Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap
Resipi Puding Telur Karamel Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share satu resipi pencuci mulut yang memang popular especially semasa berbuka iaitu resipi puding karamel mudah dan sedap. Ana memang suka giler makan puding karamel ni. Kadang-kadang bila nampak orang jual memang wajib beli tapi tu lah rasa macam tak berbaloi bila beli. Baik buat sendiri. Boleh makan ramai-ramai. Baru puas hati. Bahan-bahan dan cara penyediaan pun senang. InsyaAllah yang tak pandai buat pun mesti boleh jadi punya.
Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap |
Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap
BAHAN-BAHAN
Sos Karamel
1. Gula - 1/2 cawan
2. Air - 1 sudu
Puding
1. 4 biji telur
2. Susu Cair - 1 tin
3. Gula - 1/2 cawan
4. Esen Vanilla - 1 sudu kecil
5. Garam - kurang dari secubit (OPTIONAL)
CARA-CARA
Sos Karamel
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan cairkan menggunakan api sederhana.
2. Bila gula dah mula macam "mengeras" masukkan 1 sudu air dan kacau sehingga gula menjadi perang.
3. Bila dah cair dan perang masukkan dalam bekas yang akan di gunakan untuk mengukus nanti dan sejukkan di dalam peti.
Puding
1. Masukkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tapis adunan di atas ke dalam bekas kukusan yang ada sos karamel.
3. Kukus sehingga masak dalam 40-45 minit.
4. Sejukkan di luar terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti.
5. Siap di hidang.
NOTA TAMBAHAN
1. Susu cair boleh di gantikan dengan susu segar.
2. Sos karamel tu boleh juga guna 1 cawan air untuk dapatkan sos yang lebih banyak.
3. Pastikan sentiasa kacau gula untuk sos karamel tu dengan api sederhana untuk elakkan gula cepat hangus.
3. Pastikan sentiasa kacau gula untuk sos karamel tu dengan api sederhana untuk elakkan gula cepat hangus.
4. Garam tu optional. Ana letak sikit sebab nak bagi rasa lemak-lemak.
Menu lain :
1. Kerabu Mangga
2. Homemade Nasi Ayam Penyet
3. Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
4. Asam Pedas Ikan Tenggiri
5. 30 Resipi Menu Berbuka Puasa
1. Kerabu Mangga
2. Homemade Nasi Ayam Penyet
3. Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang
4. Asam Pedas Ikan Tenggiri
5. 30 Resipi Menu Berbuka Puasa
Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap
Reviewed by Ana Suhana
on
May 29, 2017
Rating:
My feberet...
ReplyDeleteAlaaaaa...sedapnyaaa..kenapa la akak tgok time ni
ReplyDeletesedapnya...tp akk ni dessert mcm mls sket..pos satu ! hehehe
ReplyDeletepenah gak rasa, sedap..tapi nak buat tu mmg tak berani..takut tak menjadi..hehe
ReplyDeleteLama tak buat puding karamel ni.. Duk sendiri ni, tak de pengukus. Oven je ada.. Sedapnyaaa 😥
ReplyDeletesedapnya ana.... time puasa ni tengok makanan semua terliur.. hehe
ReplyDeleteaduhhhh...menyanyi dah perut ni...sedapnya ana
ReplyDeletesedapnyaaa..favourite dhubby dan anak2 akk ni..dh lama tak buat walau mmg wajib bila bulan puasa buat ni on weekend..
ReplyDeletedah lama teringin nk buat pudin ni! thanks utk resipi
ReplyDeletefavourite!!!!!! selalu kan kalau nak beli dekat bazaar mesti habis. baik buat sendiri. nampak tak elsa dah rajin masuk dapur hahahaa
ReplyDeletePerna try skali masa tgh viral puding karamel ni. Mmg sedap to lepastu xpena tbuat lagi utk kali kdua😄😄
ReplyDeleteSedapnya.. feveret Kak Sue juga nie..
ReplyDeleteMakan sejuk sejuk...huishhhh...
ReplyDeleteSedapnya.
ReplyDeleteNasib baik dah berbuka.
Alhamdulillah harini baru ada masa nk blogwalking hahaha
ReplyDeleteFavorite!!
ReplyDeleteWahhh sedapnya kak! hehehe nasib baik tengok waktu malam, kalau waktu puasa ni jilat screen la jawabnya.
ReplyDeleteNi memang sedap, selalu juga mrs pip buat, simple jer resepi..
ReplyDeleteSesuai utk berbuka puasa, makan time sejuk2...yum yum...
Eh, terasa mcm nak buat la pulak nnt petang....
Sedapnya ana. ummi suka sgt puding karemal ni. kalau g mne2 nampak puding ni mesti try mkn.
ReplyDeletethanks share resepi. pasni blh try bt sndiri.
Tq ana share resepi. Nak try buat la selama ne beli jew
ReplyDeleteNgences ni nengoknya. Sesuwei kan bila ngap masuk mulut terus sesejuk lalu kot tekak. Hahah!
ReplyDeleteSedapnya. Bila lah nk boleh buat, hihi
ReplyDeleteSedap makan waktu berbuka.. Simpan dulu dalam peti ais bagi sejuk.. Memang wallah..
ReplyDeletenampak sedapp ni...
ReplyDeleteMemang buat sendiri lebih jimat. Banyak dapat boleh ulang-ulang makan...
ReplyDeletewaw feveret sepanjang zaman ni....tak aci betul la..rata2 post makanan..kita pulak alah tgk makanan..cam nak nangis dah ni sebab look so tempting sangat..
ReplyDeleteaida x rajin buat desert la ana.
ReplyDeletesuka masak lauk je :-) ha ha
tapi suka makan!
Bahan yg mmg ada kat rumah..nk try weekend ni
ReplyDeleteEh simple nya, adik mintak buat haritu tapi malas je sbb ingatkan leceh. Walhal pernah je buat tapi lupa teros resepi nya. Hee.
ReplyDelete// afifahaddnan
Kegemaran Siqah ni! 😍
ReplyDeletesedapnya nak try la
ReplyDeleteAkak tau, dari sehari ke sehari nak buat puding karamel nie tapi kelengkapan dapur x cukup, xde pengukus... 😂 huhu terbantut suma keja2 memasak...
ReplyDeleteFavorite desert ni tau. Saja ja buat kite terliur nih.
ReplyDeletehuhu tq senang nye sy wat dh brp kali x jd nk try yg puan ni plk..minat kuih ni
ReplyDeletesedapnya.. nak try lah..
ReplyDeletesedapnya.. cikyan suka mkn ni, tapi xpndai nk buat.. nak buiat pon takut tak jadi.. nebes.. hahaha
ReplyDeleteFavourite kita ni Kak Ana! Tapi fail betul nak buat caramel tu. kadang-kadang terpahit.
ReplyDeletesha beli haritu satu slice 4 ke 5 entah huhuhu pasni buat sendiri la!
ReplyDeleteSedap nyerr.. Tak susah ke nak terbalikkan nti? X melekat ke?
ReplyDeletex melekat sis :)
DeleteSy dh try buat, tq
ReplyDeletealhamdulillah. terima kasih kerana sudi mencuba.
Deletesaya nak guna resepi ini utk makan sendiri boleh?
ReplyDeletesilakan sis. saya memang share utk semua. :)
Delete