Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat


Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat l Assalamualaikum. Bila berkunjung di Kuantan tak sah kalau tak singgah di Pantai Teluk Cempedak. Hanya 5km saje dari Bandar Kuantan. Consider dekat sangat lah tu kan.  Pantai Teluk Cempedak ni memang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga orang luar dan menjadi tempat perkelahan pada hujung minggu. 

Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat


Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat


Ni kali ke-2 sis ke sini. Pertama kali dulu pada tahun 2011. Time tu Pantai Teluk Cempedak tak macam sekarang. Sekarang dah meriah dengan kedai-kedai dan juga restoran makanan segera. 
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat

Walaupun sis pergi tu pada hujung minggu dan ramai orang namun masih selesa untuk berjalan sebab kawasan di sini sangat luas. Cuma untuk cari parkir kereta tu agak susah sikit kalau nak parkir di kawasan berdekatan. 
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Pantai Teluk Cempedak terkenal dengan pasirnya yang putih dan juga sekumpulan monyet yang agresif. Sis agak cuak juga lah sebab bawa Syafi kan. Dah lah time tu ada kes warga Korea cedera kena serang dengan monyet-monyet tu. Memang berhati-hati betul lah. Plastik bag semua masuk dalam beg. 

Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Selalunya kita akan face to face dengan geng-geng ekor panjang ni kalau kita nak ke Teluk Tongkang yang terletak di sebelah Pantai Teluk Cempedak ni. Kita kena jalan ikut jambatan yang di sediakan di tepi bukit tu. Dulu jambatan ni kayu je tau dan bahaya sebab reput. Tapi sekarang semua dah tukar besi. Safe lah sikit.
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Dalam 10 minit termasuk berhenti untuk bergambar, kita akan sampai di Teluk Tongkang. Dah kenapa nama macam tu pun sis tak tahu. 
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Dekat sini lagi selesa sebab tak ramai orang macam di sebelah Pantai Teluk Cempedak tu. Cuma takde lah kedai-kedai makan tu yang ada cuma penjual aiskrim atas motor je. 
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Banyak batu-batu besar dekat sini.  Banyaknya jadi tempat duduk dan tempat selit sampah juga. Hehe. Sis jalan-jalan dalam sejam juga lah dekat seluruh kawasan ni sampai tak sedar baju dah basah.  Kira exercise juga lah tu kan. 

Dari Pantai Teluk Cempedak sis ke Pantai Sepat pula sebab MIL dah ada dekat sana. Dalam 20 minit perjalanan je. Nak amik angin petang katanya. Sis pun enjoy kah juga sebab dapat main layang. Lama sungguh tak main layang-layang. Rindu pula zaman kanak-kanak dulu. 
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat
Kononnya nak ke hujung Pantai Sepat sebab Siqah kata ada pokok ala Nami Island. Tapi hampa sebab penuh sepenuhnya kawasan tu. Huhu. Takde rezeki tapi takpelah yang penting sis happy dapat main layang-layang dan Syafi dah tak geli dengan pasir pantai. 
Tempat Menarik Di Pahang : Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat Reviewed by Ana Suhana on April 17, 2017 Rating: 5

45 comments:

  1. bestnya pantai!!! sha baru duk idam idam nak pi pantai, pantai teluk cempedak ni nampak nice je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib singgah sini kalau ke Kuantan Sha. Amik angin petang memang best sangat.

      Delete
  2. Bahagianya Syafi berlari2, siap dapat layang2 lagi. Hihi

    Cantiklaa kat tempat yg ada batu2 tu. Spoil betul orang yg selit2 sampah tu, tak rasa bersalah ke? Hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time tak takut pasir bila dapat main layang-layang tu. kalau tak, satu kawasan boleh dengar dia menangis bila kaki kena pasir. huhu.

      Memang spoil. depan2 mata kak ana pula dia buat. kang tegur boleh jad gaduh. huhu

      Delete
  3. salam ana.. dilah penah pegi pantai teluk cempedak ni tahun 2015. view cantik sangat kat area batu2 tu kan... pasir putih... tp bab monyet tu memang menakutkan.. besar2 lak tu kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. monyet tu memang scary. agresif sgt. semua barang dia nak rampas.

      Bab view memang lawa. sedap je mata memandang.

      Delete
  4. Suka singgah ke Pantai Cempedak ni.
    Cuma ombaknya agak bahaya untuk bermandi manda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp ramai juga yang mandi Wak. Mungkin kalau nak mandi kena pergi dekat Teluk Tongkang tu sebab ombak tak berapa nk kuat dan pantai dia lagi landai.

      Delete
  5. lamanya tak pegi sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah plan ke sini nanti MM. Lepas tu ronda2 bandar cari makan.

      Delete
  6. SUBAHANALLAH... cantiknya view.. paling fav lepak tepi pntai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepak tepi pantai tak pernahbtak best Unni. Boleh duduk berjam2 tanpa buat apa2 pun. Nikmat Allah bagi hanya dengan melihat ciptaanNya je kan 😘

      Delete
  7. Cantiknya gambar2 kena ambil. Guna kamera apa ya? huhuhu

    ReplyDelete
  8. Best-best.. Pemandangan cantik bangat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laut tak pernah tak cantik Sha. Walaupun nampak ganas ombak2 dekat sini. 😊

      Delete
  9. Cantiknya kualiti gambo gambo Ana tu.
    Tak tau pun ada mcm mcm teluk kat situ. Ingatnya Telok Cempedak seketul aje haha.... Hakak baru tak baru jugaklah ke Telok Cempedak hari tu. Tido kat Shahzan Hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak. Kena jalan dekat jambatan yang banyak monyet tu. Tak ramai org dekat Teluk Tongkang ni. Selesa sikit rasanya. 😘

      Delete
  10. Sepat tk pegi. Chempedak tu dua kali pegi. Petang and mlm ❤️ Teringatnye kenangan kat sana !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai Sepat tu arah bertentangan dgn TC Mek. Selalunya penduduk tempatan je yg ke Pantai Sepat ni. Next time boleh lah ke sini pula. Pokok2 dekat Pantai Sepat cantik dan unik2. 😘

      Delete
  11. Rindu pulak dengan pantai ni :D Alhamdulillah berkesempatan ke Teluk Chempedak masa bulan 12 lepas, memang cantik sangat tempatnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang cantik kan. Tenang je bila dekat sana. Rasa tak nak balik je. Hehe 😘

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik betul yang dekat yang batu-batu tu. Syafi pun riang aje airmuka dia. Alhamdulillah.

      Tapi kan sis sesuatu yang ira curious ni, teluk longkang ke tongkang? Sis typo 😂

      Delete
    2. Syafi riang sokmo. Mok ayoh pun sama. Hehe.

      Aah typo hok atas tu. Hok bawoh tu ok pulop. Hehe. Doh betulkan pong. Thanks Ira 😘😘

      Delete
  13. Nampak happy betul Syafi tu.. Hee.. Lama betul anis tak pegi TC ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mana pernah tak happy bila dapat keluar rumah 😅.

      Kak ana after 6 years baru ke sini Anis. Byk betul yg berubah. Tak macak dulu. 😊

      Delete
  14. Siqah suka TC dan Pantai Sepat. Kalau ke Kuantan, TC wajib pergi. Hihi. Best lepak sana. Masa sekolah dulu suka ke sana :D Btw, lawa semua gambar Ana. Suka <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best bila dapat lepak tepi pantai ni Siqah. Rasa tenang je. Boleh release stress. Dekat tempat ana ni jauh dr laut. Yg ada hanya empangan je. Hehe. 😊

      Terima kasih dear ❤

      Delete
  15. Walaupun dah pergi sini countless time dah tapi tak pernah berjalan sampai ke tongkang tu hahaha. malas la nak jalan, jauh dan banyak monyet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak jalan tu tak boleh tahan. Haha. Byk monyet tu tak dinafikan. Tp dekat depan tu je. Bila dah masuk suku jalan takde dah pengganas tu. Boleh jalan dengan aman damai. Hehe 😊

      Delete
  16. bestnya pantai ni pemandangan cantik.kalau nak pergi boleh tahan jauh jugak dr perak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari Perak memnag jauh sgt tu sis. Huhu. Kena pergi pangkor je lah mcm tu. lagi cantik view katanya 😊

      Delete
  17. suka tgk smua gmbr sis share =D rasa mcm ju dekat sna pun ada bila tgk gmbr ni smua =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ju. InsyaAllah nanti ada rezeki Ju ke sini ❤❤

      Delete
  18. Lama dh x jelajah hutan kat TC tu.. byk dh berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. ana masa sampai tu macam tak percaya TC dah jauh berubah dari 6 tahun lepas. lagi best skrg ni 😊

      Delete
  19. baru sekali sampai teluk cempedak tu..

    ReplyDelete
  20. Lepaking di pantai sambil makan ais krim. Perghhh, best wooo 😍🍦

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah panas pula tu kan. memang layan. aiskrim pun cepat surut. hehe 😘😘

      Delete
  21. Baru g TC 2 minggu lepas setelah lama giler tak pergi TC. Huhu.
    Ada pokok gaya nami island eh kat pantai sepat tu. Nak g cari ni hehe.

    Kat taman gelora pun ada gak ala2 cam tu. Nanti leh ana singgah situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Pantai Sepat tu pokok2 dia cantik2 dan uni tau Reen. Nanti singgah lah ke sana.

      Taman Gelora-ana tak pernah tahu pasal tempat ni. Boleh survey nanti 😘😘

      Delete
  22. Huihhh, rasanya dekat 15 tahun kot saya tak pegi ke Pantai Teluk Cempedak.. Viewnya pun cantik dah sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 15 tahun tu lama sgt. Memang banyak lah beza view dekat sini. Ana yg 6 tahun tak pergi dah macam2 yang berubah 😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.