Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat
Resipi Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat l Assalamualaikum. Macam mana raya semua? Mesti seronok dapat balik kampung kan. Ana macam tahun-tahun lepas raya di Selayang dan KL saja. Rumah mak dan mertua dekat-dekat je. Boleh balik hari je. Jimat duit minyak dan tol. Hehe. Selayang ni pun ibarat kampung juga. 3-4 hari sebelum raya jalan dah mula sesak. Pasar pun dah mula padat dengan orang. Masing-masing sibuk membeli persiapan untuk masak menu raya. Kalau hari raya pula, memang ramai orang datang ke rumah. Makanan tak sampai petang habis licin. Hari berikutnya pun sama. So jalan paling selamat nak hidang ke tetamu ialah mee goreng. So hari ni Ana nak kongsi resepi mee goreng basah mudah dan cepat. Masa nak siapkan semua dalam 10 minit je. Jom tengok bahan-bahan yang Ana guna.
Baca juga : Resipi Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis
Baca juga : Resipi Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis
Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat
Saiz hidangan : 5-6 orang
BAHAN-BAHAN
1. Mee Kuning - 1 pek
2. Fish Cake - 3-4 biji
3. Fish Ball - 6-7 biji
4. Isi Ayam / Udang
5. Sawi
6. Kobis Bunga / daun kucai
7. Taugeh
8. Cili kisar - 4-5 sudu besar
9. Bawang besar - 1/2 biji ( di hiris kasar)
10. Sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram
11. Daun Sup / bawang goreng (untuk hiasan)
11. Daun Sup / bawang goreng (untuk hiasan)
CARA-CARA
1. Tumis bawang besar sampai baik bau.
2. Masukkan cili dan tumis sampai masak.
3. Masukkan isi ayam / udang, fish cakes dan fish ball.
4. Masukkan sedikit air dan letak sedikit sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
5. Masukkan garam, aji dan sedikit gula.
6. Masukkan sayur dan mee kuning. Kacau rata.
7. Masukkan air sedikit lagi untuk jadikan mee goreng sedikit basah dan masukkan taugeh. Tutup api dan kacau rata.
8. Masuk dalam mangkuk dan tabur daun sup dan bawang goreng. Siap di hidang
Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat
Reviewed by Ana Suhana
on
June 29, 2017
Rating:
sedapnyaaaa suka mee goreng lagi2 yang homemade.. kalo kat kedai jarang makan. hehe..
ReplyDeleteopen house tak rini ? ngeh2..
Akak kalau bab mee2 ni memang suka..thanks ana share resepi
ReplyDeleteMee goreng mmg menu paling senang nk buat. Main campak campak je dah dah jadi dah.. hihi
ReplyDeleteSenang kan nk wat lagi2 kalau tiba2 tetamu dtg mengejut. Hee.
ReplyDeleteLama betul tak goreng mee ni.. Leh try resepi mudah ni pulak... Thankz ana.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.
ReplyDeleteUyul nak buat comeback nih selepas hampir sebulan menyepi dalam dunia blogging!
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Sedapnya resepi Ana..
ReplyDeletehi Ana ... nampak mcm sedap.
ReplyDeletekalau mrs pip pula, hidangan paling selamat ialah soto ayam ...
tapi bukan mrs pip masak, semuanya disiapkan oleh mr.Husband, muehehe ...
anyway, have a beautiful raya Ana ...
cheers.
pernah juga try masak mee goreng basah. nasib baik menjadi. tapi yg mee tu sy rebus dulu buang kapur mee tu
ReplyDeletesedapnya...ccl lebih sukakan kway teow
ReplyDeletefuhyoooo lama tak buat mee goreng niii
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.. ;)
Jemput singgah ke blog MamaJue
Senang kan goreng mee.. boleh cuba resepi Ana nanti nie..
ReplyDeletemasa budak2 marhabban datang hari tu, pn is3 pun masakkan mee goreng jugak.
ReplyDeleteNi ada dua kumpulan marhabban lagi yang akan berkunjung,
Kumpulan wanita dan kumpulan bapak2 pulak.
Saya pun minat masakan mee. yang paling penting, tak suka kalau mee tu ade rasa pahit2 kelat rasa kapur tuh. Alhamdulillah..sekarang dah banyak produk muslim dan homemade. Rasanya memang lain dari yang pernah dibeli sebelum ni. Suka juga mee goreng basah and mee hailam juga! slurpppp...heheh
ReplyDeletesedapnyaaaa kak anaaa.. nmpk fish cke tuuuu. hehe
ReplyDeleteBegitu cara masak mee goreng basah cara Ana, best nampak sedap 😋.. LZ frust bila masak mee goreng basah perencah tak mau lekat pada mee, berkumpul dengan fishball dan sayur. Entah mana silap, huhuhu..
ReplyDeleteMenu paling senang untuk tetamu hari raya ni. Hehe. Siqah save resepi Ana yang ni tau 😊
ReplyDeleteya allah rasa berdosa kalau tak try hoi!
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Adoii, mee goreng yang benar-benar mengusik perasaan.. =)
ReplyDeletemenu pantas utk dhidangkan lagi2 bila ada beberapa bahan makann utama xcukup, jadi mee basah dan mee kering mmg perlu tersedia d dapur =)
ReplyDeletethanks for sharing hahaha maklumlah sy nie jarang masuk dapur hahaha
ReplyDeleteSedapnya..tq share
ReplyDeleteSaya nak cuba buat mee goreng basah versi pedas