30 Menu Lazat Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum


1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Sholat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Sholat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan org berbuka puasa walau pun dengan sebiji Kurma setiap hari.

5. Sholat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

6. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

7. Sunat dhuha setiap pagi minima 2 raka'at. 

8. Sedekah setiap hari minima seringgit.  

9. Pastikan sahur setiap hari.

10. Iftikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

11. Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya.

12. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

13.Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.

14. Pilih makanan sunnah sebagai menu utama setiap hari.

15. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.

16. Jauhkan aktiviti yg sia-sia. 

17. Zikir harian, banyakkan berdoa.

18. Lazimi bibir dengan beristighfar sekurang2nya 70x dalam sehari.

19. Ajar diri dengan sifat rendah hati kerana Allah. 

20. Mudah memohon dan memberi maaf.

21. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

22. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)

23. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg Allah Murkai. 

24. Tidak berlebih2an mahu pun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka puasa. 

25. Perbanyakkan amalan2 sunnat. Sholat  sunnat rawatib.

26. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

27. Lazimkan utk kawal diri dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

28. Basahi lidah utk sentiasa berZikir dan memperbanyak kan bersyukur pada Allah di kala senang atau pun susah.

29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah didalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir kita. In Sya Allah. ان شاالله 


Sumber : WhatsApp
30 Menu Lazat Sepanjang Ramadhan Reviewed by Ana Suhana on May 20, 2017 Rating: 5

40 comments:

  1. ngat menu makanan..rupnya menu batin kita. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Batin pun nak makan yg sedap2 juga kak :D

      Delete
  2. Alhamdulillah..thanks atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua hendaknya :)

      Delete
  3. alhamdulillah ni la menu yang dituntut

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 kita kejar menu2 ni sehabis daya kita :)

      Delete
  4. betul tu....ingat menu apa tadi...perkongsian yang sangat baik...tq ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk tak nak kalah kan. Hehe.

      Semoga bermanfaat buat kita semua hendaknya :)

      Delete
  5. nak puasa dah nie. terima kasih share kak ana. In Shaa Allah menu nie elsa akan amalkan

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg baik ni ana.. mudah2an dapat kita laksanakannya dgn sempurna.. teringat masa lepas habis study dulu.. masih x dpt kerja lagi.. tiap2 hari dpt mengaji 1 juz.. dpt khatam quran dlm bulan ramadhan.. rasa happy sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Tak dpt buat semua dpt buat mana yg mampu pun dah Alhamdulillah. Allah tgk usaha kita.

      Wah harapnya bolehlah repeat 1 hari 1 jus Dilah. Pemangkin semangat utk Ana ni. :)

      Delete
  7. Terbaiklah perkongsian...suka sangat....kita tak tahu ini ramadhan yang akhir atau ada lagi untuk kita...jadi isi dan manfaatkan sebaik-baiknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC. Kena berusaha sebaik mungkin utk jadikan ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. :)

      Delete
  8. Good sharing k.ana, tq;).insyaallah..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah pejam celik xlama lagi ramadhan kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan je Ju. Semoga kita lebih bersedia utk masuk ke madrasah Ramadhan :)

      Delete
  10. Totally gonna worth our lives if kita makan 30 menu lazat ni kan? :') Moga Allah senantiasa membimbing kita <3

    www.blogeyja.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu eyja. Semoga kita sentiasa berusaha utk meningkatkan amalan seharian kita. :)

      Delete
  11. InsyaAllah, semoga kita kekalkan menu ni sepanjang Ramadan dan juga yg kebanyakannya disetiap hari yg mendatang untuk menjadi Muslimin yg diredhaiNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mudah-mudahan kak. Kena tanamkan azam dr skrg supaya lebih bersemangat nanti. :)

      Delete
  12. TGH READY NI... in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  13. Yeahhh terbaikkk ni ana... GUt sharing.. :)

    ReplyDelete
  14. Hai sodap2 ni menunye kak ana hahaaa..
    Selamat mnyambut ramadhan kak!

    ReplyDelete
  15. Nice sharing Ana,untuk persediaan kita semua...slmt mymbut puasa semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 bersedia utk menempuh madrasah ramadhan. Semoga ramadhab kali no lebih baik dr tahun sebelumnya. InsyaAllah.

      Delete
  16. Terjebak jugak..AS dah terbayang macam-macam menu lazat dah untuk berbuka puasa..rupanya "menus" lain

    ReplyDelete
  17. Tak lama je lagi Ramadhan...
    sekejap sangat masa berlalu kan Ana..

    ReplyDelete
  18. Sy ingatkan betul2 makanan.. Rupanya makanan utk dalaman dan hati kita.. Thanks for reminder kak :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.