereka main dengan aktiviti seperti ini dapat mengurangkan kebergantungan mereka kepada gajet-gajet.

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall
The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall
The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall
The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall
The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall

Memang anak-anak yang datang sini semua bukan main happy. Dapat pula kenal kawan baru bertambah lah happy kan. Dapatlah mak ayah relax sekejap kan. Tapi jangan sampai lupa dekat anak tu sebab keselamatan mereka tanggungjawab kita tau. Ni Ana perhatiakan ada jer mak ayah yang biarkan anak mereka main sendiri. Anak mereka pula tu hyper aktive sampai menggangu kanak-kanak lain. Tak best lah macam tu kan. Mereka pun bayar juga nak masuk sini jadi sama-sama saling memahami. 

The Parenthood ni bukan saja ada playland untuk kanak-kanak tapi di sini juga ada menjual pelbagai kelengkapan dan keperluan untuk anak-anak dan ibu seperti kelengkapan menyusu ( breast pump / botol susu / pacifier), baju, pampers, permainan pembelajaran dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial The Parenthood di bawah ni:

Website :

Facebook :

Instagram :


Aktiviti Hujung Minggu di The Parenthood Playland, Sunway Putra Mall Reviewed by Ana Suhana on September 20, 2017 Rating: 5

14 comments:

  1. mmg sronok la ank2 kalo dpt pi tmpt camni

    ReplyDelete
  2. memang seronoklah anak2 kalau dapat bermain dekat sini kan.

    ReplyDelete
  3. WAH SERONOK2...nak cuba la bawak anak2 satu hari nanti...

    ReplyDelete
  4. Terapi untuk Syafi...berseri-seri muka Syafi tu...hati girang tubuh cergas...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. anak seronok..mama dia bertambah2 la seronok kan dapat merasa main sama..hehe

    ReplyDelete
  6. seronok nyaa. zaman sye kecik2 dlu tak de mainnan macam ni

    ReplyDelete
  7. Kat area mana ni kak? Tak pernah jumpa pun..

    ReplyDelete
  8. orang dewasa pun boleh main ek..kena pinjam anak orang ni nampaknya.haha

    ReplyDelete
  9. Kak Ana macam ambik kesempatan je tu. Haha excited semacam jer nampak. :P

    ReplyDelete
  10. Sesiapa yg ada anak kecik silalah pergi. Hakak anak semua dah remaja...

    ReplyDelete
  11. Nampak seronok Syafi main Sana sini

    ReplyDelete
  12. Adoi.. Bestnya.. Seronok anak-anak kalau dibawa ke sini..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.