Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka| Assalamualaikum. Untuk malam terakhir di Melaka, akhirnya Ana dapat merasa stay di hotel yang Ana paling teringin nak check in di Melaka iaitu Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka. Dulu masa hotel ni dalam pembinaan, Ana cakap dengan en suami bestnya kalau duduk dekat hotel ni. Boleh jalan kaki je kalau nak pergi Bandar Hilir atau Dataran Pahlawan. Masa tu 4-5 tahun lepas. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa. Konon suprise dari en suami sebab masa check out dari Hotel Ramada dia kata kami akan stay di hotel lain.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka
Memandangkan Ana check in pada hari Jumaat, memang dah expect akan beratur panjang sebab hari tu biasanya dah ramai orang luar akan datang ke Melaka. Lagi-lagi hotel ni terletak di tengah-tengah bandar kan, memang akan jadi tumpuan orang lah kan. Kebetulan masa tu peserta dari satu badan berkanun pun nak check in juga. Lagi lah ramai kan. Tapi..walaupun ramai yang beratur untuk check in, proses di kaunter sangat cepat. Tak sampai 15 minit kami beratur dah dapat bilik.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Ana booked deluxe suite di sini. Rate dalam RM240 semalam. Hotel Hatten ni antara
hotel di melaka yang bertaraf 4 bintang. Walau harga dia agak mahal tapi berbaloi sebab bilik dia pun best dan besar. Selesa sangat-sangat. Harga pun termasuk dengan breakfast. Cuma problem nak tunggu lif agak lama walaupun keenam-enam lif beroperasi. Dah lah bilik Ana di tingkat 13. Kalau nak naik tangga, hazab juga. Hehe.
Buka-buka bilik Syafi terus teruja. Tapi bila masa je dia tak teruja bila masuk hotel. Hehe. Ana pun suka sangat dengan bilik ni sebab lain dari bilik hotel-hotel yang Ana pernah stay. Masuk je bilik jumpa ruang lepak dulu. Ada satu kerusi ala cleopatra dekat situ dan ada tv juga kalau nak menonton. Tepi pintu tadi ada ruang kecil yang memuatkan small fridge dan refreshment.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Lepas dari ruang lepak tadi baru jumpa ruang tidur. Antara ruang tidur dan ruang lepak ada divider kaca. Katil dekat bilik ni ialah katil king. Memang muat untuk kami bertiga. Terlebih selesa lagi. Dekat ruang ni pun ada tv juga. Lagi besar dari tv di ruang lepak tadi. So takde lah nak berebut tengok tv dengan Syafi.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Bilik air pun luas dan bersih. Tempat shower pun tertutup tu yang paling penting. Tapi Ana prefer bilik air di Hotel Ramada lagi. Sebab dekat sini, tandas dia betul-betul depan pintu. Rasa macam tak best sikit. Hehe. Tapi ok je. Takde masalah pun. Fasiliti lain yang ada dalam bilik ialah peti keselelamatan, iron dan iron board. Semua cukup.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
View dari bilik pula Ana dapat pemandangan bandar dan selat Melaka. Seronok sesekali bersidai tepi tingkap tengok kesibukan
bandar Melaka ni. Sambil bersidai sambil makan jajan. Syafi pun sama layan. Selat Melaka nampak jauh sikit tapi masih boleh nampak lah kapal-kapal atau bot yang lalu dekat situ.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Lepas rehat-rehat kejap, kami ke Dataran Pahlawan. Saja jalan cuci mata. Best pasal hotel ni ialah ada bridge yang menghubungkan hotel dan Dataran Pahlawan tu. Tak perlu nak berpanas atau melintas jalan yang super busy tu. Nanti masa lalu dekat bridge tu, korang akan jumpa wish booth dan mini love lock bridge.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Esok pukul 7 pagi Ana dah turun breakfast. Sebab nak elak dari bersesak kan dan tak nak tunggu lif lama-lama. Masa nak masuk ke dining area akan ada staff escort tunjuk meja kosong. Tak lah kita terpinga-pinga nak cari tempat sendiri kan. Selamat Ana turun awal sebab masa Ana nak naik bilik tu, amik ko punya panjang orang tengah beratur nak tunggu turn meja kosong. Menu breakfast dekat sini meriah dari Hotel Ramada. Ada macam-macam menu di hidangkan. Kebanyakan Chinese style. Rasa pun boleh tahan.
|
Hatten Hotel Melaka Hotel Terbaik di Melaka |
Lepas breakfast duduk melepak dalam bilik je. Nak habiskan masa berehat, berguling atas katil. Nak jalan dekat bandar memang tak lah waktu weekend ni. Memang cari nahas orang kata. Pukul 11 Ana dah ready untuk check out. Proses check out pun cepat sebab takde orang sangat. Masa dah dalam kereta baru Ana perasan handbag Ana takde. Masa dalam bilik lagi dah perasan handbag tu takde. Pikir punya pikir, Ana dah syak mesti tertinggal dekat mana-mana hotel dekat sini. Mula-mula call Hotel Euro Rich, dorang confirmkan memang takde beg tertinggal. Last option call Hotel Ramada. Sekali seperti yang di jangka memang tertinggal dalam bilik dekat sana. Haha. Handbag punya besar boleh terlepas pandang. Tu salah satu keburukan pindah randah hotel. Haha. En suami pun apa lagi, membebel je lah. Sebab tu kalau nak check out orang terakhir yang akan keluar dari bilik mesti dia. Cuma di Hotel Ramada je dia minta Ana check sebab dia habis kursus lambat dan nak kejar solat Jumaat. Apa pun semua selamat yang penting. Hehe.
Rindunya ! Mek pergi kursus hr tu stay sini. Best. Jln mlm dekat sgt. Pagi esok tu pun dekat pegi dataran pahlawan 👍
ReplyDeleteBestnya hotel nie Ana, kalau ada rezeki nak pergi lagi ke Melaka.. hari tu pergi tak dan nak pusing habis lagi.. hihihi..
ReplyDeletewahh.. dah banyak hotel yg ana stay kat melaka ye.. bestnyaaa :)
ReplyDeletesuka tengok ana pi jenjalan..ntah bila dapat peluang pi berjalan cenggini...
ReplyDeleteteringin nak duduk sini. selalu booking Mahkota je. sebab murah >,< and swimming pool besar
ReplyDeleteWah bestnye..banyak hotel ana dah pergi ye..seronoknye dapat jalan-jalan ��
ReplyDeletetak pernah stay sini..nanti boleh cuba, nampak macam menarik.
ReplyDeleteYang penting, semua selamat ye Ana. Hihi.
ReplyDeleteKawan Siqah suka sangat dengan Hotel Hatten. Berkali-kali suruh kami cuba stay kat sana. tak bekesempatan lagi ;)
hotel nampak mewah sekali... seronok klu dapat duduk situ dengan dengan town
ReplyDeletecantik hotel tu, bilik nampak luas
ReplyDeleteKedudukan hotel yang strategik juga salah satu penyumbang harga kan Sis..tapi asal memenuhi citarasa,puas hati..alhamdulillah..
ReplyDeleteBestla hotel ni ana....lina kalau jalan kan xdan nak ambik gamba tau..nk ambik gamba buffet breakfast pun selalu lupa...haha...dah kenyang baru ingat...alaaa...lupa plk nk amek gamba hihi😂😂😂
ReplyDeletemmg betul tu Ana..bila berpindah randah ni mesti ada benda yg tertinggal walau terkadang tu kita dok beringat sangat...hehe
ReplyDeleteSaya memang suka stay hotel..
ReplyDeleteDari dulu lagi..
Selesa and cantik bilik hotel ni.
ReplyDeleteNasib baik la dapat semula beg ana kalauu tak habislah. Huhu. Lepas ni kena lebih2 hati2. 😊
Hotel ni area dataran pahlawan ke? Senanglah nak gi jenjalan area situ. Nampak kelas hotel tu
ReplyDeleteLZ pernah tinggal di Hotel Hatten ni beberapa tahun lepas Ana.. masa sambut birthday Arief.. Masa tu belum meriah lagi macam sekarang. Sekarang macam-macam ada. LZ suka sebab easy access ke Dataran Pahlawan dan dikelilingi shopping complex, menarik..
ReplyDeleteI'm going to repeat sebab best..
Alhamdulillah, dapat semula handbag Ana..
DeleteHotel hatten ni antara hotel mahal gak ni. teringin nak stay sini. tengok bilik macam best tu
ReplyDeletewahh kalau rabia pergi melaka ni harus tempah hotel ini
ReplyDelete