Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong l Assalamualaikum. Sambung entri tentang trip Ana ke Vietnam yang lepas. Untuk aktiviti hari ke-2, Ana di bawa ke salah satu tempat menarik di Vietnam iaitu Delta Mekong. Delta Mekong yang di terjemah sebagai 'Delta Sungai Sembilan Naga' adalah sebuah wilayah di barat daya Vietnam di mana Sungai Mekong mengalir dan memasuki laut melalui jaringan distributari.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyulusuri Delta Mekong
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Delta Mekong antara nama popular dalam subjek geografi selain dari Candi Burobudur masa sekolah dulu. Tak sangka akhirnya dapat juga jejakkan kaki di sini. Perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ke ibu kota Wilayah TienGiang memakan masa hampir 2 jam juga. Sampai-sampai di jeti, bot-bot pelancong dah berbaris menunggu untuk membawa kami ke pulau-pulau yang ada di sini. Semasa di dalam bot, di wajibkan pakai life jacket walaupun sungai tu tak berombak. Tapi kalau tengok air sungai tu ngeri juga lah sebab warna dah sama dengan warna teh tarik. Kalau barang jatuh dalam tu memang tak kan nampak apa lah. Hehe.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Tak silap Ana dalam 10-15 minit menyelusuri Sungai Tien dah sampai di pulau pertama iaitu Pulau Unicorn. Aktiviti pertama dekat sini ialah melihat sarang lebah secara dekat. Korang kalau nak pegang dan bergambar dengan sarang tu pun boleh. Penduduk di pulau ni memang memelihara lebah sebagai sumber pendapatan mereka.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Madu lebah tu nanti akan di hidangkan untuk pengunjung bersama dengan air teh dan perahan limau kasturi. Dalam cawan kecik je. Lebih kurang macam tester lah orang kata. Rasa macam teh o limau jer. So takde lah masalah tak boleh nak minum bagaikan.
Baca juga : Tempat Menarik di Vietnam: Pejabat Pos Pusat Saigon
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Selain di hidang dengan air teh, pengunjung juga berpeluang merasa madu dengan royal jelly yang turut di jual di sini. Katanya selain boleh di makan bersama madu, royal jelly tu juga boleh di gunakan sebagai krim kulit. Kesannya kulit akan cantik halus mulus serta awet muda macam kulit orang-orang dekat sini. Dorang siap apply dekat tangan kita tau nak tunjukkan bagusnya royal jelly ni. Hebat teknik "memujuk" mereka supaya kita beli produk-produk tu. Selamat Ana bukan yang suka pakai mende-mende alah ni so memang tak beli pun. Ana hanya beli madu je untuk support ekonomi mereka di pulau ni.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Aktiviti seterusnya ialah berjalan-jalan di sekitar pulau Unicorn ni untuk melihat aktiviti dan hasil tangan penduduk di sini. Dekat sini kita berpeluang untuk melihat bagaimana proses pembuatan gula-gula dari kelapa di lakukan. Dari mula bahan mentah di proses hinggalah gula-gula siap untuk di bungkus untuk di jual kepada pengunjung.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Terdapat juga deretan kedai menjual pelbagai sourvenir di sini seperti baju tradisi Vietnam, beg, hasil kraftangan, t-shirt, buah-buahan dan banyak lagi lah.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Lepas puas mencuci mata, kami di bawa ke sebuah pondok terbuka untuk mendengar persembahan nyanyian lagu rakyat Vietnam pula.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Sambil dengar dorang nyanyi, kita akan di hidangkan dengan buah-buahan tempatan Vietnam. Makan jer lah bukan paham pun dorang nyanyi apa dalam bahasa dorang tu kan. Ada lah satu dua lagu Melayu dorang nyanyi untuk hiburkan kita.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyelusuri Delta Mekong |
Dah puas cuci telinga baru lah kami menuju ke aktiviti utama di sini iaitu menaiki sampan menyusuri sungai Delta Mekong. Dari jauh dah boleh nampak deretan sampan beratur menunggu untuk bawa pengunjung merasai pengalaman melalui "terusan" yang sangat sempit dan sibuk ni. Sesibuk jalan raya di Vietnam. Sebuah sampan boleh memuatkan hingga 6 orang termasuk 2 orang pendayung.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Dan yang mengagumkan Ana ialah orang yang dayungkan sampan kita ialah makcik-makcik yang lebih kurang sebaya dengan mak kita tau. Sorang jaga depan sorang jaga belakang. Hebat sungguh mereka. Terpaksa mengerah tenaga demi kelangsungan hidup. Dah lah bawa sampan penuh dengan muatan, nak jaga arah sampan pun bukan kerja senang lebih-lebih lagi bila bertembung atau berselisih dengan sampan-sampan yang lain dalam kawasan sungai yang sangat sempit. Kalau Ana lah yang bawa sampan tu memang tak bergerak rasanya. Apapun pengalaman naik sampan di Sungai Mekong ni antara pengalaman indah di Vietnam.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Bila dah melepasi kawasan sungai yang sempit tu, dah ada bot yang menunggu kita. Bila semua penumpang dah ada baru bot memulakan perjalanan untuk aktiviti makan tengahari. Terdapat satu restoran halal dekat sini tau. So don't worry. Tour yang Ana amik ni memang tour untuk muslim. So semua makanan yang di hidangkan adalah halalan toyiban dan rasa dia lebih kurang dengan makanan di Malaysia.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Selesai makan dan perut masing-masing pun dah penuh, dah tiba untuk berangkat pulang ke bandar Ho Chi Minh semula. Masa dalam bot nak ke jeti, kami di hidangkan dengan air kelapa. Amik ko sorang sebiji. Puas hati. Confirm tertidur dalam bas nanti.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Oh ya, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Delta Mekong, kita disajikan dengan pemandangan kebun, sawah padi dan penempatan penduduk di sini. Apa yang menarik perhatian Ana ialah, di setiap sawah padi yang di lalui mesti terdapat kubur. Ini kerana menjadi adat orang Vietnam untuk menguburkan nenek moyang mereka di sawah padi kerana mereka mempercayai ianya boleh menambahkan rezeki dan menyuburkan sawah padi.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Lagi satu kalau korang nak tau,motor merupakan kenderaan utama dekat Vietnam ni. Mana-mana jalam dekat bandar tu memang di penuhi motor saja sebab tu kenderaan mampu milik orang kata. Kalau nak beli kereta kena bayar cash. Mana nak cekau duit banyak-banyak tu kan. Hakak pun tak mampu dik non. Kalau korang nak melintas jalan memang kena berhati-hati sebab motor dekat sini semuanya laju-laju. Kalah mat rempit dekat Malaysia ni tau. Bunyi bingit hon dah jadi kebiasaan dekat sini. Hon tu sebenarnya sebagai amaran yang ada motor nak lalu. Walaupun motor dekat sana laju-laju dan berhimpit-himpit,tapi takde kemalangan pun yang berlaku semasa Ana di sana.
|
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong |
Ok itu je cerita pengalaman Ana menyusuri sungai Delta Mekong. Harap tak bosan membaca. Jumpa di entri seterusnya.
Bestnya Ana dapat merasa naik sampan kat sana... Delta Mekong ni memang glamer dlm subjek geografi dulu kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki masa tu. Kannnn.. Femes delta mekong ni masa sekolah dulu :)
DeleteMenarik! Saya pun dah pergi ke semua tempat ni. Sebijik macam dalam gambar. Tripnya sama aje :D
ReplyDeleteKan! Trip tetap akan sama. Gambar pun akan lebih kurang sama je :)
DeleteSeronoknya Ana berpeluang menalancung luar negara kan, harap ada rezeki Kak sue dan keluarga nanti :)
ReplyDeleteInsyaAllah kak. InsyaAllah sampai rezeki akak ke luar negara nanti.
DeleteYA Allah seronoknya ana,,banyaknya pic yang cantik-cantik,cara ana amik pic pun menarik,mesti guna camera mahal ni.:)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Salah satu pengalaman manis masa di Vietnam. Terima kasih irda :)
DeleteBestnya ana jalan2 kat sane. View yang cantik sangat.. Mesti seronokkan.
ReplyDeleteSeronok masa dekat sungai mekong ni nora. Pengalaman lain dari yang lain. :)
DeleteBest nya, macam teringin pulak nk gi trip vietnam,guide in bagus la.Nk planplan pergi vietnam bagpack ke mekong dan tempat sekeliling dia. Yg naik boat tu nampak menarik
ReplyDeleteBest emy. Nanti plan lah ke sini. Boleh pergi secara bagpack je. :)
Deleterama pelancong kat sini. nampak mcm best. ada restoran halal plak tu
ReplyDeleteMemang ramai sebab tempat ni antara highlight place di Vietnam. Makanan halal pun ada.
Deletetgok swah padi kat negara lain pulak kan..ada beza tak Ana?
ReplyDeleteSama je zie. Sawah tetap sawah cuma sawah dekat sini ada kubur. :)
DeleteSeronok tuan. Salah satu pengalaman manis dpt menyusuri sungai mekong ni.
ReplyDeletekalau vietnam mesti shopping baju je dalam kepala
ReplyDeleteKalau kaki shopping memang Vietnam "syurga" beli belah. Blk Malaysia mesti kena amik bagasi plg besar :)
DeleteAkak pergi sana bawak duit banyak..habis pun banyak USD sbb borong kain cotton..masa tu kan tgh popular cotton vietnam..
ReplyDeleteAna bawa RM dgn Dong je kak. Sebab tak niat nak shopping pun masa tu. :)
DeleteSeronok baca pengalaman Ana. Bila kita 'keluar' dan lihat sekeliling kita masa tuh kita akan rase lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Kagum juga bila baca part yang makcik2 jadi pendayung sampan tuh. Memang gigih mereka bekerja. Nice entry Ana! Gambar semua lawa-lawa. Terbaik lah!
ReplyDeleteBetul kak. Bila kita keluar dr negara sendiri baru kita rasa nikmat duduk dekat sini. Tp pengalaman di luar tu mmg sgt indah.
DeleteTerima kasih kak :D
Untungnya ana dapat jenjalan...mesti banyak pengalaman kan...nt senang la nak mintak pendapat ana kalau nk travel..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada rezeki lebih utk ana sekeluarga. InsyaAllah nanti sampai juga rezeki lina :)
DeleteBestnya jalan2 vietnam...jumpa restoran halal lagi senang hati kan, tak was2.
ReplyDeleteAlhamdulillah best Mai. Seronok bila tgk negara luar. :)
DeletePengalaman kan Sis...bersyukur PC ada sahabat blogger yang sudi berkongi tempat-tempat menarik...sekurang-kurangnya tak dapat pergi...tengok apa yang dikongsi pun sangat besar nikmatnya bagi PC...terima kasih Sis.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat buat semua PC. Niat kak Ana sekadar berkongsi pengalaman dengan rakan2 semua :)
Deletemenariknya tempat2 kat sana. Sebut Delta Mekong memang teringat belajar geografi masa sekolah dulu haha. yang pegang sarang lebah tu, camtu je eh dorang pegang? tak berbalut2 macam kat Malaysia (ye ke?). Yang buat coklat tu plak, jenuh jgak ya sebab manual bukan dengan mesin. Paling win gambar orang naik motor dengan bungkusan biru yang banyak2 tu. Gigihnya dia. Harap ada rezeki Ain & family untuk ke sana juga.
ReplyDeleteAah. Memang pegang mcm tu je. Maybe dorang dh mabukkan lebah tu dulu kot. Hehe.
DeleteInsyaAllah sampai rezeki ain ke sini nanti. :)
Wah seronoknya.. mama.suka makanan style Gini. Jalan2 Cari makan Dan visit tempat menarik. Kalau shopping tak berapa gemar
ReplyDeleteYeahhh seppp sikit. Ana pun x berapa suka shopping sgt. Lebih kpd nature dan sight seeing :)
Deletewahhh menarik tempat ni
ReplyDeleteMenarik sgt. Antara highlight di Vietnam. Nanti plan la ke sini. :)
DeleteBilerr la nk smpai sinii.
ReplyDeleteSuka cara ana, beli dgn niat mmbntu ekonomi diaorg 👍
InsyaAllah mek. Satu hari nanti sampai rezeki mek ke sini. :)
Deletebestnya kak ana, jauh kak ana berjalan. huwarghh seronoknya
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Alhamdulillah ade rezeki ke sini. InsyaAllah rezeki uyul pula nanti. Melancong satu dunia :D
DeleteKalau difikirkan.. tempat semula jadi begini Sarawak pun ada.. Cuma kurang komersial
ReplyDeleteSeronoknya dapat jalan jalan kat sana....nak p jugakkkk...hihi
ReplyDeletecantik je rupa-rupa boat dekat situ. Nampak unik. hehe. sampan dekat delta mekoong tu pun cantik je. mcm best2 je aktiviti sini. btw kak ana, lagu melayu yang dorang nyanyi tu lagu apa je?
ReplyDeleteakk kesian tengok yang perempuan yang dok mengayuh kat depan dengan bercangkung..dh la kurus tp kederat mmg hebat..kita pun belum tentu boleh buat gitu
ReplyDelete