Tempat-tempat Menarik di Johor untuk di lawati


Tempat-tempat menarik di Johor untuk di lawati| Assalamualaikum. Rasanya dalam kesemua entri travelog Ana, tempat-tempat menarik di Johor je yang masih belum ada entri tentangnya. Sebabnya baru sekali Ana ke sana. Itu pun sebelum aktif berblog. Memandangkan hujung tahun ni Ana akan ke sana, meh sini Ana share dengan korang semua tempat-tempat menarik di Johor Bahru yang bakal Ana nak terjah di sana nanti. Confirm korang yang belum ke sana akan jadi teruja sama untuk join Ana makan angin di Johor.

Macam korang tau, trip-trip Ana kebanyakannya jenis yang bajet ciput. Jadi benda yang pertama sekali Ana akan selesaikan ialah menacri tempat penginapan terlebih dahulu. Ye lah, Johor kan sekarang menjadi tempat tumpuan pelancong. Kalau lambat nanti penuh pulak semua bilik hotel. Tak ke naya nanti. So Ana dah buat list of budget hotel in Johor Bahru ni. Survey punya survey,  Ana jumpa satu hotel yang memang best dan berbaloi-baloi. Dan paling menarik, hotel tu terletak betul-betul di Danga Bay u olls dan juga dekat dengan Skudai dan Johor Baharu. Hotel yang Ana maksudkan tu tak lain tak bukan ialah TUNE Hotel. Dengan harga semalam kurang dari RM90 memang cun sangat dah tu untuk kami sekeluarga. So bab hotel selesai.
TUNE Hotel
Kredit : Tune Hotels

TUNE Hotel
Sekarang Ana nak share pula tempat-tempat menarik termasuk tempat makan popular yang ada di sekitar Johor ni. Tempat pertama yang Ana nak terjah sudah semestinya ialah Kedai Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin.
Kacang Pool Haji
Kredit : The Vocket
Dengar cerita, kacang pool dekat sini di katakan kacang pool yang paling famous dan sedap di Johor. Dan tempat ni merupakan tempat original kacang pool mula-mula beroperasi. Pada yang tak pernah makan kacang pool, meh sini Ana bagitau. Kacang pool ni sejenis pencicah yang di masak dengan daging cincang dan di makan dengan roti.

Perut pun dah di isi, next plan Ana nak jalan-jalan cuci mata pusing mall yang besar di Johor iaitu City Square dan Johor Baharu Convention Center (JBCC).
City Square
Kredit : City Square
Agak-agak dah puas tawaf dan kacang pool tadi pun dah habis hadam, Ana nak pekena makan nasi padang pula dekat dengan City Square ni je. Senang je nak ke kedai nasi padang ni. Dari pintu utama City Square, lintas jalan sikit dan jalan terus. Confirm akan sampai depan kedai Nasi Padang SukaRamai ni. Katanya sambal dekat kedai ni memang sedap dan terangkat. Rugi kalau tak cuba makan dekat sini.
Nasi Padang SukaRamai
Kredit : FoodPoi
Untuk aktiviti makan malam, Ana plan untuk ke satu tempat yang happening giler yang memang rugi kalau dah sampai Johor tak ke sini. Tempat tu semestinya ialah Kilang Bateri yang berkonsepkan hipster style. Mengikut sejarah, Kilang Bateri ni dahulunya merupakan sebuah kilang bateri berjenama Eveready. Namun kilang ni telah ditutup beberapa tahun yang lepas selepas Syarikat Eveready tersebut telah memindahkan operasinya ke Filipina kerana kos buruh yang lebih rendah di sana.
Kilang Bateri
Kredit : Oh Bulan
Kemudian owner baru telah mengubah suai kilang tersebut menjadi tempat tarikan orang ramai yang berkunjung ke Johor. Di Kilang Bateri ni, terdapat pelbagai jenis menu di jual bermula dari juadah selatan hinggalah ke utara semenangjung. Ada juga artis-artis Malaysia seperti Afdlin Shauki berniaga di situ. Meja dan bangku di setiap gerai adalah hasil kreativiti Pertubuhan JOHO (Anak-anak muda yang Kreatif dan Dayausaha yang Progresif).

Dari Kilang Bateri Ana plan nak ke Pasar Karat Johor Bahru yang terletak di Jalan Sengget. Terdapat pelbagai barangan dari bundle, vintaj dan preloved hinggalah barangan kraftangan dan baru serta makanan ada di jual di sini.
Pasar Karat Johor Bahru
Kredit : Utusan
Dengar kata, bangunan-bangunan yang ada di sekitar Pasar Karat ni juga ada sejarah tersendiri. No wonderlah ramai pelancong dari Singapura terutamanya datang ke pasar karat ni. Selain itu, terdapat juga pemuzik jalanan akan menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan lagu-lagu popular dari pelbagai genre. Mesti meriah kan. Tak sabarnya nak ke Johor.

Aktiviti seterusnya Ana nak jalan-jalan ke Tanjung Piai pula. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia tau. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Sebab tu Tanjung Piai juga di kenali sebagai Penghujung Benua Asia.
Jeti Tanjung Piai
Kredit : Wikipedia
Tanjung Piai telah diisytiharkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Hutan bakau ini membentuk koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dengan tanah lembap Sungai Pulai. Paya bakau dekat sini belum terdedah kepada pencemaran dan pembangunan tau. Lagi satu, dari Tanjung Piai kita boleh lihat bangunan pencakar langit Singapura yang di pisahkan oleh Selat Johor.  Hebat kan?

Sebelum balik KL, Ana nak singgah ke Johor Premium Outlet (JPO) kejap. Mana boleh tak singgah sebab Ana selalu dengar yang butik-butik berjenama yang ada di sini seperti Coach, Burberry, Adidas selalu buat sales kaw-kaw. Mana tau dapat amazing price kan. Tuah manusia kita tak tahu kot-kot ada peruntukan untuk shopping dari jabatan kewangan Ana kan. Hehe. Dah shopping boleh lunch dekat food court JPO ni. Tak perlu nak pening cari tempat makan dah.
Johor Premium Outlet
Kredit : The Iskandarian
Basically semua dekat atas ni tentatif trip Ana ke Johor bulan depan. Excitednya la haii. Baru tulis tentang tentatif pun dah terasa teruja apa lagi kalau dah dapat jejak kaki ke sana kan. Ada siapa nak follow Ana ke Johor?  Jommm kita berjemaah cuti-cuti ke selatan Malaysia. Johor... Mu tunggu aku datang!!!



Tempat-tempat Menarik di Johor untuk di lawati Reviewed by Ana Suhana on July 24, 2017 Rating: 5

24 comments:

  1. boleh dijadikan rujukan nanti kalau terlajak sampai Johor.. CT tak pernah pegi JB pun. Johor paling jauh rasanya sampai Mersing je kot..

    ReplyDelete
  2. Menarik ne. Boleh miza jadikan rujukan bill ke Johor nanti

    ReplyDelete
  3. Xpnh guna tunehotels. Nti leh try.

    Masa reen belajar kt skudai, City Square adalah tmpt lepak zaman muda2. Sllu tgok wyg kat CS. Alaaa rinduuu pulakk.
    .
    .
    Singgah forest city jugak Ana.😙

    ReplyDelete
  4. Menarik la tempat2 nie..teringin nak pegi pasar karat walaupun spenah singgah di JB..

    ReplyDelete
  5. Kacang pool haji tu mesti try tau ana.. mmg sedap.. bazar karat pun best.. selamat dtg ke johor ana..

    ReplyDelete
  6. baru plan nak ke johor .. da jmpa tmpat2 y best... kacang pool tu berliur tgk

    ReplyDelete
  7. Bestnya ke johor, nanti dapat panjangkan langkah masuk ke Singapore jugak 👍👍😍

    ReplyDelete
  8. Boleh masuk list backpack travel la kalau harga gitu kak ana..mmg affordable.

    Sy teringin betul la roti kacang pool tu...

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan urusan cuti2 ana ke johor nanti, nampak menarik tempat2 yang hendak ana kunjungi tu. akak dah sampai johor tapi takde la berjalan betul2 pergi sebab kenduri kawin je

    ReplyDelete
  10. tempat lahir lina ni ana...nnt jangan lupa pergi plaza angsana tau...ada mee rebus hj wahid yang terkenal tu....sedap gilosss hahaha

    ReplyDelete
  11. Hmmm, bile nk plan g johor ni.. tahun ni ke penang rasenya. InsyaAllah.. thx for the info ana, mane tahu tak jd pegi penang pusing p jhor 🤣😂

    ReplyDelete
  12. glemer kan kacang pool tu, rasanya saya je yg tk penah makan lagi

    ReplyDelete
  13. Bagus nie Ana, boleh Kak Sue buat rujukan juga untuk bercuti hujung tahun nie..

    ReplyDelete
  14. Tg Piai tu tempat favorite tuu...tempat yang wajib kena pergi...Tanjung terselatan Asia dan banyak monyet yang tak takut orang..kita pulak kena takut dgn dia..hehe

    ReplyDelete
  15. tak pernah lagi bercuti-cuti ke johor. Terima kasih atas info berguna ni.

    ReplyDelete
  16. seriously xpenah sampai lagi johor..one day Insyaallah sambil attend konvo adik di UTHM

    ReplyDelete
  17. auuummm.. kaki ai dah gatal ni.. hahahaha~ adoi.. mengundang nih..

    ReplyDelete
  18. Dlm entri ni..yg akk dh g kilang bateri dan JPO. lain2 tak pernah pergi lg. Walaupun kg nenek atok kt Johor. Tak sempat2 nk terjah semua tpt di Johor hehe

    ReplyDelete
  19. ana..jangan lupa singgah forest city.. dah dekat sangat dengan rumah kita.. boleh singgah rumah kita sekali.. 😉

    ReplyDelete
  20. dah lama tak pergi johor. aish nak jalan PO tu kena banyak wang tu

    ReplyDelete
  21. terima kasih mmeberi info yang amat lengkap ..

    adik saya bekerja di Johor Bahru..

    ReplyDelete
  22. uyul pun belum habis pusing johor ni kak ana hahahah murtad johor
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  23. Kilang Bateri dan Jeti Tanjung Piai, antara tempat yang Siqah nak pergi jugak :D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.