Jalan-jalan di Melaka : Brunch nun jauh di Pappa Rich Freeport A Famosa Outlet
Selamat hari pekerja buat semua pekerja-pekerja di Malaysia dan selamat bercuti dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Sempena hari pekerja hari ni, sis di beri cuti dari buat house chore selama seminggu. Best sangat-sangat. So selama seminggu bermula hari ni sampai Sabtu nanti sis dan Syafi hanya duduk goyang kaki di dalam bilik hotel di Melaka sebab tumpang sekaki ikut En Suami yang berkursus di sini. Tu salah satu 'rezeki' jadi suri rumah. Hehe.
Seawal pukul 7 pagi tadi dah bersiap-siap bergerak ke Melaka. Target nak sampai di Freeport A Famosa Outlet dalam pukul 10 lepas ambil kira berhenti isi minyak dan sebagainya. Alhamdulillah perjalanan sangat smooth pagi tadi sebab kenderaan menuju ke selatan tanah air tak banyak. Rasa tenang je. Tapi di sebalik ketenangan tu ada juga kejadian yang tak di ingini berlaku. Tengah elok En Suami drive di lane tengah selepas susur keluar Pedas-Linggi menuju ke Simpang Ampat, ada satu bas Star Mart Express masuk ke lane tengah secara tiba-tiba. Bagi signal tak sampai 2-3 kelip terus masuk. Selamat lah En Suami sempat brake. Apa lagi hon panjang lah kawan tu. Masa melepas bas tu sis sempat tengok driver dia, boleh pula dia buat hand signal suruh kita yang ke kiri semata nak bagi dia laluan. Ape kes. Geram pula sis. Sebab tu bila asal ada kemalangan melibatkan bas di highway ramai yang salahkan pihak bas walaupun bukan semua berpunca dari mereka. Kita punya lah berhati-hati tapi sebab orang lain kita hampir kemalangan. Terus sis shoot emel dekat syarikat bas tu. Tunggu mereka response atau tak. Nak report dekat SPAD tak tentu mereka dengar report kita kan.
Dalam pukul 9.50 macam tu sis dah sampai dekat Freeport A Famosa Outlet. Pintu utama pun tak buka lagi. So sis jalan-jalan dekat depan tu bergambar. Gambar-gambar di sini nanti sis share di entri akan datang sebab nak kena edit semua dulu. Lepas pintu di buka dan sis berjalan-jalan dalam tu perut pun dah lapar. Nak makan dekat food court tapi food court tak ready lagi. Jadi sis ke Pappa Rich untuk menjamu selera. Memandangkan sis pelanggan pertama semua makanan dapat cepat.
Menu 1 : Nasi Lemak Sotong
Menu pilihan En Suami. Memang tekak melayu nak kena makan nasi lemak untuk sarapan. Hehe. Besar juga portion menu ni sebab En Suami jenuh nak perabis kan nasi lemak tu. Nasi lemak dekat sini tak berapa nak lemak pun. Bagus untuk kesihatan tu. Hehe. Sambal dan kuah sotong tu not bad rasa dia. Sesuai lah dengan selera kopitiam.
Menu 2 : Wok Fried Seafood Springy Noodle
Menu untuk sis sebab sis tak nak makan berat-berat lah kononnya. Padahal mee pun makanan berat juga. Sampai-sampai je mee ni atas meja dah dapat bau ala hangus mee tu. En Suami pun dah menjeling-jeling tergoda dengan mee yang sis order ni. Jadinya terpaksa lah berkongsi dengan dia. Memang membuka selera bau mee ni. Ada rasa hangus kuali sikit, masin-masin sikit. Cukup rasa lah semuanya. Udang pun banyak juga. Makan pula dengan cili api tu memang terbaik.
Menu 3 : Roti kukus
Menu untuk si cilik sebab dia memang tak biasa makan berat pagi-pagi. Lagipun baru habis susu sebotol so perut masih kenyang. Roti ni memang sis wajib order kalau pergi mana-mana kopitiam pun. Sesuai untuk anak-anak sebab roti dia memang lembut lepas di kukus. Tengah-tengah panas tu makan terus dengan butter saja pun dah cukup.
Dekat sejam lebih sis bersantai dekat Pappa Rich ni. Lepas kenyang terus jalan-jalan window shopping sebab takde mende nak beli pun walaupun kebanyakan kedai tengah buat jualan murah. Selamat imanku masih kukuh. Hehe.
Ok lah itu je nak cerita untuk entri kali ni. Berjumpa di entri akan datang. Have a nice day gais.
Menu untuk sis sebab sis tak nak makan berat-berat lah kononnya. Padahal mee pun makanan berat juga. Sampai-sampai je mee ni atas meja dah dapat bau ala hangus mee tu. En Suami pun dah menjeling-jeling tergoda dengan mee yang sis order ni. Jadinya terpaksa lah berkongsi dengan dia. Memang membuka selera bau mee ni. Ada rasa hangus kuali sikit, masin-masin sikit. Cukup rasa lah semuanya. Udang pun banyak juga. Makan pula dengan cili api tu memang terbaik.
Menu 3 : Roti kukus
Menu untuk si cilik sebab dia memang tak biasa makan berat pagi-pagi. Lagipun baru habis susu sebotol so perut masih kenyang. Roti ni memang sis wajib order kalau pergi mana-mana kopitiam pun. Sesuai untuk anak-anak sebab roti dia memang lembut lepas di kukus. Tengah-tengah panas tu makan terus dengan butter saja pun dah cukup.
Dekat sejam lebih sis bersantai dekat Pappa Rich ni. Lepas kenyang terus jalan-jalan window shopping sebab takde mende nak beli pun walaupun kebanyakan kedai tengah buat jualan murah. Selamat imanku masih kukuh. Hehe.
Ok lah itu je nak cerita untuk entri kali ni. Berjumpa di entri akan datang. Have a nice day gais.
Jalan-jalan di Melaka : Brunch nun jauh di Pappa Rich Freeport A Famosa Outlet
Reviewed by Ana Suhana
on
May 01, 2017
Rating:
ucing singgah sini.(^_^).
ReplyDeleteterima kasih ucing singgah ke sini. nanti sis ke blog ucing pula ye.
DeleteFae pun selalu take heavy breakfast hehe
ReplyDeletesis jarang amik heavy breakfast kecuali kalau travel. hehe
DeleteDan baru fae perasan dua komen terawal dlm entri sis adalah dari blogger brunei hehe ucing dan fae
ReplyDeleteorang brunei memang terbaik.thank fae dan ucing. i do really appropriate your support.
DeleteUntungla dapat cuti seminggu hihi selamT bercuti sis ana
ReplyDeleteuntung sekali sekala Lina. Tumpang sekakki. hehe. Thanks dear.
DeleteSyukur Alhamdulillah Ana dan family tak apa2..majoriti pemandu bas ni kan suka jd raja jalanraya mentang2 la badan bas tu besar..kita pulak disuruh bagi laluan..#&*@@ hehe...untung la dapat bercuti dari house chores...hehe dan selamat bercuti dengan selamat Ana dan keluarga
ReplyDeletetu lah kak. ana kalau lalu tepi ke depan ke belakang bas mesti akan extra caution sebab kita tak tahu kan dorang ni mcm mana. tp tu lah geram je bila teringat kes mcm ni. ni sampai sekarang emel tu dorang tak response ke. at least say la sorry ke kan. huhu.
Deletethanks kak. bercuti dalam negara tercinta katanya.
Geram plak baca pasal bas tuh. apa pon bestnya dapat bercuti..next entry please. hehe
ReplyDeletekan. driver bas ni memang cmtu rasanya. kita nak beralah boleh je tp kena lah tgk situasi kan.
Deletetgh gigih buat entri baru ni. hehe
Alhamdulillah.Terliur tgok Wok Fried Seafood Springy Noodle tu...hehe..betul Sis..bukan je bas ekspres..lori2 besar pun gitu..yang lagi sedih kadang langsung tak signal pun..
ReplyDeletebetul tu PC. kita ni dah lah bawa kenderaan kecik. takut setiap kali lalu berhampiran dorang yang besar2 tu. at least kalau nk masuk lane tu bagi lah signal awal2 at least signal tu berkelip dalam 4-5 kali kan. ni baru sekelip dan terus masuk. memang brek mengejut lah jawabnya. geram pula sis. hehe
DeleteGeram je baca driver bas tuu.. Eee tak suka kurang ajor gitu. Laju laju nak pergi mana lah. Kalau jadi apa2, nyawa orang yang tak bersalah terkoban..
ReplyDeleteBest rezeki jadi suriumah ni. Nak cuti, tak payah apply 🙊😀
Happy holiday Ana dan keluarga ❤
geram sgt2. setiap kali pun mcm tu juga husniey. kalau jadi something bila org salahkan pihak bas ramai je driver bas yg dtg back up kata kita tak memahami lah apa lah. hehe. padahal dorang punya salah drg tak nampak.
Deletethanks Husniey. kalau ana masih bekerja ni memang tak dapat lah merasa. ada untung 'rugi' jadi suri rumah ni. hehe
pasal bas tu selagi takde yang terkorban selagi tu diorg pun tak peduli drive melebihi had laju.
ReplyDeletehappy holiday ana
kan. bila jadi something kesian sgt tgk mangsa2 tu. kita ni kena extra careful selalu.
Deletethanks sis.
Kalau dengan bas memang kena hati2.. selalu gak diorang memotong tetibe macam tu.. Tambah2 dekat highway.. Kemain lagi lajunya..
ReplyDeleteSedap nasi lemak tu..
highway ni dorang lah raja sha. kita ni semut hitam je bila lalu dekat mereka. hehe.
Deletedriver bas mmg kebanyakan nya mcm tu la ana.. geram kann... btw mcm best roti kukus tu.. x penah try pulak..
ReplyDeletetry lah Dilah. Sesuai untuk anak2 sebab lembut sgt.
Deleteorang gi berholiday tak update blog ni...hehehe
ReplyDeleteku gigihkan juga kak update entri walaupun mata tak larat nak buka. hehe
DeleteSabar jerlaa dengan orang macamtu. Huhu kenapalaa selfish sgt. Hmmm
ReplyDeletePstt patutlaa meriah nau dekat IG dengan gambar2 dekat Melaka. Hihi
hahaha. segan sebenarnya nak upload dekat IG tp tu salah satu nak promote blog dan malaysia. mohon jangan kecam ye. =)
Deleteeee bahaya nya ! alhamdulillah nasib xde apa sis skluarga. masa dekat sna sekali sj ju drive balik dr melaka ke sg besi, kebetulan ada kemalangan bas dengan alphard xsilap. fuhhh. xnmpk nama bas tu sb da mlm dlm jam 8 gtu
ReplyDeletehighway plus ni memang setiap hari ada je accident ju. kena extra careful. especially masa hujan.
DeleteSelamat berholiday.
ReplyDeleteSeronok dapat duk hotel seminggu.
terima kasih Wak. Sekali sekala ada rezeki.
Deletebestnya ana ho ho holiday, lagi2 bila tgok gmbr kt IG ana.sobs sobs
ReplyDeletealah reen. dekat melaka je ana bercuti. huhu. meriah 2-3 hari je IG tu. lepas tu senyap semula. hehe
DeletePiqa haritu baru naik bus, dua tingkat lak tu... Tapi alhamdulillah driver tu tolerate org nya... Dia suka dahulukan driver lain and akhirnya kami selamat smpai rumah even though lambat.
ReplyDeleteBtw pappa rich sedap tapi kopak duit oiiittt😁😁😁😁
kak ana tak pernah lagi merasa naik bas 2 tingkat. masa kecik2 dulu teruja kalau nampak bus double decker ni. hehe. alhamdulillah biar lambat janji selamat kan.
Deletepappa rich ni sekali sekala boleh lah. kalau selalu tokey kayu balak pun boleh muflis. hehe
Bas atau lori, kalau dah di highway bertukar jadi transformer 😠🚚🚃
ReplyDeletehaha. transformer ye dear. kalau transformer bijak lagi rasanya.
Deletebas ekspres memang kurang sopan kat highway.
ReplyDeletedulu aida tiap hari berulang melaka-seremban-melaka, hadoi lah, ana.
jumpa dgn bas ekspres ni memang menyakitkan hati.
kurang ajar!!!
kena hati2 kalau berdekatan dengan mereka. kadang2 mereka tak nampak kita. kadang2 buat tak nampak pun ada juga. banyak berdoa dan berhati2.
DeleteBestnya Ana!! Cepat betul update entri jalan-jalan! Suka tau. Banyak gak entri Ana siqah dah save, mudah nanti nak refer balik. Hihi
ReplyDeleteGigih juga nak buat entri ni masa tgh bercuti. Hehe. Thanks Siqah support blog Ana 😍😍😍
DeleteNyum nyumm megi goreng.. Tapi potong stim bila ternampak togey banyak sangat.. huhuhu
ReplyDeleteLea tak suka taugeh ke? Ana ok je sebab memang suka. Rasa rangup masa makan. :)
Deletefuhhhh ingtkan da abis cerita melaka ni.... mee goreng tu taugeh dia bnyaknya... unni xmakan taugeh
ReplyDeleteByk lagi cerita melaka tak buat entri lagi. Hehe.
DeleteTaugeh lah sedap :D
sdapnyeee
ReplyDeleteFranchisees learn what's critical to company start up and operation and the ways to prevent typical issues. golden palace monroeville
ReplyDelete