Tips dan adab membaca Al-Quran


TIPS DAN ADAB MEMBACA AL-QURAN l Oleh Dr Muhd Al-Mujaysni, beliau memberi tips dan adab membaca Al-Quran untuk panduan kita semua. Semoga apa yang di sampaikan dapat memberi manfaat buat kita semua InsyaAllah.

TIPS DAN ADAB MEMBACA AL-QURAN


TIPS DAN ADAB MEMBACA AL-QURAN

1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca).

Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran, adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing. Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

11. (PENTING!!) 
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat.
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefonmu)

12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

Berhentilah pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut. Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya. Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. 
Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

*Ramadhan Kareem.
Tips dan adab membaca Al-Quran Reviewed by Ana Suhana on June 02, 2017 Rating: 5

13 comments:

  1. Tq sharing ana..
    Mrs pip selalu belajar bacaan thru www.quran.com
    Semoga kita mendapat keberkatan..
    Oooh baru tau, sebaik baiknya habiskan satu satu surah baru berhenti...
    Lepas ni berusaha ke arah itu.
    Cheers.

    ReplyDelete
  2. Allahmdulilah ... perkongsian yang baik :) thnks kak ana

    ReplyDelete
  3. Good reflection. dulu mmg jaga tak berhenti cakap or check henadphone apa tapi sekarang rasa mcm senang je buat. baca ni baru terfikir yg kata adab dgn Allah tu. Terima kasih kak sharing. Peringatan mcm ni lagi terkesan dari semata terangkan praktikal je.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  4. Setuju..terima kasih Sis sharing...off seketika urusan dunia tatkala mendampingi Al Quran...fokus sepenuh hati..moga keberkatannya sebati dihati..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sis share benda ni. sesetengah manusia tak tahu adab semasa membaca alquran. Tapi ada sekelompok manusia yang tidak tahu adab ketertinggian alquran. Main letak je alquran bertimbun dalam beg, lepastu letak di bahagian bawah sit kereta hm. Nak tegur. Dah tua.

    ReplyDelete
  6. bagus ana up tips ni.. sangat bermanfaat sbgai rujukan..

    ReplyDelete
  7. Sharing yang sungguh mendalam sekali kak Ana, terima kasih kerana peringatkan saya untuk selalu baca Al-Quran..

    ReplyDelete
  8. manfaatkan kewujudan teknologi dgn pkara2 baik, bgitu lah dgn kwujudan hp dlm khidupan kita. kalo baik cara kita gunakan, maka baiklah. jika sebaliknya, hanyutlah kita dlm era teknologi ni. Pegang Al-quran sikit, dah selfie masuk insta dan sbg nya.. Allahuakhbar.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.