Villa 4 Bilik di Rossa Villa A Famosa, Melaka


Villa 4 Bilik di Rossa Villa A Famosa, Melaka l Assalamualaikum. Cuti hujung tahun dah semakin dekat. Ada yang plan nak buat family gathering ke? Dan tercari-cari homestay yang boleh muatkan ramai orang? Apa kata korang tempah Villa 4 Bilik di Rossa Villa A Famosa, Melaka ni. 

Pengalaman Bercuti di Rossa Villa A Famosa, Melaka

Kalau sebut pasal A Famosa Resort semua mesti akan ingat tentang taman tema air atau night safari yang terletak di Alor Gajah tu kan. Tapi korang tahu tak selain dari taman tema tu, di A Famosa Resort tu juga ada unit-unit villa persendirian yang di jadikan sebagai homestay. Dan salah satunya ialah Rossa Villa ni.

4 Bilik Muat Untuk 15 Orang Dengan Selesa


Bagi Ana Rossa Villa ni sangat bersih, luas dan selesa. Setiap villa di sini mempunyai 4 buah bilik dan 2 buah bilik air. Siap ada bath tub lagi. Nak masak-masak pun boleh sebab ada kelengkapan memasak disediakan seperti kuali, periuk nasi dan juga pinggan mangkuk.



Villa ni boleh masuk dalam 15 orang macam tu. Sesuai sangat kalau nak buat small family gathering. Macam Ana hari tu pergi 4 family (15 orang) so masing-masing dapat bilik sendiri dan semua tidur atas katil. Bilik pula semua berhawa dingin. Bertambah selesa lah masing-masing. Korang kalau ada plan nak beli tanah sendiri,  boleh je bina rumah banglo macam villa ni. Mesti cantik.






Dan yang paling best dekat villa ni ada private swimming pool yang terletak di dalam kawasan villa itu sendiri. So bolehlah kalau nak berendam puas-puas tanpa perlu bercampur dengan orang luar. Part ni Syafi lah yang paling happy. Sampai kecut kulit kaki dengan tangan. Tu pun kena paksa naik atas. Hehe.
Rossa Villa A Famosa - Private swimming pool

Malam-malam nak berBBQ pun boleh sebab set BBQ ada disediakan. So malam tu kami sakan berBBQ sampai tak larat nak makan. Bahan perapan semua kami bawa sendiri dari rumah. Tapi kalau korang rasa leceh nak travel bawa bahan-bahan tu semua, korang boleh je request masa menempah tu. Nanti pihak villa akan sediakan untuk korang. Cuma harga Ana tak sure berapa.
Cantikkan susun atur dan penggunaan perabot dalam Villa Rossa ni kan? Sangat teratur dan kebanyakkan perabot yang di gunakan bercirikan baba dan nyonya. Lawa sangat-sangat.Berkenan pulak Ana.


Overall Ana memang puas hati lah stay dekat sini. Dengan keadaan rumah yang bersih dan kemas serta owner yang sangat friendly confirm Ana akan datang sini semula. Memang berbaloi.

Review dari FB Rossa Villa.


Kalau korang berminat nak cuba stay di sini boleh lah call Aunty Rosnah atau Fatin. Ni Ana bagi details Rossa Villa ni:


Alamat :
A Famosa Resort, 
Jalan Kemus,
Simpang Ampat,
Alor Gajah, 78000 Melaka

Telefon:
Aunty Rosnah : 6019-3341300
Fatin : 6019-6166515

Harga:
RM950/malam (Jumaat, hari minggu & cuti umum)
RM650/malam (hari bekerja)

Facebook :
https://www.facebook.com/rossavillaa/


 

Villa 4 Bilik di Rossa Villa A Famosa, Melaka Reviewed by Ana Suhana on August 02, 2023 Rating: 5

42 comments:

  1. Wahhhhh meriahhhhnya kak ana. Uyul ada kampung kat simpang 4. Mmg x laaaa duk villa.

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah duduk villa kawasan tu kak! memang best dan bersih. yang bestnya ada private swimming pool tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Boleh berendam selama mana yg kita nak. Takde org luar yg Kacau. 😊😊

      Delete
  3. nampak best kak..mmng seronok kalau dpt bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt. Try lah ke sini nanti bawa family 👍

      Delete
  4. Wah bestnya Ana.. siap ada private swiming pool lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak. Sesuai kalau nk buat garthering. Ada kolam renang dan bbq set. Mesti budak2 suka 😘

      Delete
  5. Banyak pulak color hijau saya nampak kat dalam villa tu. I loikeee! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua pun hijau ana. Kerusi dia yg plg cantik. Cuba lah bergathering dgn family atau kawan2 ke sini nanti 😘

      Delete
  6. Wahhh.. seronok betul tempatnya ya kak Ana :) boleh singgah nanti kowt nak buat family day ke kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sgt. Villa selesa dan agak luas. Ada halaman dan kolam renang. Best sgt 😘

      Delete
  7. Villa kat A Famosa ni mmg best sbb ada private pool.. dilah penah tido sini 10thn lps.. hahaha.. gathering geng2 sekolah menengah.. mmg puas hati kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Dilah. Sesuai sgt nak buat gathering dgn family atau kawan2. Boleh buat mcm2 aktiviti 😘

      Delete
  8. Cantik...dan suka kombinasi warnanya...penting juga warna sebab yang datang lazimnya nak berehat...bersantai santai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC. Bila bercuti dpt homestay / hotel yg sedap mata memandang bertambah tenang rasanya. Berbaloi dengan harga yg di bayar 😘

      Delete
  9. Syok juga kan gathering family besar kadang-kadang. Nampak selesa sungguh Villa tu. Kalau private gitu, jgn kata Syafi, yang tua macam saya pun excited,hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok sgt. Macam2 boleh di borakkan. Dari cerita kelakar sampai lah ke seram. Haha.

      Betul tu Mai. Org tua pun sama naik syeikh bila ada private pool cmtu. Hehe 😘

      Delete
  10. bestnyaaa...mahal jgk ye kalau weekend...boleh masak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tong tong tak lah terasa mahal dia sis. kalau sorang yang byr memang pikir 2-3 kali juga. hehe. masak yang simple boleh sis. kalau nak senang bawa rice cooker sendiri. boleh je nak masak apa2. 😊

      Delete
  11. Ini kalau bercuti ramai-ramai memang best nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. memang riuh rendah lah jadinya 😘😘

      Delete
  12. Cantik sangat Ana. Suka warna hijau dia tu...Aduh redup mata memandang. Yelah kan Ana best jugak kalau buat family gathering kat sini. Boleh berdugong sambil berbbq hihi....
    Hakak pernah jugak ke A Famosa ni tapi bukan duk Villalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai tuan rumah tu main dengan color kan. tenang je rasa bila bercuti di sini. berdugong tu memang tak usah ckp lah. bila dh kenyang nak berjalan bkn main liat. rasa nak bergolek je kalau nak amik something. hehe.

      a famosa yang apartment dan water park tu ana tak pernah masuk lagi. insyaAllah kalau ada rezeki memang nak ke sana. 😘😘

      Delete
  13. best kan duduk villa tu.. Liez dulu kerja dekat afamosa tapi kl office la.. setiap bulan pergi resort.. handle group. Liez paling suka villa sebab ada private pool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Yg best pasal villa ni sebab ada private pool. Boleh berendam puas2 sampai kecut kulit semua. 😘

      Delete
  14. Cantiknya villa, siap ada kolam renang lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan kemas sgt Shikin. Boleh lah plan ke sini utk buat family gathering nanti 😘

      Delete
  15. Bilik dia sangat selesa.. tambah pulak warna hijau dinding dia.. sejuk jerk mata memandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa sgt. dengan ade aircond dan bersih kan memang lena tidur. hehe.

      Delete
  16. nice place.
    aida x pernah stay di a'famosa, ana.
    sebab rumah nenek 5-10 minit aje dgn a'famosa ni :)
    even FAO tu pun baru skali gi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana FAO tu tak pernah masuk lagi. insyaAllah esok plan nak ke sana.

      kalau dah rumah nenek aida dekat memang tak berbaloi kalau stay dekat sini. membazir je org kata. hehe

      Delete
  17. Besttt nya, cantik bilik dan villa.. Ada pool pulak tu. Melaka, next . . . 😍 😍

    ReplyDelete
  18. Best private pool, boleh buat gaya bebas 😁 Cantik villa tu, hijau. Mendamaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn kata gaya bebas je dear, semua gaya boleh. mendugong pun boleh. takde siapa nampak. hehehe.

      cantik sgt. mendamaikan.

      Delete
  19. Piqa prnah dok kat villa2 A Famosa tapi dulu time kekecik sekolah rendah camtu... Tapi condition dia tak sebagus yang kak ana duk lah...(kolamlah)

    Maybe sekarang dah improve kot sbb dpt feedback ...

    Teringin nak gi lagi but selalu gi melaka dok hotel je😅😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni private unit Piqa so memang owner tu jaga betul2 untuk keselesaan tetamu. kalau tak jaga alamatnya takde lah org nk ke sini lagi kan. hehe.

      takpe nanti boleh ajak kawan2 pula reunion dekat sini =)

      Delete
  20. Tentu seronok dapat menginap di tempat exclusif macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni biasa je wak. Cuma di pgl villa sebab duduk under A Famosa Resort. Kalau pergi ramai2 seronok lah wak. Meriah suasana.

      Delete
  21. A Famosa pun belum pernah masuk lagi kak Ana..hihi..boleh cuba stay sini kalau pergi ramai-ramai..ada lagi kot villa ni sebab post tahun 2017 ni kan.

    ReplyDelete
  22. wow besar villa ni ana.. best lah

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.