Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap
Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Masak apa kita hari ni? Ana dah hampir buntu tak tahu nak masak apa sebenarnya. Tapi tiba-tiba teringin nak makan ayam percik. Nak pergi bazar macam malas. Maka masak lah sendiri je. Alhamdulillah menjadi.
Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap
Saiz hidangan : 2-3 orang
BAHAN-BAHAN
1. Ayam - 5-6 ketul
2. Daun kunyit - 1 helai
3. Santan - 1-2 kotak
4. Cili kering - 5 tangkai *
5. Bawang besar - 2 biji *
6. Halia - 2 cm*
7. Serai - 2 batang * ( 1 di kisar dan 1 untuk menumis)
8. Kunyit hidup-Sedikit *
* di kisar
CARA-CARA
1. Daun kunyit di hiris halus dan di bahagi kepada 2 bahagian.
2. Panaskan minyak dan tumis serai (di ketuk dahulu) sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan yang di kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, daun kunyit separuh, garam dan gula.
5. Bila kuah dah start mendidih, masukkan ayam dan masak hingga separuh empuk.
6. Kemudian angkat ayam sahaja dan sambung bakar di dalam oven atau atas kuali sehingga masak dan garing. (Ana tak bakar sampai garing sebab nak isi ayam masih lembut semasa di makan)
7. Akhir sekali hidang ayam di atas pinggan dan simbah kuah ke atas ayam. Hias ayam percik dengan lebihan daun kunyit tadi.
Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap
Reviewed by Ana Suhana
on
June 08, 2017
Rating:
Sedapnya.. nak cuba lah nanti..
ReplyDeletesedapnya ana.. dah la kepala tengah pikir apa nak masak untuk berbuka karang..
ReplyDeletesedap.. unni pun da buat ritu... macam nak lagi..hihihi
ReplyDeleteSedapnya ana.. thn ni belum makan ayam percik lagi...
ReplyDeletedah lama tak buat ayam percik..ehh terbau sampai ni la Ana...
ReplyDeletealahai sedappnyaa kak ana :) seronok kalau dpat ni :)
ReplyDeleteIni lagi bomb.. (tetiba naj nyanyi lagu nora danish bila nampak resepi ni..) Hihi.
ReplyDeleteSedapnya.. Selalu buat ikan percik je😂
dulu rajin buat masa bujang. Siap bakaq depan rumah.
ReplyDeleteLa ni..sejak dah kahwin..bini la yang yang rajin masak. Hehe
sy suka ayam percik kuah putih...
ReplyDeleteAlahai kak ana.. Kesian kami dalam rantau nie.. Kat mana nak cari daun kunyit.. Teringiiiin.:(
ReplyDeleteErmmmm....kena try la ni...
ReplyDeleteMudah ni Sis..boleh dicuba ni..
ReplyDeleteRamadhan tahun ni tak pekena lagi ayam percik. Hahaha ramai2 kat rumah ni nak jimat mmg kena buat sendiri...
ReplyDeleteRajin dh masak ni...nampak sennag dan nampak sedap..nanti nak cuba jugak
ReplyDeleteWah boleh try ni, ulang Kali bakar pastu simbah kuah agaknya lagi sedap eh.
ReplyDeletenyum nyum ! menggoda tekak ju la pagi ni ! huhuhuhu
ReplyDeletePandainya Ana masak =) Siqah tak pernah lagi masak ayam percik. Akan dicuba kelak =D
ReplyDeleteSedap menunya.. Boleh lah Sha cuba nanti..
ReplyDeleteMeleleh air liur dibuatnya...
ReplyDelete