Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall


Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Cerita semalam, bawa mak dengan ayah Ana jalan-jalan di Sunway Putra Mall. Katanya nak ke DIY. Lagipun dah lama rasanya tak ke sini. Kalau tak, setiap minggu wajib outing dekat sini untuk makan-makan atau cuci mata. Lepas habis pusing dalam DIY tu (sekejap je pun sebab DIY dekat sini kecik), ajak mak ayah makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul di area "food court" tingkat 4.

Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall 

Kredit : Teochew Chendul
Dekat tingkat 4 ni ada banyak pilihan makanan tau. Best sangat. Antaranya ialah pisang goreng SS2, Boat Noodle, Dubuyo, Subway, Penyet Express, Swensen, Tepanyaki dan banyak lagi. Pilih jer mana yang korang berkenan. Tempat pun selesa dan berhawa dingin. Nak lepak lama-lama pun takde hal. Tapi kena lah beringat juga pada pelanggan yang masih tercari-cari tempat duduk. Memandangkan Ana bawa mak dan ayah, kena lah cari something yang kena dengan selera dorang. The best choice is makan makanan tempatan dan Penang Road Famous Teochew Chendul adalah pilihan yang terbaik. TeoChew Chendul ni memang famos amos di Pulau Pinang. Setiap hari memang akan beratur panjang demi nak dapatkan semangkuk cendul di sana. Baru-baru ni Gary (ex running man) pun sempat singgah pekena TeoChew cendul. Tu kalau di Pulau Pinang. Tapi kalau korang dekat KL macam Ana ni, boleh je ke Sunway Putra Mall dan beberapa outlet lagi di sekitar KL / Selangor ni untuk rasa cendul popular ni. Jom tengok apa yang kitorang makan semalam. 


Menu 1 : TeoChew Chendol Durian -RM9.90


Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall
Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall 
Ni pembuka selera orang kata. Kalau korang suka makan chendol durian, boleh try makan dekat sini. Walaupun tak nampak seketul durian dekat chendol ni macam yang famous dekat PJ tu, tapi rasa chendol durian dekat sini tetap sedap dan tak menghampakan. Memang terasa lah isi durian masa kita hirup chendol tu. Sampai Syafi pun suka. 

Menu 2 : Teochew Chendol Original - RM6.50


Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall
Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall 
Kalau tak suka chendol durian, korang boleh cuba chendol biasa ni. Pun sedap juga. Ana tak berapa gemar makan chendol tapi chendol dekat sini, Ana suka sebab tak terlalu manis. Lemak-lemak manis lah senang kata. Perfect untuk tekak Ana ni.

Menu 3 : Chee Cheong Fun - RM6.50


Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall
Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall 
Menu wajib order setiap kali makan dekat sini. Tak tahu kenapa suka sangat makan chee cheong fun ni. Ana boleh makan sampai 2 pinggan tau menda alah ni. Hehe. Chee Cheong Fun dekat sini memang lembut dan halus tekstur dia. Kuah dan sambal dia pun sedap. Pada yang tak pernah makan, rasa dia sama macam kuew teow yong tau fu tu. Cuma beza dari segi saiz dan tekstur. Try lah nanti.

Menu 4 : TeoChew Kuang Jiang - RM7.90

Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall
Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall 
Yang ni sengkuang goreng sebenarnya. Rasa dia rangup dan manis. Ayah dengan En Suami suka menu ni. Ana tak berapa nak suka sebab setia dengan chee cheong fun.

Menu 5 : Mee Udang Penang - RM10.90


Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall
Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall 
Memandangkan Ana dalam proses nak sembuh dari gastrik, Ana tak dapat nak menikmati mee udang ni sebabnya ada minyak cili yang agak pedas dalam mee ni. Tapi masa Ana rasa sikit, mee udang ni rasa dia macam mee bandung Muar pun ada. Tapi rasa manis air rebusan udang tu tetap ada.  Telan air liur je tengok dorang makan. Berhuhu jer lah Ana masa tu.

Ana pernah juga rasa asam laksa dekat sini. Tak terlalu pedas dan tak terlalu manis. Terasa lah isi ikan tu masa makan asam laksa ni. Memang puas hati. Semalam Ana perasan ada menu baru dekat sini iaitu nasi lemak. Next time nak try lah juga. Mana tau kena dengan selera Ana kan. :)
Makan-makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, Sunway Putra Mall Reviewed by Ana Suhana on July 17, 2017 Rating: 5

22 comments:

  1. mnarik semua menu2nya tu, cendol akak suka

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Tengok dari gambar dan komen Ana ni. Macam dekat Little Penang Cafe ajer. Kat situ cendol die sedap, mee kuah die pun terbaik!

    ReplyDelete
  3. ahhh nyesal pepagi masuk blog kak ana. lapar lapar lapar. hahah
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. boleh try makan kt sini nanti..last pergi ke Sunway Putra waktu bulan Ramadhan...boleh KIV la gerai ni nanti..hehe

    ReplyDelete
  5. Aduii nape la ana up gambo cendol tu... Dah teringin nak makan.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. kat sabah mcm ada dah ne..tapi xsmpt nak p lagi....

    ReplyDelete
  7. cendol memang best makan time musim2 panas ni <3
    tapi agak mahal sikit ye harga cendol dia huhu

    ReplyDelete
  8. Sedapnya cendol...semalam p umah terbuka...ambil cendol tapi yaya dah bosan menengok umminya makan...pasrah la kita makan beberapa ketul je...huaaaaaa

    ReplyDelete
  9. Terpikat dengan cendol tu. Yang lain-lain pun nampak macam menarik...yummy

    ReplyDelete
  10. makkk aihhh meleleh air liur hehehe

    ReplyDelete
  11. Cendol owh cendol...PC suka cendol..huisss terliur...

    ReplyDelete
  12. Dah lama sangat tak pegi sini sampai dah bertukar nama dah hahahah
    Dulu The Mall sekarang Sunway Putra Mall.
    Dulu-dulu kalau datang sini suka makan bihun tomyam

    ReplyDelete
  13. sedap2 menu dia kan...tapi ana memang pandai ambik gambar la...terbaik anasuhana.com

    ReplyDelete
  14. waa.. selalu g tapi tak pernah singgah.. huu~ atie kalau g sunway putra mall mesti g kaison.. kikiki.. tanam saham..

    ReplyDelete
  15. cendol ketiga saya tengok dlm blog hari ni. kena cari utk makan la ni

    ReplyDelete
  16. mee udang penang !!! beliur tgk

    ReplyDelete
  17. mee udang tu buat ju telan air liurr... sob sob sob

    ReplyDelete
  18. Mee udang tu nampak best tapi kalau pedas memang sha tak makan lah.. Hehehe

    ReplyDelete
  19. Waduh, cendol durian... =) meleleh air liur..

    ReplyDelete
  20. Suka betul Siqah tengok gambar makanan Ana. Semua nampak sedap tau 😍

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.