Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Cuti sekolah semakin menghampiri. Ana pasti rata-rata dari kita dah rancang pelbagai aktiviti untuk di manfaatkan untuk anak-anak kan. Ada yang plan nak balik kampung, nak pergi bercuti dan macam-macam lagi lah. Bagi warga KL atau Selangor yang tak tahu nak ke mana, apa kata korang bawa anak-anak mengambil bahagian dalan aktiviti Thomas and Friends Adventures yang sedang berlangsung di Sunway Putra Mall. Pengembaraan ni merangkumi aktiviti merentasi daratan, menyeberangi lautan dan terbang di udara. Menarik kan.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall
Thomas and Friends Adventures yang sedang berlangsung di Main Concourse Sunway Putra Mall bermula dari 18 Ogos sehingga 3 September 2017 ni di bawakan oleh Mattel Southeast Asia (Mattel) dengan kerjasama pihak Sunway Putra Mall. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang mencabar daya ketajaman mental dan kekuatan fizikal disediakan. Tiada caj bayaran dikenakan untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Jika korang ada anak berumur 3-12 tahun, jangan lepaskan peluang untuk ajak mereka mengambil bahagian dalam pengembaraan lautan Thomas and Friends dengan memanjat dan meluncur ke "lautan" yang terdapat "jerung" didalamnya. Jangan risau tentang keselamatan anak-anak korang kerana mereka akan sentiasa di bantu dan di pantau oleh staff bertugas. Surely anak-anak akan excited dengan aktiviti ni.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Kalau rasa anak korang tak fit lagi untuk aktiviti memanjat tu jangan risau, dorang boleh join dalam pengembaraan udara Thomas and Friends pula dengan cuba melompat setinggi yang boleh untuk mencapai bintang-bintang dan juga planet yang bergantungan di "angkasa". Tengok jer lah kanak-kanak tu, bukan main seronok mereka melompat sana sini nak capai bintang-bintang tu.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall
Kredit : fb Sunway Putra Mall |
Manakala untuk pengembaraan di atas darat pula, anak-anak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki keretapi Thomas. Keretapi tu nanti akan pusing satu level sambil bunyikan wisel dan hon. Memang sangat seronok. Mak budak pun sama excited. Bila lagi nak merasa kan naik keretapi Thomas ni kan. Selalu tengok dalam tv je. Hehe.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Dekat sini juga kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain dengan pelbagai koleksi Thomas and Friends termasuk dengan set trek yang pelbagai reka bentuk. Tengoklah Syafi tu, bukan main fokus dia dapat main koleksi Thomas and Friends. Sampai tak nak bangun dan tak hairan dengan aktiviti lain.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah yang sangat menarik termasuk set enjin dan trek terbaru Thomas and Friends melalui pertandingan yang di anjurkan. Make sure anak-anak korang join tau. Rugi kalau dah sampai sini tapi tak join pertandingan ni. Untung-untung dapat bawa balik hadiah. Hadiah mahal pula tu.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Bagi pengumpul setia koleksi Thomas and Friends pula, ada berita gembira untuk korang di mana pihak Toys "R"Us turut mengambil bahagian dengan mengadakan jualan dengan harga promosi yang sangat menarik ke atas koleksi-koleksi Thomas and Friends. Turut di jual ialah koleksi terbaeu keluaran Thomas and Friends. Untuk setiap belian berharga RM120 ke atas dalam satu resit korang berpeluang untuk dapat free gift limited edition Super Station Lunch Bag berharga RM69.90. Ana salah seorang yang dah dapatkan lunch bag tu.
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
|
Jom Sertai Thomas & Friends Adventures di Sunway Putra Mall |
Kalau dah rasa puas main dengan Thomas and Friends Adventure di Main Concourse Sunway Putra Mall ni, Ana nak ajak korang naik ke level 4 pula sebab dekat sini ada Fun Scape by Cobay iaitu entertainment park yang baru saja di buka minggu lepas. Terdapat pelbagai mainan dan game disediakan dekat sini. Bukan kata anak-anak je boleh main, mak ayah pun boleh main sekali. Boleh hilangkan stress juga tau main dekat sini. Sampai tak boleh nak berhenti pula. Tak caya cubalah nanti.
|
Fun Scape by Cobay |
|
Fun Scape by Cobay |
|
Fun Scape by Cobay |
Selain dari Fun Scape by Cobay ni, ada lagi satu tempat yang pasti membuatkan anak-anak kita tak nak balik rumah. Tempat yang Ana maksudkan ialah 1st Indoor London Theme Park Playland, The Parenthood yang terletak di tingkat 2. Tentang playland ni nanti Ana review di entri yang lain sebab banyak info nak kongsi dengan korang tentang playland ni.
|
1st Indoor London Theme Park Playland, The Parenthood |
Ok jangan lupa set tarikh dan bawa seisi keluarga ke Sunway Putra Mall dan join pengembaraan Thomas and Friends yang Ana cerita tadi. Sekali lagi pengembaraan ni bermula dari 18 Ogos sehingga 3 September 2017. Untuk keterangan lanjut berkaitan Thomas and Friends Adventures dan aktiviti-aktiviti yang di adakan sepanjang cuti sekolah ni bolehlah layari laman sesawang Sunway Putra Mall seperti berikut:
Website :
https://www.sunwayputramall.com/
Facebook :
www.facebook.com/sunwayputramall
wah seronok Syafi..ehh mama dia yg seronok lebih tu..hehe
ReplyDeleteSeronok syafi..dgn mak dia sekali joint..haha
ReplyDeletewahhh.. bestnya aktiviti thomas ni.. mesti anak3 enjoy kalau dapat join kan..
ReplyDeleteBestnya. Tak daoat nak join sebab anak ada kem plk kat skolah.
ReplyDeletekalau SA ada anak- anak sebaya Syafi..maybe leh join...si Dania dah anak dara...hehehhe
ReplyDeletewah seronoknya ana....kalau anak lina pergi ni mesti tak nak balik nanti...nampak kegembiraan anak ana dan mamanya...hihi happy family...
ReplyDeleteWah seronoknye. Macam2 tempat Ana dan family pergi dekat Sunway Putra Mall tu ea.x sbr nk baca pasal The Parenthood tu nanti..nak pergi tp x tau bila..hehe
ReplyDeletewoooi bestnya ,lama tak singgah Putra Mall.
ReplyDeleteBestnya nak kena bawak anak-anak miza pergi sertai pengembaraan thomas ne sure dorang tak nak balik nanti ;)
ReplyDeleteYa Allah.... seronoknya! Rasa nak jadi budak kecik balik. Aci tak kalau Auni yang badan kecik ni main2 kat sini? Haha
ReplyDeletebahgianya anak kalau bawa tmpat mcmni
ReplyDeletepeminat thomas & friend dpt pi sini mmg syok la
ReplyDeleteBestnyer dapat ke sana. Kalau join main sama lagi best. Hihi
ReplyDeleteSeronoknya...inilah masanya untuk manfaatkan masa yang ada bersama anak-anak...cousin PC ada juga cerita anak dia pujuk abah dengan ibunya...tak tahulah tu berjaya ke tidak anaknya memujuk..
ReplyDeleteKalau Dhia n Dzal tau..mesti mk g
ReplyDeletesunway putra ke, dulu situlah tempat dating, tapi masa tu masih 'The Mall' sebelum diambil alih Sunway
ReplyDeleteWow menarik sangat ni. Kena lock calendar!
ReplyDeleteSeronoknyaaa Syafi dengan mama dia ..hehe
ReplyDeleteSeronoknya dapat beraktiviti bersama Thomas ...
ReplyDeletewish Thomas tu ada kat Kota Kinabalu juga ...
COnfirm budak2 tak nak balik kalau ke sini kan. Menarik ni!
ReplyDeleteSure seronok anak anak ye Ana.
ReplyDeleteHakak anak kecik tak de lagi dah....yahooo hihi
byknya aktiviti yang disediakan oleh pganjur, anak2 pun senang hati nak cuba semua =D
ReplyDeleteSeronok anak-anak kalau bawa ke sini.. Hehehe
ReplyDeleteSeronoknyaaa :D
ReplyDelete