Coklat Tarbiah : Bukti Kecintaan Kita kepada Baginda Nabi Muhammad
Coklat Tarbiah : Bukti Kecintaan kita kepada Baginda Nabi | Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Allahuma solli 'ala muhammadin wa'ala ali muhammad. Selawat yang sering kita ucap ke atas Baginda Nabi s.a.w. dengan harapan menggunung semoga kita beroleh syafaat Baginda di sana kelak. Terdapat banyak kelebihan yang kita akan perolehi dengan berselawat. Antara yang selalu kita dengar ialah kita akan mendapat ganjaran 10 kali selawat dari Allah s.w.t atas setiap kali selawat yang kita ucapkan. Pemurahnya Allah. 1 kita buat 10 Allah balas. Mudah pula caranya. Tak perlu sampai berkerah tenaga untuk dapat ganjaranNya. Tengah duduk, tengah kerja, tengah baring, tengah bawa kereta, hanya basahkan bibir dengan selawat dan boleh kumpul saham akhirat kita. Kenapa kita perlu selawat? Mudah saja jawapannya. Ianya sebagai salah satu bukti tanda kecintaan kita pada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Coklat Tarbiah : Bukti Kecintaan Kita kepada Baginda Nabi Muhammad |
Coklat Tarbiah : Bukti Kecintaan kita kepada Baginda Nabi
Hari ni Ana nak share beberapa quote yang menarik yang Ana petik dari buku Coklat Tarbiah 2 hasil nukilan Aiman Banna dalam tajuk Cinta Nabi. Semoga bermanfaat dan membuka hati kita semua mudah-mudah.
IMAN & ISLAM - terima kasih Nabi Muhammad untuk hadiah ini. Perjuanganmu kami hargai dan akan kami terusi sehingga mati.
Apa bukti kita cinta Rasul?? Ikuti sunnah Baginda. Apa sunnah paling agung? Dakwah dan Tarbiah. Makanya, sudah cukupkah kita mencintai Nabi?
Aku tidak pernah jumpa setia, setianya setinggi Nabi Muhammad!! Kerana walaupun setelah sekian lamanya kita lupa Baginda, namun kita masih di rindui.
Sesungguhnya orang yang berhenti berdakwah bagaikan mahu berhenti mencintai Nabi Muhammad. Jangan jangan pernah begitu. Kuatkan diri!!
Kawan...cintailah Nabi Muhammad dengan selayaknya. Dan sebaik-baik cinta kita hulurkan untuk Baginda ➡ Sollu 'ala Nabiy
Nabi Muhammad selayaknya di cintai melebihi manusia-manusia lain yang ada didunia ini. Walaupun dia isteri, ummi, sahabat, atau sesiapa pun!!
Nabi Muhammad dah buat kerja Baginda dengan sangat superb. Tapi apakah Al-Quran telah tersebar hingga ke seluruh muka bumi?? Tugas siapa sekarang ni?
Beruntung kan kita punya seorang Nabi yang sentiasa mengingati umatnya. Tapi kita?? Sejauh mana kita mengingati dan mencintai Baginda?? Di mulut kita kata kita rindu Baginda, tapi di hati menidakkannya. Malah masih berseronok melakukan perkara-perkara yang Baginda tidak suka. Tapi yang aneh, kita masih mahu syafaat Baginda.
Mujur Allah dan Rasulullah itu baik. Allah terima taubat, Muhammad memberi syafaat. Mudah, hanya selawat. Dalam sehari lima kali kita wajib berselawat ke atas junjungan Baginda. Jika di tambah dengan solat sunat dan zikir, lebih lagi selawat, lebih lagi SYAFAAT.
Coklat Tarbiah : Bukti Kecintaan Kita kepada Baginda Nabi Muhammad
Reviewed by Ana Suhana
on
July 21, 2017
Rating:
Good sharing Ana, miza pun tengah cari buku ne. ramai review best
ReplyDeleteSalam jumaat
ReplyDeleteMemang best buku ni ya
Ingatkan brand coklat mana tadi
RUpa rupanya judul buku
Thanks Ana, kongsi entry ni..semoga kita semua tak pernah lupa utk selawat kat Nabi tercinta ...
ReplyDeleteperkongsian yang baik kak ana.
ReplyDeleteSelawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w
ReplyDeleteBerselawat itu mudah tapi berat...berat bagi yang sekadar ungkap rindu dan cinta..diangin lalu...ubah...kurangkan ungkap kata cinta baginda dibibir tapi pasak dan teguhkan sayang dijiwa...teruskan berselawat ke atas baginda.
ReplyDeleteSalam jumaat kak ana. Bagus buku macam ni kan, yang menjadi saluran dakwah kepada kita dan kita juga turut boleh berdakwah melaluinya. Moga sama2 mendapat syafaat baginda Muhammad SAW. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteLama tak jenguk kak ana, ira singgah lawat kawasan jap ye hehe.
Tq Anam kerana mengingatkan
ReplyDeleteSiqah suka karya Aiman Banna. Baru habis baca buku ni beberapa hari lepas. Peringatan untuk kita semua umat Islam.
ReplyDeleteGut sharing ana.. Lea x baca lagik buku coklat tarbiah ni.. Nak beli tak terbeli jugak...
ReplyDeletePerkongsian yang bagus..
ReplyDeletePerkongsian yang baik kak ana. Thanks for sharing.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
nice sharing kak.. lama tak topup ilmu rohani ni. asyik dunia je..
ReplyDelete