Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra | Assalamualaikum. Kalau dulu sebut nama Putrajaya semua orang akan kata tu tempat jin bertendang sebab takde apa yang menarik untuk di lawati. Yang ada hanya bangunan-bangunan pejabat kerajaan. Kedudukannya pula agak jauh dari Kuala Lumpur. Memang takde siapa nak jalan-jalan ke sana. Tapi kini Putrajaya semakin maju. Banyak tempat menarik di bangunkan dan pelbagai aktiviti dan karnival di jalankan untuk menarik lebih ramai orang ke sana. Salah satu tempat menarik di Putrajaya ialah Masjid Putra.
Baca juga : Pengalaman bercruise di Tasik Putrajaya
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra |
Masjid Putra atau lebih di kenali sebagai Masjid Pink merupakan mercu tanda utama di Putrajya. Masjid ini di namakan bersempena nama Perdana Menteri Pertama Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Masjid Putra yang terletak berhadapan dengan Dataran Perdana dan Tasik Putrajaya ini di bina pada tahun 1997 dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya. Pada 1 September 1999, masjid ini di serahkan kepada JAKIM. Kos binaan dianggarkan kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan di anggarkan sebanyak RM100 ribu.
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra |
Kerana masjid ni terletak terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya, sebahagian besar kawasan masjid di kelilingi tasik. Ini menjadikan Masjid Putra ini kelihatan seakan-akan terapung seperti Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Terengganu. Konsep reka bentuk masjid pula berdasarkan seni bina Parsi pada zaman Kerajaan Safawe. Manakala seni bina kubahnya bercirikan reka bentuk masjid tradisi di Timur Asia. Ukiran hiasan dalaman pula di ilhamkan dari seni ukir tradisional orang Melayu. Masjid ni ada 4 tingkat. Ruang solat lelaki dan wanita terletak di tingkat atas sekali. Manakala tempat wuduk dan tandas berada di tingkat bawah. Terdapat juga kemudahan dan fasiliti seperti auditorium, dewan seminar, dewan makan dan perpustakaan.
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra |
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra |
Disebabkan keunikan warna pink Masjid Putra ni, ramai pelancong dari luar terutamanya dari China tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kecantikan masjid ni. Setiap minggu masjid ni pasti menerima jumlah pengunjung yang tinggi. Seperti masjid-masjid yang lain, adab dan kesopanan mesti di utamakan untuk menjaga kehormatan masjid sebagai rumah ibadat. Pakaian mestilah labuh dan sopan. Jika tak, ada perkhidmatan jubah di sediakan di kaunter berhampiran pintu masuk utama. Nanti akan ada pengawal yang memerhatikan pakaian setiap pengunjung. Kalau tak memenuhi syarat, nanti dia akan panggil dan minta kita memakai jubah yang di sediakan. Jubah pun warna pink tau. Comel jer.
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra |
Korang kalau ke Putrajaya jangan lupa singgah solat dekat Masjid Putra ni tau. Lepas solat bolehlah menikmati kecantikan senibinanya puas-puas. Asyik sangat tau. Kalau rasa lapar boleh turun ke tingkat bawah. Terdapat kedai makan berdekatan bangunan masjid. Dah kenyang sila-sila panjangkan langkah naik cruise pula. Alang-alang dah dekat kan :)
Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra
Reviewed by Ana Suhana
on
July 18, 2017
Rating:
miza pun suka singgah masjid ne bila datang putrajaya. Anak-anak pun suka sebab kat luar ada ruang main dan mini perpustakaan
ReplyDeleteDulu masa masih duduk di KL...rajin juga PC dan En Suami ke Putrajaya..En Suami lebih kerap pergi atas urusan kerja.Dan memang tak pernah tak singgah masjid ni..suka.
ReplyDeleteAda playground juga kat area sini kan...hihi
ReplyDeleteKat sini memang kuat angin dia
ReplyDeleteBest sangat kalau duduk tepi tasik tu
Dah beberapa kali ke Putrajaya tapi belum pernah singgah lagi sini Ana..
ReplyDeleteMasjid ni betul betul tepi tasik tu
ReplyDeleteSerba merah tile dia
cantiknya.. subhanallah
ReplyDeletemasjid ni memang lawa n besar sangat. tapi yg tak bestnya sbb tempat solat perempuan tinggi betul, mengah2 naik tangga tu tau hahaha
ReplyDeletemasjid ni mmg sangat cantik.. pernah pergi sekali je.. huhu.
ReplyDeleteAda eh.. Nape sha tak perasan ye.. Hehehe..
ReplyDeleteHahaha saya yang keja di Putrajaya pun hanya berlegar-legar kat luar masjid jea... =)
ReplyDeleteDah lama tak ke sini. Biasanya dulu waktu study kalau ada program mesti bawa buka puasa dekat sini hehe.
ReplyDeletecantiknya..
ReplyDeleteIni masjid favourite sy
ReplyDeleteyayyyyy da ada older post. seronok laa blogwalking blog akak pasnih.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
sekali je dulu pernah ke sini..hehehe
ReplyDeletedah lama akak tak ke putrajaya, cantik kawasan masjid ni
ReplyDeleteCantiknya
ReplyDeleteTak pernah sampai sini. Kalau pergi ptrjaya tak brksmptn nk singgah.
ReplyDeleteSiqah suka sangat Putrajaya. Banyak tempat cantik dan best sebab tenang je rasa kat sana. Tak crowded sangat. Dah lama nanye tak ke Putrajaya. Duduk rumah je sekarang..
ReplyDeleteComel tengok Syafi. Ana ceritalah tentang Syafi ana
ReplyDelete