Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba


Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba | Assalamualaikum. Alhamdulillah last week Ana sekeluarga berkesempatan naik ke Taiping untuk jalan-jalan cari makan katanya. Gerak dari rumah dalam pukul 11 pagi dan sampai dalam pukul 2 petang. Di Taiping Ana stay di Homestay Selinsing yang terletak lebih kurang 20 km dari bandar Taiping. Tujuan utama ke Taiping sebab nak bawa Syafi ke zoo malam Taiping dan makan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba yang sangat popular di Taiping ni. Kalau ikut tentatif belah petang Ana akan ke Kuala Sepetang untuk makan mee udang dekat sana tapi cancel last minute sebab semua masih kekenyangan dan lagi satu sebab kes anjing gila tu kan. So petang tu hanya lepak dekat homestay sambil main Uno Card dengan adik-adik dan teman ayah pergi memancing di bendang berdekatan.
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba

Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba

Kampung Selinsing ni senang je nak cari. Dari lebuhraya PLUS amik exit Taiping Utara then amik belah kiri. Jalan depan sikit dalam 3 minit amik lorong kiri.Sampai dah. Homestay yang Ana stay ni memang terletak dekat kawasan sawah padi. Ayah awal-awal dah tanya boleh memancing ke kat sana. Ana pun tanya tua rumah dan dia kata memang salah satu aktiviti penduduk dekat sini ialah memancing. Lepas Asar dan minum petang, bawa ayah dekat bendang seberang jalan. Ada lopak air dekat sawah padi dan ada juga tali air. So memang port memancing lah dekat sana. Bukan main suka ayah. Asal letak umpan je mengena. Ikan dekat sini kebanyakkan ikan puyu sawah dan ada juga ikan haruan. Kebetulan masa ayah memancing ada juga penduduk tempatan memancing sama. So ikan yang ayah dapat ayah bagi je dekat orang tu. Tak kan nak bawa naik Cameron pula keesokannnya kan. 3 hari lagi baru nak balik rumah. Buat busuk saja ikan tu nanti. 
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Sementara ayah memancing Ana 3 beranak amik peluang bergambar. Kebetulan padi tengah menguning pula tu memang cantik sangat pemandangan. Berlatar belakangkan gunun ganang pula memang best. Tenang je rasa lepak dekat bendang petang tu. Sempat juga lah Syafi main layang-layang walau angin tak berapa nak ada. 
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Lepas maghrib Ana terus siap-siap ke Zoo Taiping yang terletak di Taman Tasik Taiping. Untuk malam minggu Zoo Taiping di buka sehingga pukul 12 malam. So ada banyak masa untuk ke sana. Harga tiket pula untuk seorang dewasa ialah RM21.20 termasuk GST. Syafi masuk percuma. Tapi En Suami dia ada print kupon di bawah ni. Kupon tu kena print ikut berapa jumlah yang nak masuk tu. Kira satu kupon diskaun untuk satu orang. Lepas diskaun sorang jadi RM17 saja. Kira ok lah kan.
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Nak explore zoo malam ni ada dua cara. Satu samada korang naik tram yang disediakan secara percuma atau pun jalan kaki. Ana for sure naik tram sebab bawa mak. Mak tak larat nak jalan jauh-jauh. Perjalanan naik tram sekitar 2.4 km dan memakan masa lebih kurang 30 minit macam tu. 
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Memandangkan pergi waktu malam kan so harap maaf lah, takde gambar binatang nak di share dekat sini. Seketul gambar dengan gajah je yang ada, Tu pun sebab dah last station dan semua penumpang kena turun jalan kaki keluar. So far ok lah bagi Ana cuma tak puas hati sebab tram tak berhenti so susah nak nampak haiwan-haiwan yang ada dalam sangkar tu. Kena tengok betul-betul baru boleh nampak. Syafi lah paling happy semua nama binatang dia sebut. Sebelum keluar tu kalau korang nak beli sourvenir dekat sini ada satu kedai cenderamata di jalan keluar tu. Ana beli FM je untuk tambah koleksi FM di peti ais rumah. Satu FM RM10. Haha.
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Balik dari Zoo Taiping terus ajak En Suami makan-makan di medan selera Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba. Ramai kot suggest makan yong tau foo dekat sini. Dari Zoo Taiping hanya dalam 5 minit je nak ke medan selera ni. Ada yang kata berbelit jalan nak ke sini tapi kalau ikut waze boleh terus sampai. Senang cerita medan selera ni terletak betul-betul depan Novotel Hotel. Dekat sini ada banyak kedai yang jual yong tau foo. Korang pilih lah yang mana korang suka sebab bagi Ana for sure sama je rasa dekat sini kan. Ana ke kedai Seri Kenangan Yong Tau Foo sebab tengok tak ramai orang. Pilih lah apa bahan yang korang berkenan.
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Untuk 2 pinggan yong tau foo ni dengan air untuk 6 orang total semua RM50. En Suami kata ok lah harga tu sebab kalau kita beli dekat pasar malam pun, amik itu ini dah belas-belas kan. Lagipun semua setuju rasa yong tau foo dekat sini sedap. Kuah dia tu tak sama macam kuah yang dekat pasar malam. So no wonder lah medan selera ni antara tempat makan wajib terjah bila di Taiping. Korang kalau plan ke Taiping jangan lupa singgah sini tau.
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba
Oh lupa nak cerita pasal homestay. Homestay yang Ana stay tu ada 3 bilik 2 bilik air. 2 bilik ada aircond 1 bilik ada kipas. Kelengakapan dapur semua ada. Streamyx pun ada tapi slow. Semalam RM180. Ada dua buah terletak bersebelahan. Kalau korang berminat boleh search di SINI







Tempat menarik di Taiping : Zoo Malam Taiping dan Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba Reviewed by Ana Suhana on August 13, 2017 Rating: 5

27 comments:

  1. menarik jugak homestay ni. thanks share, terutama kat part kupon tu. banyak dapat jimat

    ReplyDelete
  2. Sebagai anak taiping, i'm proud to say Taiping memang best spot untuk jalan2 dengan family dan kwn2 :)

    ReplyDelete
  3. yong tau foo belakang balai bomba tu memang femes kan, dah lama tak balik tepen

    ReplyDelete
  4. Lina xpernh sampai lagi taiping ni...untung ana..dpt jalan2 selalu kan..

    ReplyDelete
  5. Yong Tau Foo Belakang Balai Bomba memang da best !!

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai Taiping lagi. Kena masuk dalam wishlist

    #cantikgambaranagunakamerani :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai ke Zoo taiping ni..Yong Tau Fu tu nampak menarik ;)

    ReplyDelete
  8. weiii, ada yong tau fu, my feveret ni ...

    ReplyDelete
  9. Dah lama benar tak makan yong tau fu =)

    ReplyDelete
  10. tengok gambaq makanan, memang mengiurkan ja semua =) terasa-rasa kat tekak (^___^)v

    ReplyDelete
  11. Kampung ena kat Taiping, mak ena orang Taiping. Hehehe tapi lama tak pi Zoo sana. Last masuk masa form berapa entah. Huaaaaa

    ReplyDelete
  12. Anak ada request nak pegi zoo negara sebab dah penah pegi zoo tepeng.. tapi kami belum pernah try zoo malam taiping ni. Boleh dipertimbangkan dulu.. 🖒🖒

    ReplyDelete
  13. Nampak ke haiwan-haiwan di malam hari tu?

    ReplyDelete
  14. kampung mak saya kat taiping! haritu masa raya pun makan kat sini, dah lama mengidam tau. time balik taiping jelah boleh makan yong tau foo yg sedap ni :D

    penah pegi safari night tu, rasa tak berbaloi sbb malam2 langsung tk nampak haiwan haha.

    ReplyDelete
  15. Dulu pernah pergi tapi haiwan tak berapa nampak. La ni dah nampak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau haiwan tu besar boleh lah nampak. Kalau yg kecik tu harap dia bergerak je baru boleh nampak :)

      Delete
  16. smua gmbar kak ana cntik2.. suka busyra tngok

    ReplyDelete
  17. Wahhh bestnya jalan-jalan g zoo taiping. Teringin bawak anak g jejalan. Yong Tau Fu tu menyelerakan lah.

    ReplyDelete
  18. paki camera bawu lg nmpk kot haiwan2 tu hahaa
    tak pernah pergi safari night.. tp budak2 ni ada mention nak tegok 'haiwan memalam' hahaa

    ReplyDelete
  19. Ana ni dapat je hidu ye ada Yong Tau Foo popular. Macam mana hakak boleh tak tau ni hihi...

    Pernah jugak sampai zoo Taiping ni masa pergi Water Park Bukit Merah. Cuma tak masuk bila mengenangkan tiket haha.... Kami dahlah berlima. Jalan jalan je tengok luar zoo jadiklah hihi...

    ReplyDelete
  20. yum yum... tgk yong tau fu tu perghhh rasa terus nk p taiping... hehe... baru sekali jer p zoo taiping...

    ReplyDelete
  21. kali terakhir GV pergi zoo taiping tahun 90 an. dah lama sangat. huhu. cam best gi sana dan yong tau foo tu sedap. :D

    ReplyDelete
  22. akak seronoknya jalan jalannnnnn huwarghh. baca entry akak mcm uyul dah jalan satu malaysia tau.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  23. Lamanya tak makan yong tau fu.. Cam nak belilah petang nie..

    ReplyDelete
  24. Rasanya lagi seronok kalau pegi siang hari.
    Nampak jelas semua haiwan kat situ.

    ReplyDelete
  25. Zoo Taiping ni kalau kinah better pergi siang sebab nampak semua haiwan kat situ. Cuma panas sikit la. Yong tau fu belakang bomba tu setiap kali balik taiping memang singgah sini. Kuah dia memang lain dari yang lain

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.