Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap
Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap |Assalamualaikum. Lately ni Ana perasan semakin ramai penjual durian di kawasan rumah ni. Musim durian dah kembali ke korang? Tapi yang Ana perasan kebanyakan jual timbang kilo. Confirm-confirm mahal lah kan. Ana sebelum ni kalau betul-betul nak makan durian, akan order fresh dari Bentong. Berpuluh kilo sekali order. Kawan-kawan en suami pun tumpang sekali. Sebab lagi murah harga dekat sana. Dan durian favorite Ana yang isinya pahit. Sedapnya lah hai. Kecur air liur tetiba. Memandangkan harga durian mahal sekarang, boleh lah beli sebiji dua je sebab kalau setakat nak buat resipi pengat durian paling mudah ni, sebiji durian dah lebih dari cukup. Makan pula dengan roti kosong pun sedap. Perghhh memang tak lah nak kongsi dengan orang lain kan. Hehe. Jom cuba resipi paling mudah ni korang.
Baca juga : Resipi Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat
Baca juga : Resipi Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat
Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap |
Resipi : Pengat Durian Paling Mudah
BAHAN-BAHAN PENGAT DURIAN
1. Durian - 1 biji
2. Kelapa - 1 biji *
3. Gula - 1/2 cawan
4. Gula Kabung - 1 keping (optional)
5. Daun Pandan - 2 helai
6. Garam - secubit
* di perah santan pekat menjadi 4 cawan
CARA-CARA
1. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga menjadi pekat.
NOTA TAMBAHAN
1. Gula kabung tu kalau tak masuk pun takpe. Dalam resipi ni Ana masukkan sebab nak bagi kuah pengat tu nampak berkilat dan ada ton warna sikit.
BAHAN-BAHAN ROTI JALA
Kredit : Azie Kitchen
1. Tepung Gandum - 3 cawan
2. Minyak Masak - 2 1/2 sudu besar
3. Telur - 1 biji
4. Susu cair - 3 cawan di campur sedikit air
5. Pewarna Kuning
CARA-CARA
1. Kisar semua bahan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam bekas acuan. Semasa tuang tu kalau adunan keluar tak putus-putus maknanya adunan dah boleh di jala.
2. Guna kuali non stick dan jala satu persatu. Tunggu beberapa saat sebelum di angkat dari kuali.
3. Kemudian terus gulung roti jala dan siap di hidang.
BAHAN-BAHAN ROTI JALA
Kredit : Azie Kitchen
1. Tepung Gandum - 3 cawan
2. Minyak Masak - 2 1/2 sudu besar
3. Telur - 1 biji
4. Susu cair - 3 cawan di campur sedikit air
5. Pewarna Kuning
CARA-CARA
1. Kisar semua bahan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam bekas acuan. Semasa tuang tu kalau adunan keluar tak putus-putus maknanya adunan dah boleh di jala.
2. Guna kuali non stick dan jala satu persatu. Tunggu beberapa saat sebelum di angkat dari kuali.
3. Kemudian terus gulung roti jala dan siap di hidang.
Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap
Reviewed by Ana Suhana
on
July 30, 2017
Rating:
Lama tak makan macam ni...selalu roti jala makan dengan kuah kari je...huhuhu..betul Sis...durian banyak sekarang..timbang kilo...biasanya jalau dah banyak sangat barulah jual longgok longgok..
ReplyDeleteFuhhhh roti jala tambah pengat durian lagi. Ira belum sarapan ni ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteDurian memang mahal sekarang...
ReplyDeleteSedapnya roti jala kuah durian
ReplyDeletewah...mesti sedap nih kalau roti jala kuah durian..
ReplyDeleteSedapnya roti jala....ha ah durian mahal betul sekarang
ReplyDeleteTahun ni tak pekena lagi pengat durian... 🤔🤔
ReplyDeleteAlahai.. sedapnya makan dgn kuah durian tu
ReplyDeleteSenang juga nak buat roti jala ni pula, tapi mrs pip tak da acuan roti jala la pula....nnt nak cuba lah juga resepi ana ni...
ReplyDeleteSenang juga nak buat roti jala ni pula, tapi mrs pip tak da acuan roti jala la pula....nnt nak cuba lah juga resepi ana ni...
ReplyDeletefav miza ne. Nyum..
ReplyDeleteNi kalau makan ni memang tak mandang kiri kanan dah ni.Oh! my favorite!
ReplyDeletealaaaaa kan dah terliur dah! :(
ReplyDeleteSekarang nie durian mahal.. Sedih.. Tengah tunggu pokok yang arwah ayah tanam besar dan berbuah.. pengat nie sha suka makan dengan roti..
ReplyDeleteYaallah...favourite lina ni ana.....sedapnye...melting dah ni..lina selalu mkn ngan roti jer...mls nak jala2 hihi
ReplyDeletebusyra x mkn durian tp busyra suka roti jala.. aaacanerr tu.. haha
ReplyDeleteKat sini buah durian baru buang buruk.
ReplyDeleteSeminggu lagi berlambklah.
Baru tadi tengok kat blog sapa tah makan serawa durian cicah roti, dtg sini pulak Ana hidang lagi serawa durian dgn roti jala ....Aduh Ana....sedapnya. Tulah tu...takut nak beli durian sekarang ni. Mahei ya amat
ReplyDeleteperghh sedap sedappp ni
ReplyDelete