Tempat Menarik di Melaka : Beriadah di Pantai Klebang l Assalamualaikum. Petang hari pertama di Melaka sis plan untuk ke Pantai Puteri. Bajet nak amik angin petang. Sebelum sampai di Pantai Puteri sis ajak En Suami lalu dekat Dataran 1 Malaysia kononnya nak tengok lah bas hotel tu. Padahal dah takde pun bas hotel tu. Sebab dari jauh nampak ada lagi bas-bas tu kan, tu yang ajak lalu sekejap.
|
Pantai Klebang, Melaka |
Tempat Menarik di Melaka : Beriadah di Pantai Klebang
Bila dah lalu, amik ko. Sesak sesesaknya meriah semeriahnya walaupun baru pukul 4. Kebetulan pula masa lalu tu ada satu parkir kosong terus sis ajak lepas sana je. Sebab bosan juga asyik ke Pantai Puteri je kan. Masa parkir kereta ternampak pula ada food truck coconut shake Klebang original katanya. Apa lagi harus lah beli 2 cawan. Panas yang amat Melaka ni.
|
Pantai Klebang, Melaka |
|
Pantai Klebang, Melaka |
Walaupun dekat sini pantai dia tak berapa nak pantai (sebab kawasan tambak kan), tapi banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini tau. Kalau bawa anak-anak mesti mereka suka. Antaranya boleh main layang-layang dan belon bubble. Banyak sangat kedai yang jual layang-layang dekat sini tapi sis tak pasti berapa harga dia. Yang belon bubble tu ada RM3, RM5 dan RM10. Sis beli Rm5 untuk Syafi main.
|
Pantai Klebang, Melaka |
|
Pantai Klebang, Melaka |
Sementara tunggu Syafi bersuka ria, sis dan En Suami sewa satu inflatable sofa untuk di jadikan tempat duduk. RM10 untuk satu sofa boleh pakai berapa lama kita nak. Tapi maksima sampai pukul 7.30 malam. Pandai dorang cari rezeki. Bag tu harga baru RM80 macam tu, seminggu sewa dah balik modal. Hehe.
|
Pantai Klebang, Melaka |
|
Pantai Klebang, Melaka |
|
Pantai Klebang, Melaka |
Selain main layang-layang dan belon, korang boleh juga cuba naik kuda dekat sini. RM20 seorang untuk seekor kuda. Naik dalam 5 minit je rasanya. Ada owner akan naik sekali untuk kendalikan kuda tu. Kalau tak, ada yang tercampak dekat pantai nanti. Hehe. Kalau tak nak naik kuda, kereta kuda pun ada. Harga seorang RM15. Kanak-kanak pun di caj harga yang sama. Kereta kuda ni akan pusing satu dataran. Lebih kurang dalam 15 minit macam tu.
|
Pantai Klebang, Melaka |
Yang bas sis nampak dari jauh tu rupanya tandas awam. Ada 2-3 bas tak silap yang di jadikan tandas awam. Bersih atau tak sis tak pasti. Hehe.
cantiknya pantai klebang ni kak...
ReplyDeletePantai tambak ni lokman. Lokasi dia menarik tu yg ramai org ke sini.
Deletekreatif jugak bas di jadikan toilet, mcm mn la rupa dalam rare ke tak..
ReplyDeletehaha..picture semua cantik..ana
Sebelum tu bas tu dijadikan tempat penginapan zie. Tak tahu kenapa skrg dah takde.
DeleteTerima kasih. Segan pula rasanya.
Waaa Syafi main bubble la...
ReplyDeleteWahhh syafi dah tak geli pijak pasir. Haha.
Deletewow..bestnya pergi melaka..rabia 2 kali dah pergi melaka.
ReplyDeleteNanti boleh pergi lagi. Melaka memang best.
DeleteSyoknya main buble tepi pantai... ;)
ReplyDeleteSyok tp kalau angin kuat lagi best. Br tinggi buble tu naik :)
Deletecantik2 gambar ana.. memang betul2 boleh buat duit yg buat sewa inflatable sofa tu kan.. ada je idea diorg nak buat duit kannn.. budak2 memang happy kalau dapat pegi tempat mcm ni...
ReplyDeleteTerima kasih Dilah.
DeleteBetul tu. Pandai mereka cari rezeki. Kena kreatif baru boleh berjaya kan.
Budak2 confirm lah dilah. Banyak aktiviti dorang boleh main.
tempat ni memang famous, pengantin buat shoot pun ramai
ReplyDeleteOo ye ke. Baru tahu. Masa saya ke sana hari Isnin so takde lah pengantin berphoto shoot. Tp kalau pandai amik gambar memang cantik hasilnya.
Deletetak pernah sampai lagi ni... mcm best jer tp bab panas tu tak tahannnnn hahaha
ReplyDeletePanas sangat Jue. Tp bila lepak bawah pokok2 tu tak terasa sebab ada angin juga.
DeleteAkka suka kat sini..macam2 tarikan..dulu tepi2 jalan tu ada dijual udang geragau fresh..best giler kalau dpt beli
ReplyDeleteAda lagi rasanya sebab ada byk kedai dekat depan tu. Selalu kalau ke Melaka wajib beli belacan bulat jer.
DeleteMasa Siqah pergi dulu tak ada lagi inflatable sofa. Kena pergi lagi ni. Hihi
ReplyDeleteBaru lagi rasanya ni. Ada 2-3 org yang buat service ni. Memang ramai yg sewa lah. Laku keras org kata.
DeleteCantikk sofa tuu.. 😍 Masa tengok kat ig haritu, ingat Ana beli, hehehe sewa kat Klebang rupanya.. Murah pulak tu sewa.. bijak seller ni buat duit 👍
ReplyDeleteMungkin akan beli akan dtg sebab menarik sgt. Senang nak bawa pergi mana2.
Deleteuntunglah selalu jalan g melaka...hihi
ReplyDeleteTime untung boleh lah. Time rugi duduk rumah diam2 je. Hehe
Deleteseronoknya. Piqa yang study kat Melaka pon tak pernah jejal Pantai Klebang. Teringin nak pergi pantai klebang, diorang kata coconut shake dia sedap.... Untungnya anak akak :)
ReplyDeleteBTW singgah blog piqa --> http://mawarberduri-piqa.blogspot.my/2017/05/memasuki-alam-dewasa-part-1.html
Kak ana suka coconut shake dekat sini. Kena beratur panjang pun sanggup. Sekali minum 2 cawan. Hehe.
Deleteaduii sedapnyeee coconut shakeee itewww....
ReplyDeleteSedap. Memang setiap hari pun akan beratur panjang.
Deleteseronok dan meriah best untuk keluarga beriadah (^_^).
ReplyDeleteBetul tu. Sambil beriadah sambil eratkan ukhwah yang terjalin.
Deletecoconut shake 1 pleaseeee...hehe
ReplyDeleteOk nanti sampai kak. Hehe
Deleteni la pot menarik di melaka, ana.
ReplyDeleteaida jarang lepak sini.
sebab jauh skit dri umah.
and nak ke sini weekend, mak aii, jem teruk!
sini memang best, compare to dulu2.
da byk aktiviti keluarga. kalau mlm lagi happening.
Masa ana ke sini jammed di dalam kawasan parkir tu je. Tp memang best. Seronok sgt especially anak2. Nak dtg ke sini lagi kalau ke Melaka. :)
DeleteMacam empuk je inflatable sofa tu buat tidur tepi pantai hahaha. Ira last sampai melaka dua tahun lepas tak silap dan tak pernah sampai lagi ke klebang. Selalu dengar orang kata coconut shake sana sodap. Betul ke sedap kak? hehe.
ReplyDeleteNanti kalau ke Melaka lagi boleh lah singgah sini Ira. Boleh habiskan waktu ptg sambil beriadah. Hehe.
DeleteKak ana suka je. Sedap sgt. Memang beratur panjang selalunya.
Dah lama craving coconut shake klebang 😫😫😫
ReplyDeleteAla ye ke. Nanti plan lah ke Melaka. Boleh singgah dekat Klebang beli coconut shake ni.
DeleteSeronok betul tgk ana dpt p jenjalan kesana kemari.. Syiokk sangat... jeles tau... hahaha
ReplyDeleteAla Lea takde apa nak di jeleskan. Kebetulan husband ada kursus dekat sini tu yg ana ikut sekali.
DeleteTak pegi padang pasir kat situ.
ReplyDeletetempat tu pun best.
Dah pernah pergi wak tahun lepas. Lagipun kali ni naik kereta kecil, takut tersangkut pula nanti.
DeleteMelaka banyak simpan sejarah Uyul hehehehehhee. Rindu pulak nak JJCM kat Melaka.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Lebih kurang tempah tanah darahku lah erk. Hehe. Melaka memang best. Pergi byk kali pun tak bosan.
DeleteTak pernah jalan jalan sini Ana. Tak de budak kecik nak jalan tempat gini mcm dah malas pulak.
ReplyDeleteTakkanlah hakak nak main belon dengan En Suami pulak, ada yg kena boo nanti hihi...
Haha mana ada kak. Ramai je yg duduk atas belon tu. Sweet tau kalau akak duduk berdua. Mesti org ingt akak tgh dating. :)
DeleteTetibe termengidam coconut shake lak..
ReplyDeleteJarang dapat bersantai gini di tepi pantai..
Sedapnya coconut shake tu Sha. Byk kali minum pun takpe.
DeleteAna pun jarang sgt lah. Kebetulan je ni haa.
Dah cantik dah sekarang Pantai Klebang nie, last pegi masa tue Pantai nie x brapa cantik sangat..
ReplyDeleteAir laut dia tak nampak sgt shikin tp best sebab banyak benda boleh buat dekat sini. Nanti singgah lah dekat sini ye.
Deleteantara tempt y mnarik kat melaka.. pantai dia memang cntik kan
ReplyDeleteBest utk beriadah dgn kawan2 dan family. Mcm2 boleh buat dekat sini :)
DeletePernah tinggal 3 bulan kat melaka. Hari2 main kat pantai klebang. Main baloon dan minum coconut shake sambil tengok kapal besar ditengah2 laut. hehe
ReplyDelete