Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah | Assalamualaikum. Stop kejap cerita pasal trip ke Melaka. Hari ni nak sambung pula cerita tentang salah satu tempat menarik di Pahang yang sempat Ana singgah iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah atau lebih dikenali sebagai Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Dah lama sebenarnya Ana plan nak ke sini tapi tak berkesempatan. Masa nak balik ke KL dari Kuantan hari tu, terus ajak suami singgah kejap ke sini. Memandangkan traffic clear sebab balik hari Isnin, terus En Suami setuju untuk singgah.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Dari Lebuhraya Karak kami amik exit Lanchang. Dalam 30 minit perjalanan dari exit tadi dan lepas lalu perkampungan Karak dan perkampungan orang asli akhirnya Ana sampai di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Takde orang pun masa Ana sampai di sana. Hanya ada kereta kami je masa tu. Risau gak kalau-kalau tutup kan sebab pernah dengar kata pusat ni dah ditutup kepada orang awam. Ana terus masuk ke arah pintu utama dan nampak ada pekerja di kaunter pendaftaran. Bila tanya mereka kata pusat ni di buka. Lega giler rasanya.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Tiada caj bayaran di kenakan untuk masuk ke dalam cuma kita kena isi surat pelepasan tanggungjawab yang di sediakan. Tapi kalau nak buat sumbangan peribadi pun amat di galakkan sebagai tanda sokongan kita ke arah pemuliharaan gajah-gajah di sini sebabnya kos sara untuk seekor gajah ialah RM100 sehari tau. Sebelum masuk ke dalam, pekerja di sana akan beri kita stiker pelawat untuk setiap seorang. Baca juga : Tempat Menarik di Pahang : Pantai Teluk Cempedak
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Dari kaunter pendaftaran kita kena jalan kaki dalam 108 meter macam tu untuk masuk ke dalam pusat penempatan gajah. Dalam tu pula terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian menempatkan gajah dewasa manakala satu bahagian lagi menempatkan anak-anak gajah. So Ana ke penempatan gajah dewasa terlebih dahulu. Kena jalan dalam 5 minit lagi dari pintu masuk tu. Sampai dekat kandang gajah, ada 3 ekor gajah je dalam tu. Ada yang tengah makan, ada yang tengah mandi lumpur.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Takut juga nak tengok dekat-dekat sebab memang besar sungguh depa ni. Hehe. Masa tengah "tawaf" kandang gajah dewasa ni, tetiba terdengar bunyi gajah bising atau meraung orang kata dari kawasan hutan sebelah. Cepat-cepat kitorang jalan. Dah puas tengok gajah dewasa dekat-dekat, Ana terus ke bahagian yang menempatkan anak gajah. Masa nak ke sana, nampak orang berkumpul dekat satu platform. Ana pun menyibukkan diri nak tengok apa yang dorang dok tengok tu kan. Rupanya pekerja di sini tengah mandikan gajah dewasa. Patutlah tinggal 3 ekor je dalam kandang tadi. Hehe.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Seronok tengok gajah-gajah tu mandi. Macam-macam gelagat boleh tengok. Ada yang mengelat bila suruh berendam, ada yang suka sembur air, dan part paling kelakar bila tiba-tiba ada "sesuatu" timbul dan terapung atas air. Haha. Notty sungguh depa ni. Haaa...Korang boleh join untuk mandikan gajah tau. Tapi mandikan anak gajah jer lah dan kena book awal-awal. Ada bayaran kalau tak silap.
Ada yang tanya aktiviti menunggang gajah takde ke? Ok, dah nama pun pusat konservasi aka pusat pemuliharaan, ko rasa kalau ko tunggang gajah tu boleh di kategorikan sebagai aktiviti "memulihara" tak? So jawapannya memang takde aktiviti menunggang gajah di sini kerana aktiviti tu dianggap seolah mendera gajah. Kalau korang nak tahu, kebanyakkan gajah dekat sini mengalami kecederaan semasa diselamatkan di dalam hutan seperti kaki tercedera kena perangkap pemburu haram. Kesian kan. Dari platform tadi Ana cepat-cepat ke kandang anak gajah. Ada 4-5 kandang dekat sini. Aktiviti yang paling menarik dekat kandang anak gajah ni ialah kita berpeluang untuk memberi makan sendiri anak-anak gajah. Best dan teruja sangat tau korang. Nanti akan ada pekerja yang jual batang tebu. Harga dalam seikat RM3-4 macam tu.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Ana beli 3 ikat terus sebab excited punya pasal. Mula-mula nak bagi tebu tu cuak juga lah takut terbelit tangan ke kan sebabnya Ana baru pegang tebu tu tapi si gajah ni dah hulurkan belalai keluar. Haha. Tapi bila dah berjaya bagi sekali, tak reti nak berhenti suap tebu pula. Gajah tu pun bukan main seronok hulur belalai. Pesta makanan lah kejap rasanya.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Masa Ana beri makan anak gajah ni, sempatlah dengar pelatih dekat sini berkomunikasi dengan anak-anak gajah ni. Ada yang siap kena marah lagi. Degillah tu. Haha. Tapi marah-marah manje jer. Bahasa yang digunakan pula semasa berinteraksi ialah bahasa Thai. Awat duduk dekat Malaysia tapi guna bahasa Thai pula? Pasaipa? Haaa kalau korang nak tahu ada sebab di sebalik penggunaan bahasa Thai ni tau. Sebabnya supaya anak gajah dekat sini mudah memahami arahan dalam satu bahasa saja. Bayangkan beribu-ribu pengunjung yang datang sibuk cakap dengan bahasa masing-masing dekat anak gajah ni, ko rasa anak gajah tu pening tak nanti. Last-last arahan pelatih pun dia tak nak dengar. Hehe. Ni based on explanation dari petugas dekat sini lah. Ana sampaikan je.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Selain aktiviti bagi gajah makan, terdapat juga aktiviti lain seperti persembahan gajah di sini tapi pada sebelah petang. Sayangnya Ana kejar masa nak balik KL so tak sempat nak tunggu persembahan gajah-gajah tu. Tayangan video tentang sejarah dan dokumentari kehidupan gajah liar di dalam hutan serta bahaya yang di hadapi di sana sampailah dokumentari perpindahan mereka ke habitat baru juga di tayangkan kepada umum. Senang cerita, pusat konservasi ni bagus untuk di lawati seisi keluarga. Sambil beriadah sambil tambah ilmu sambil pupuk kesedaran dan kasih sayang cintakan haiwan dan fauna.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat konservasi ni agak luas juga tau korang. Kalau korang rasa lapar atau haus, jangan risau sebab ada kafeteria di buka di sini. Kedai cenderamata pun ada bersebelahan dengan kafeteria tu. Sempatlah Ana beli FM dan baju untuk Syafi. Harga pun tak mahal mana. Support lah sikit kan. Nak datang lagi ke sini tak tahu bila kan.
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Bagi yang berminat untuk ke sini, Ana cadang korang call dulu. Sebab ada sesetengah orang kecewa bila sampai pusat ni di tutup macam yang berlaku pada bulan Mei tahun lepas. Pusat ni ditutup sebab di landa banjir teruk. Air sungai tempat mandi gajah naik sangat tinggi. Sangat berbahaya untuk para pengunjung. Tapi dengar cerita sekarang dah dibuka semula.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ni di buka setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi nombor di bawah:
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-979 0272
Kaunter: 013-908 8207
Faks: 09-279 0398
Tempat Menarik di Pahang : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Reviewed by Ana Suhana
on
July 12, 2017
Rating: 5
dekat sangat dah dengan kampung akak ni,lancang..kadang2 balik kampung kalau takde apa nak buat bawa juga anak2 tengok gajah ni, tapi dah lama juga tak pergi. oh dah kena bayar ye untuk makanan gajah tu, dulu percuma je, mungkin mereka pun nakkan sedikit income kan sebab masuk pun percuma. oklah makanan pun tak mahal sesekali apa salahnya kan..ehh macam best je tengok, nak pergi lagilah nanti..tunggu balik kampung dulu
wau takot tengok banjir tu. kami pegi sini haritu tapi tak dengar pon dia cakap thai rasa rugi pulak tak fokuss. kalau ikotkan orang thai ni memang agungkan sangat gajah kan? samala takut jugak nak bagi makan tengok dia lilit tu tapi adik saya tu berani betul. kalau boleh makin dekat pon takpaa.
// Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click HERE
dekat sangat dah dengan kampung akak ni,lancang..kadang2 balik kampung kalau takde apa nak buat bawa juga anak2 tengok gajah ni, tapi dah lama juga tak pergi. oh dah kena bayar ye untuk makanan gajah tu, dulu percuma je, mungkin mereka pun nakkan sedikit income kan sebab masuk pun percuma. oklah makanan pun tak mahal sesekali apa salahnya kan..ehh macam best je tengok, nak pergi lagilah nanti..tunggu balik kampung dulu
ReplyDeletedulu masa kak lily pi, kitaorang siap mandikan gajah sekali.. sekarang ni dah tak de ek
ReplyDeletemasa arwah ummi IQ duduk karak, IQ tak pernah jejak tempat ni pun, selalu dengar tapi tak pernah pergi....one day la nak pergi..
ReplyDeletePusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ni sangat bagus di adakan untuk mengatasi masalah kepupusan gajah..untuk generasi akan datang.
ReplyDeleteAihhh.. Lea pun belum sampai kat sini.. Selalu dgr cerita member2 jerk.. nanti nk pergi jugak la.. Tgk gajah.. hehe
ReplyDeletetak penah smpai lg ke sini.. bestnya dpt dekat dgn gajah..
ReplyDeletekakakkk da boleh jd travel blogger dahhh tauuu. lepas nih nak bercuti je tgk blog kak ana laaa cemni hehee
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Memang menarik tengoknya. Memang jarang turun Pahang. Kalau turun, tempat ni memang kena ada dalam itinerary. hee :)
ReplyDeletemenariknya. gajah pun comel. saya tak pernah sampai sini lagi.
ReplyDeletewah seronoknya....tak pernah sampai lagi ni kat kuala gandah
ReplyDeletewau takot tengok banjir tu. kami pegi sini haritu tapi tak dengar pon dia cakap thai rasa rugi pulak tak fokuss. kalau ikotkan orang thai ni memang agungkan sangat gajah kan? samala takut jugak nak bagi makan tengok dia lilit tu tapi adik saya tu berani betul. kalau boleh makin dekat pon takpaa.
ReplyDelete// Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
HERE
yes. ada dgr tempat ni tutup ari tu, ana.
ReplyDeleteokla skang da buka.
teringin nanti nak gi.
Wahh bestny..ni kalau bawak anak anak seronok ni...nak nak hat kecik kecik tu...depa mesti teruja =)
ReplyDeleteBestnya close up dgn en gajah
ReplyDeleteWah, bestnya. Bila lah boleh sampai sana
ReplyDeleteMenarik sangat nie.. Boleh anak-anak belajar pasal gajah..
ReplyDeletetinggi nya air naik !! aah better call dlu untuk make sure keadaan kan, lagi2 dgn cuaca yg xmnentu, bila2 masa pun boleh naik air
ReplyDelete