Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-mubarak


Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak l Marhaban Ya Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Itu ayat yang selalu kita dengar bila menjelang bulan puasa setiap tahun. Dan untuk tahun ini, tinggal beberapa jam saja lagi kita semua kan melangkah masuk ke dalam madrasah Ramadhan. Madrasah itu sendiri bermaksud sebuah institusi atau pusat pengajian. Ini bermakna bulan Ramadhan satu bulan yang akan mendidik hati dan jiwa-jiwa setiap mukmin supaya pada pengakhirannya akan lahir seorang graduan yang bertakwa. Itulah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ,قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

Sebaiknya sebagai seorang Islam, kita perlu berasa gembira dan teruja untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini. Dan kita seharusnya menanam rasa rindu apabila Ramadhan berlalu pergi kerana terdapat banyak keistimewaan di dalamnya.

"Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan, nescaya Allah Taala mengahramkan jasadnya daripada api neraka"-Hadis Riwayat Ahmad


Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

1.  Penghulu Segala Bulan

Bulan Ramadhan di gelar sebagai Saiyidus Syuhur. Ini kerana terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan di dalamnya. Ramadhan bukan sahaja berkenaan dengan puasa selama sebulan, tetapi ianya juga berkaitan dengan zakat Fitrah, terawih, malam Lailatul Qadar, Nuzul Al-Quran, tadarus, bersedekah dan berqiamullail dan lain-lain.


2. Wajib berpuasa

Di wajibkan bagi umat Islam yang telah cukup syarat untuk berpuasa.

"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah di qadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya"-Hadis Riwayat Bukhari

Puasa juga merupakan salah satu cara untuk mencapai ketaqwaan. Ini kerana bila berpuasa seseorang terdorong untuk melakukan banyak kebaikan dan berusaha untuk menghindari segala kejahatan atau keburukan bagi menjaga amalan puasanya.


3. Bulan Al-Quran

Syahrul Quran bermaksud bulan Quran seperti yang di firmakan di dalam ayat 185 Surah Al-Baqarah:



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَان
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"

Imam Syafie ra mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali setiap kali datang bulan RamadhanDi sebabkan itu kita seharusnya mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan dan bertadarus.


4. Bulan Kesabaran

Berpuasa selama sebulan dengan menahan diri dari lapar, dahaga dan perkara yang boleh membatalkan puasa secara tidak langsung mendidik hati dan diri kita dengan menanam sifat sabar. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada orang-orang yang bersabar seperti firmanNya di dalam Surah Az-Zumar ayat 10:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"

5. Bulan Keampunan dan Penuh Rahmat

Sebagai seorang hamba yang lemah kita tidak lepas dari berbuat dosa. Oleh kerana itu kita seharusnya berusaha untuk menggapai keampunan dan redha Allah SWT dengan melipat gandakan amal ibadah kita dengan seikhlas hati dan bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah saw:

Daripada Abu Hurairah ra: "Apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua puntu rahmat dan di tutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan di rantai"-Hadis Riwayat Ahmad

6. Bulan kemenangan

Telah terakam dalam sejarah dunia Islam di mana beberapa kemenangan besar telah di capai di dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah kemenangan dalam Peperangan Badar al-Kubra pada 17 Ramadhan. Dan juga kejayaan umat Islam menawan Kota Mekah dari kafir Quraisy dan sekaligus membolehkan umat Islam masuk ke kota Mekah yang di sebut Fathu al-Fakkah. 

 
7. Malam Lailatul Qadar

Keistimewaan yang paling di tunggu di dalam bulan Ramadhan. Malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah dan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam di mana turunnya para malaikat membawa berita gembira kepada hamba yang beribadah bersungguh-sungguh.

Daripada Abu Hurairah bermaksud: " Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu"
 
(Sumber : JAIS)

Baca juga - 30 menu lazat sepanjang bulan Ramadhan 
Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-mubarak Reviewed by Ana Suhana on May 25, 2017 Rating: 5

32 comments:

  1. Selamat Menyambut Ramadhan buat Ana dan keluarga =) Cepat masa berlalu. Dah bertemu Ramadhan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  2. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Ana.. anak Dilah dari 2 bulan lepas asyik tanya jer bila nak masuk bulan puasa ni.. kakak tak sabar nak puasa.. haha.. alhamdulillah tahun ni berpuasa bertiga di rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Dilah. Alhamdulillah bagus anak2 Dilah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  3. PC sangat sedih bila last ramadhan..takut umur tak panjang..tak dapat jumpa ramadhan lagi..pilu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih di ketemukan lagi dengan ramadhan kali ini. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  4. Selamat Menyambut Ramadhan Ana..
    semoga kita beroleh keberkatan Ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Sha. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  5. selamat menyambut ramadhan sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Iris. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  6. 1001 keistimewaan.
    buat kita bagi tambah pahala.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah.

      Delete
  7. Ramadhan Kareem AS.

    Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Mrs A. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  8. Tak sabarnya nak sambut Ramadhan kan Ana 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem kak sue. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  9. Aamiin. Segala dengan keizin-Nya. Salam ramadhan kak Ana ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Ira. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  10. selamat berpuasa kak ana :* terima kasih atas perkongsian hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Elsa. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  11. akk tak sabar nk sambut Ramadan dan semoga Ramadan kali ni ibadah kita semakin berquality dan diterimaNya..InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem kak. InsyaAllah Mudah-mudahan. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  12. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam hidup kite smua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mudah-mudahan. Berusaha sebaik mungkin utk kejar pahala.

      Delete
  13. alhamdulillah semoga kita smua dpat mlaksanakan ibdah rmadhan tahun ni.. insyallah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Ju. Semoga ramadhan tahun ini lbh baik dr sebelumnya. InsyaAllah. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete
  14. Salam Ramadhan Kareem Ana....moga Ramadhan kali ini lebih baik dpd Ramadhan yg lalu. Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem kak. InsyaAllah mudah-mudahan.

      Delete
  15. selamat berpuasa ana...semoga tahun ini lebih baik dari yang dulu...amin..sama2 kita istiqomah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem Lina. InsyaAllah Mudah-mudahan. Sama-samalh kita ye.

      Delete
  16. Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem. Salam Ramadhan, selamat menjalani ibadah puasa kak Ana dan keluarga 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kareem dear. Terima kasih. Semoga sihat dan ceria selalu.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.