Resipi : Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet


Resipi Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet l Salah satu menu masakan paling simple buat juadah berbuka. Menu Sambal Ikan Tenggiri ni Ana buat tak terlalu pedas sebab takut boleh menggangu perut yang kosong sepanjang hari. Bahan-bahan pun bahan yang memang ada dekat dapur kita. Masa untuk memasak pun sangat pendek. Dalam 15 minit dah boleh siap. Nampak simple tapi InsyaAllah sedap. Jom tengok bahan-bahan dan cara untuk memasak.

Resipi : Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet

Resipi Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet
Resipi Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet
 
BAHAN-BAHAN

1. Ikan - 3-4 ekor ( bergantung pada saiz ikan )
2. Cili Merah - 5-7 biji *
3. Cili Api - 8 tangkai * (ikut tahap kepedasan yang di inginkan)
4. Bawang Besar - 1/2 biji *
5. Tomato - 1/2 biji *
6. Garam dan Perasa Tambahan

* Di kisar tapi tidak sampai terlalu halus dengan menggunakan air yang sangat sedikit.


CARA-CARA

1. Goreng ikan dengan kunyit dan garam sehingga garing.

2. Tumis bahan yang di kisar dan masukkan garam dan perasa tambahan. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Siram sambal ke atas ikan dan siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Kalau ikut sambal yang biasa kita buat, kita tak masukkan tomato. Tapi kerana ingin dapatkan sambal ala ayam penyet dan untuk mengurangkan sedikit kepedasan, kita masukkan tomato.

2. Tomato juga berfungsi sebagai 'pelembab' semasa menumis. Jadi sambal kita tidak akan kering.

3. Ikan yang selalu Ana guna ialah ikan keli, ikan talapia dan ikan tenggiri.


Menu lain :

1. Kerabu Mangga

2. Homemade Nasi Ayam Penyet

3. Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang

4. Asam Pedas Ikan Tenggiri
Resipi : Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet Reviewed by Ana Suhana on May 27, 2017 Rating: 5

21 comments:

  1. kalau buat sahur ni sedap kan ana makan ngan nasi panas2..yummyyyyy hihi,tq share resepi yang sedap ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..petang ni akak nak masak kari kambing...

    ReplyDelete
  3. Mudah cepat dan yg pling pntg nmpk sdapp.. Tq k ana..

    ReplyDelete
  4. sedap nya. senang je cara dia. boleh buat nanti berbuka

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya. nampak gaya elsa kena belajar makan ikan banyak banyaklah huhuhu

    ReplyDelete
  6. Simplenya.. pose2 yg mudah2 dah masuk selera dah

    ReplyDelete
  7. alahai sukanya dengan resepi macam ni. lagi2 lauk ikan sedap betul :)

    ReplyDelete
  8. Waaa sedapp nii makan dengan nasi masih panas 👍

    ReplyDelete
  9. Hehe belanja satu gambar pun da terliur dah rasanya.

    ReplyDelete
  10. Boleh cuba resepi Ana petang nanti.. Kebetulan LZ suka sambal ala-ala ayam penyet.. Menarik 😊

    ReplyDelete
  11. Sedapnyerr la bila tengok kalau bukan bulan puasa pun...kalau akk ni kami panggil ikan goreng berlado..

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullahalazim.. telan air liuq !

    ReplyDelete
  13. Sedap buat menu sahur nie.. Sha kalau sahur memang nak pedas-pedas baru tebuka selera..

    ReplyDelete
  14. sedapnya tenggiri, masak apa pun sentiasa menjadi ..
    kalau masak cenggini, sesuai utk buka puasa...
    yummy.

    ReplyDelete
  15. Sambal ikan tenggiri memang favourite Siqah! Sedap sedap! Nak beli ikan tenggiri lah weekend ni. Hee 😍

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.