Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan | Assalamualaikum. Wahh kejap je dah masuk bulan Ogos kan. Baru rasa nak rehat kan blog hari ni dari update apa-apa entri tapi memandangkan hari ni hari pertama bulan Ogos, so kenalah bersemangat untuk update entri baru kan. Jadinya hari ni Ana nak cerita tentang salah satu tempat menarik di Perak iaitu Menara Condong Teluk Intan.
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan |
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Ana ke sini hujung tahun 2015 rasanya. Masa tu bermalam di Sabak Bernam. Alang-alang daerah ni dah bersebelahan dengan Teluk Intan so panjangkan langkah ke sini. Lagipun tak pernah sampai ke sini lagi. Dari Sabak Bernam ke Teluk Intan dalam 40 minit juga lah ikut jalan kampung.
Korang tau tak asal usul nama Teluk Intan ni? Menurut Wikipedia nama asal Teluk Intan berasal dari 2 cerita yang berbeza. Cerita pertama mengatakan nama asal Teluk Intan ialah Teluk Mak Intan yang diambil dari seorang janda cantik bernama Mak Intan. Mak Intan ialah seorang saudagar yang berasal dari Sumatera dan merupakan peneroka yang membuka Teluk Intan pada abad ke-19. Satu lagi cerita mengatakan asal nama Teluk Intan berasal dari kejadian kehilangan cincin seorang gadis bernama Intan di dalam Sungai Perak ketika beliau mandi di sungai tersebut bersama rakan-rakannya. Cincin tersebut merupakan pemberian ibunya. Sejak tu di beri nama Telok Mak Intan. Kemudian nama Telok Mak Intan di tukar kepada Teluk Anson bersempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke sana pada masa itu. Pada tahun 1982, bandar ini sekali lagi di tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan. Menarik kan!!
Terdapat beberapa tempat menarik yang korang boleh singgah bila berada di Teluk Intan ni. Tapi tempat yang paling popular di sini ialah Menara Condong Teluk Intan atau nama lainnya Menara Jam Condong Teluk Intan. Fakta paling menarik tentang Menara Condong Teluk Intan ni ialah ianya telah berusia 100 tahun dan mendapat jolokan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan Kredit : Oh My Media |
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan |
Ada ke yang dah sampai ke sini juga? Orang kata tak dapat ke Menara Pisa di Itali tu dapat ke Menara Condong di Teluk Intan pun dah okey. Bangga tau negara kita ada menara condong juga. Cantik pula tu.
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Reviewed by Ana Suhana
on
August 01, 2017
Rating:
Miza pun dah lama tak jejak sini, last sebelum kawin rasanya Teluk Intan pun dah semakin maju sekarang
ReplyDeletetak pernah sampai lagi, teringin juga nak pergi nanti
ReplyDeleteAmboi bukan main lagi si bujang tu pose ha....akak tak pernah pi sini lagi
ReplyDeleteDah ada dalam wishlist ni..cuma tak sampai lagi...teringin nak pergi Sis.,.huhuhu...
ReplyDeleteSha selalu juga ke Teluk Intan ini..
ReplyDeletecantik tempat ni.. tapi jauh sangat la pulak nak p nye.. insyaallah akan dtg kite terjah.. hehehe
ReplyDeleteDah a few time pergi. Tapi tengok gambar atas tu rasa cantik sangat tempat ni..
ReplyDeletelama gila zie tak mai sini..last dtg masa single, sekarang nak beranak pinak hahaa
ReplyDeleteGamba cantik....model pulak hensem bergaya hihihi
ReplyDeleteDulu akak sekolah kat Sek Men Convent Teluk Intan. Kampung akak kat Bagan Datoh. kalau balik kampung, rajin juga ke sini. Welcome to Teluk Anson! Hehehe...
ReplyDeletealahai comelnyaaa budak tecikkk tu.. hehe.. busyra prnah kesini kak ana.. cntikk kan..
ReplyDeleteMai pun tak pernah sampai ke sana, rugiiiii betul rasa.
ReplyDeleteBelum pernah singgah ke menara ni lagi.
ReplyDeleteSuatu hari nanti mungkin.
Pernah pergi Perak sekali , tu pun urusan kerja ...
ReplyDeletetak sampai pula kat menara ni :( ... maybe one day, insya allah ....
Tak sampai lagi kat sini Ana....best jugakkan....berposing posing depan menara condong ni
ReplyDelete