Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB)
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) l Assalamualaikum. Kalau bercuti di Cherating dan tercari-cari tempat makan yang popular dan sedap apa kata korang try di Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) .
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB)
Warung Awang Ikan Bakar ni sangat senang nak jumpa sebab lokasinya terletak betul-betul di tepi jalan utama Cherating-Kemaman. Dari jauh dah boleh nampak dah. Walaupun nampak macam warung kampung je tapi service dia cun beb. Makanan dan minuman semua cepat sampai. Dengan pelanggan yang ramai korang boleh dapat makanan yang korang pesan dalam masa 20 minit je. Terbaik tu. Jom tengok menu-menu yang sis order untuk makan malam sis sekeluarga.
Menu 1: Siakap Stim
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Meriah dengan sayur-sayuran sebagai hiasan membuatkan menu ni nampak sedap dan menyelerakan. Bila rasa memang seperti yang di jangka. Ikan siakap tu segar dan terasa kemanisan isi ikan tu. Menu ni sebenarnya khas untuk Syafi sebab tak pedas tapi mak ayah Syafi yang melazat. Sampai licin pinggang tu.
Menu 2: Siakap Sweet Sour
Menu 2: Siakap Sweet Sour
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Menu ni pun sedap juga walaupun nampak simple je. Ikan siakap ni di masak sehingga garing di bahagian luar tapi masih mengekalkan kelembutan isi di bahagian dalam. Memang syok habis masa makan siakap sweet sour ni.
Menu 3: Lala Rebus
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Menu favorite MIL. Sis tak makan pun sebab tak berapa nak gemar lala. Katanya boleh tahan sedap juga. Kalau tak, tak kan licin sepinggan lala ni kan.
Menu 4: Sotong Goreng Tepung
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Sis perasan based in experience makan di Cherating ni, sotong goreng tepung mereka tak sama macam sotong goreng tepung yang biasa kita makan. Selalunya sotong tu akan penuh di saluti tepung kan dan agak rangup bila kita makan tapi dekat sini bukan macam tu. Penggunaan tepung dalam menu ni dekat sini agak kurang maybe untuk serlahkan rasa sotong tu sendiri menyebabkan ianya sedikit berminyak. Sis tak berapa gemar dengan sotong goreng teoung di sini tapi FIL sis suka pula. Katanya sotong di sini lembut tak macam di kedai-kedai yang lain.
Menu 5 : Kerang Rebus
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Favorite menu En Suami.Kerang dekat sini best sebab kerang dia bersih dan segar. Maybe kerang laut kot sebab tu rasanya manis. Ye lah Cherating kan dekat dengan Laut China Selatan.
Menu-menu di bawah ni merupakan menu sampingan. Rasa dia sama macam kedai-kedai tomyam yang lain. Takde rasa yang istimewa bak kata orang.
Menu 6: Daging Masak Merah
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Menu 7: Kembong Bakar
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Menu 8: Tomyam Campur
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Menu 9: Telur dadar dan kailan ikan masin
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB) |
Alhamdulillah semua kenyang dan puas hati. Bukti habis licin kuah Siakap Stim tu kena hirup. Pengakhiran yang membahagiakan. Hehe. Total untuk semua menu di atas ni termasuk air dan nasi putih ialah RM258. Kalau bahagi dengan 8 orang dewasa, seorang jatuh RM32.25. Ok lah bagi sis sebab susah nak dapat kedai yang sedap dekat kawasan Cherating ni. So kalau korang bercadang untuk bercuti di Cherating boleh lah singgah di Warung Awang Ikan Bakar ni. InsyaAllah puas hati.
Tempat Makan Popular di Cherating : Warung Awang Ikan Bakar (WAIB)
Reviewed by Ana Suhana
on
April 07, 2017
Rating:
Ya Allah kak! Terliur tengok lala rebus, sotong celup tepung dgn daging merah tu. Perghhh
ReplyDeleteakak lagi lah. tengah puasa2 ni buat entri on food review. telan air liur je lah yang boleh. hehe
DeleteOkey..boleh masuk list ni...sedap nampaknya tu...
ReplyDeleteInsyaAllah puas hati SA makan dekat sini. Tp warung kampung je ni. 😊
DeleteNampak sedap ikan siakap masak stim dan tiga rasa tu.. lala dan kerang pun kegemaran Kak Sue sekeluarga.. tq for sharing Ana, kut ada rezeki ke sana boleh singgah nanti :)
ReplyDeleteInsyaAllah kak kalau ke sini boleh lah cuba. Ikan siakap stim dan sweet sour tu memang sedap dan kena dgn selera kami sekeluarga 😊
Deletebetoi2 meleleh la tgok kan... rindunya nk mkn gini.. hehee
ReplyDeleteWeekend ni boleh lah pergi mana2 kedai tomyam order menu2 ni. Lepas tu share dgn kami pulak 😋
Deletenampak sedap..hahaha..pantang nampak makanan
ReplyDelete- Hernee Nazir -
Haha samalah. Pantang nampak makanan semua nak di bedalnya. 😊😊
DeleteBoleh nangis Kak tengok menu2 ni..sedapnyalah...siakap tu..sedapnya...nasi hangat2..peergghhhh...
ReplyDeleteSiakap tu kak ana suka PC. Ratah macam tu je pun dah ok dah. Sedapnya. Kena cari lagi ni nampaknya 😅
DeleteTeringin nak makan kerang. Tapi, klau kat rumah biasa jumpa kerang bulan puasa je. Hihi
ReplyDeleteKnp bulan puasa je Ana?
DeleteKak ana tak gemar makan kerang. Tp kerang fav En suami. Kalau makan char kuew teow, kerang semua transfer dekat dia. Dia pula transfer udang dekat kak ana. Hehe. Sistem barter 😊
Lala rebus rasa macam mana tuu. Hehe husniey tak pernah try lagii. Ya Allah macam sedapp je semua.. Thanks for this review Ana.. Kalau husniey balik Kemaman nanti tak tahu nak ajak family makan kat mana, boleh cuba kat sini pula 😍😍
ReplyDeleteLala rebus tu ada rasa serai dan pedas cili api. Sedap juga. Nanti cubalah kalau tak tahu nak makan mana bila blk Kemaman. Mana tau kena dgn selera Husniey kan. 😊
Deletekak anaaaa jangan buat elsa laparrrr hahaha. bila lah elsa nak pergi sini nie hahahaha
ReplyDeleteLapar sokmo budak kecik ni. Hehe. Kat rawang kan banyak kedai tomyam. Cer order menu2 ni then share dekat blog pula. 😊😊
DeleteSemua menyelerakan... Terutama ikan yg atas sekali tu.. hadoii.. lama dah tak p cherating..
ReplyDeletelaku keras siakap stim tu lea. licin selicinnya kuah tu kena hirup. hehe 😅
Deletememang licin abis ! kira nya kalo rm 30 lebih sorg dgn mknn yg mmuaskan, confirm rasa xrugi.. blik pun senang hati =)
ReplyDeletebetul tu. service pun cepat. nampak je warung kampung tapi better dari kedai2 di bandar. hehe 😅
DeleteLala, sotong, kerang <3 wowowow, semua yang saya suka XD
ReplyDeletewow.. terbaik lah dear. senang nak bawa jalan2 cari makan kalau mcm ni 😅
DeleteBetul, semua boleh sumbat dalam perut :D Kalau dah xda ruang, pandailah nak adjust supaya ada ruang. wkwkwkwkwkwk. Tapi lepas tu kena pulun exercise plak :p
Deletehahaha.terbaik ni. mujur exercise kalau tak??? haha
DeleteTobat dah dulu x exercise 😭
DeleteSedapnya ikan bakar tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua memuaskan hati walaupun hanya warung biasa 😊
Deletealamak, salah timing baca post nie, banyak dugaan, :)
ReplyDeleteHehe. Kalau tgh puasa lagi kuat godaan nya mat jo 😅
DeleteMak aihh sedap sungguh dan nampak menyelerakan kesemuanya! terus rasa craving ikan bakar ni! 😋😋
ReplyDeletememang sedap. nanti kalau ke Cherating boleh lah singgah ke sini. :)
DeleteNanti kalau kak datang ganu lagi boleh la pulak try "muara ikan bakar kuala ibai" hehehe
ReplyDeletedah 2x kak ana makan sana Ira. Belakang rumah tok kak ana je tu. Jom Ira, nanti kak ana balik KT lagi kita g makan dekat sana :)
DeleteAlahai Ana.. Terliur Sha tengok.. Seafood is ohsem tau..
ReplyDeleteseafood is always awesome Sha especially prawn. Irresistible!! :D
DeleteTelan liur eh tengok gambar...saya suka seafood especialy jenis siput2/kerang tu.
ReplyDeleteKak ana prefer ikan, udang dan sotong. Kerang2 tu setakat nak merasa boleh lah. 😘
Delete