Kisah Wanita Muda Penghidap Kanser Tahap 4 yang Sangat Cekal

Assalamualaikum.

 
Ni gambar sis dengan sepupu sis. Nama dia Nur Hidayah Mohd Amin berumur 34 tahun. Sis panggil dia Nur jer. Mempunyai 2 orang cahaya mata berusia 7 dan 3 tahun. Ketika mengandungkan anak kedua Nur di sahkan menghidap kanser payudara. 

Lepas bersalin, Nur berulang alik menjalani rawatan kimoterapi 3 minggu sekali di HKL kerana melalui CT Scan doktor telah mengesahkan bahawa kansernya telah berada di tahap 4 dan paling sayu kanser telah merebak ke tulang belakang dan hati.

Nur yang bekerja sebagai seorang kerani di Glenmarie terpaksa ambil cuti sakit berbulan-bulan kerana tidak larat untuk bekerja akibat kesan dari kimoterapi. Nasib menyebelahi Nur kerana pihak syarikat sangat memahami masalah beliau.

Sedih sis tengok masa Nur amik rawatan kimo. Rambut dan kening mulai gugur dan badannya susut teruk. Payudara pun telah di buang sebelah. Tapi Nur tetap positif dan sentiasa tersenyum. Dari Bukit Jelutung Nur pindah ke rumah mak dan ayah di Ampang agar lebih terjaga dari segi anak-anak. Kes Nur penah viral di FB pada tahun 2015 kerana ingin meminta bantuan orang ramai bagi membantu dari segi kewangan dan memohon pertolongan kerusi roda. Alhamdulillah bantuan yang di terima sangat membantu Nur sekeluarga.

Awal tahun ni pergerakan Nur menjadi terbatas sehinggakan nak tidur pun susah. Masa sis datang ziarah perut dia sangat besar seperti orang mengandung. Tapi Nur tetap positif dan boleh gelak ketawa dengan kami. Bila scan di HKL doktor mengesahkan bahawa paru-paru Nur penuh dengan air dan air juga telah masuk ke dalam kawasan jantung. Doktor pun tak tahu nak buat macam mana dengan air dalam jantung tu. Nur terpaksa di tahan di wad untuk di tebuk belakang badan untuk membuang air dalam paru-paru tersebut. Selain tu Nur juga kena masukkan darah ke dalam badan, ambil sampel dalam perut dan kena mengambil rawatan kimo sekali lagi. Nur ada tunjukkan pada sis port kimo yang di tanam di dalam badannya. Sis yang tengok pun dah seram rasa badan. Alhamdulillah selepas air di buang dalam paru-paru, Nur jadi lebih selesa mana taknya hampir penuh satu jug air dalam paru-paru tu.  Dan satu keajaiban bila air dalam jantung pun telah hilang dengan sendirinya.

Terkini, satu lagi berita sedih menimpa bila Nur dimaklumkan bahawa kanser telah merebak ke bahagian rahim. Sebak bila sis dengar berita ni. Baru nak rasa lega dak terpaksa hadapi lai satu ujian. Bulan 6 ni Nur akan menjalan pembedahan untuk membuang rahim tersebut tapi peluang adalah 50-50 kerana jantung Nur tak kuat. Pihak hospital turut mengajar Nur cara-cara untuk mengawal jantung supaya tidak tertekan dan sebagainya. Kalau dulu nak naik satu anak tangga pun Nur tak mampu, tapi sekarang dengan semangat yang kental dan latihan yang berterusan Nur dah mampu naik tangga sampai tingkat 4. Hebat kan. Kalau ikut kan Nur masih bercuti sakit tapi sebab semangat dia yang kuat tu dia gagahkan juga diri masuk kerja. Bosan katanya bila duduk rumah. Selamat sebelum dia jatuh sakit dulu dia dah minta transfer kerja di Kg Baru dan awal tahun ni permohonannya di luluskan. Jadi senanglah dia nak amik rawatan di HKL dan bekerja sebab dekat jer. 

Kuatkan Nur. Kalau sis lah tak tahu lah macam mana nak hadapi situasi macam tu. Sis yang baru-baru ni kena sakit kencing kotor pun dah tergolek-golek tak tahan apatah lagi kalau sakit macam Nur ni. Sis mohon doakan Nur semoga dia terus kuat dan sembuh dari penyakit yang di hadapi. Semoga ada keajaiban dengan izinNya akan berlaku.

Masa Nur datang ke rumah baru-baru ni, Nur ada bagi sis sekeluarga sampel Roti Rissole untuk di jual. Nur akan amik tempahan dan buat pada hujung minggu sahaja demi mencari duit sampingan. Sis dah rasa kebab tu sedap juga dan paling best sebab rangup sangat.


Memandangkan bulan puasa pun dah nak dekat ni, memang sesuai lah kalau ada Roti Kebab Daging frozen ni dalam simpanan. Boleh tahan sehingga 3 minggu dalam freezer. Sis dah order awal-awal dah. Harga pun murah hanya RM1 sebiji dengan minimum pembelian 5 ketul.


Bagi yang tinggal di sekitar Ampang / Wangsa Maju / Kampung Baru / Batu Caves / Selayang yang berminat boleh lah order. InsyaAllah puas hati dan berbaloi. Sambil membeli sambil beramal. Mudah-mudahan Allah memberi kebaikan atas niat baik kita tu. InsyaAllah.


Untuk menempah boleh hubungi atau whatsApp Nur di talian 012-9791489 atau DM sis dekat FB untuk maklumat lanjut.





Kisah Wanita Muda Penghidap Kanser Tahap 4 yang Sangat Cekal Reviewed by Ana Suhana on April 29, 2017 Rating: 5

52 comments:

  1. Allahuakbar.. Berat sungguh dugaan dia.. Moga dia terus kuat hadapi ujian ni dan semoga mendapat kesembuhan... insyaallah.. amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Doa semoga di sembuh dan terus kuat.

      Delete
  2. Allah ... sungguh Nur sgt cekal n kuat ....
    Semoga sentiasa dipermudahkan semuanya utk Nur....

    ReplyDelete
  3. Kagum sangat dengan semangat yang dimiliki oleh Nur.

    Semoga terus kuat dan tabah dalam melawan sakitnya itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya. Amin.

      Delete
  4. yallah sedihnya baca kisah akk nur ni...semoga akk tabah dalam ujian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya. Amin.

      Delete
  5. Kuatnya sepupu sis! Smoga sentiasa thabat!

    ReplyDelete
  6. Syafakillah..semoga Nur tabah...Ana..apa kata kalau Nur buat tambahan rawatan alternatif dengan memakan daun belalai gajah dengan epal manalah tau kot2 boleh membantu walau sudah lama..semoga Nur tabah
    sedapnya kebab tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan alternatif banyak dah dia buat kak. Tp belum ada yang berjaya. Doakan semoga Nur terus kuat dan mudah-mudahan sakitnya akan sembuh. Amin.

      Delete
  7. Semoga sis nur tabah menghadapi ujian Allah... Get well soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya. Amin.

      Delete
  8. semoga kuat ye sepupu kak ana. In Shaa Allah cepat sembuh nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan Elsa. Semoga Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya. Amin.

      Delete
  9. Moga dia terus kuat hadapi ujian ni dan semoga mendapat kesembuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Doa yang terbaik buat Nur.

      Delete
  10. tabahnya, semoga beliau diberikan kesembuhan :'(
    roti kebab frozen tu pun nampak sedap, murah pulak tu. semoga murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya.

      Murah dan sedap. Boleh lah order kalau dekat sis.

      Delete
  11. Ya ALLAH ya Rahman..sembuhkanlah beliau seperti sediakala. Insaf nyer dengar betapa kuat beliau cuba menghadapi dugaan ini semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya.

      Betapa kuatnya dia. Sis pun kagum dengan kecekalan Nur.

      Delete
  12. Replies
    1. Kan Hanis. Kita ni baru sakit atau di beri ujian sikit dah mengeluh.

      Delete
  13. aaisy datang baca entry :)

    http://theaaisy.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-bcsb-road-to-100k-view.html

    semoga kak nur tabah menghadapi ujian Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga Nur terus kuat dan sembuh dari semuanya. Amin.

      Delete
  14. Allahu akbar.. semoga Nur cepat sembuh..sama kes dgn ibu kepada anak susuan saya.. kuasa Allah, masa mengandung dia kena buat kimoterapi, alhamdulillah anak sihat walafiat..sekarang dah 2 thn sebaya ilham syamil..

    - Blog Hernee Nazir-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa Allah semuanya kan Hernee. Semoga Nur terus kuat dan sihat seperti biasa InsyaAllah.

      Delete
  15. Allahuakhbar. Kuatnya kak Nur. Ujian hebat untuk orang hebat. Semoga terus kuat dan cepat sembuh. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mudah-mudahan Ana. Semoga kisah dia dapat memberi kita 1001 pengertian.

      Delete
  16. Allahuakhbar.. begitu hebat ujian yang sis Nur lalui dan bgitu tabah Sis nur lalui ujian Allah swt .. semoga dipermudahkan kelak pembedahan sis nur.. amin ya rabb ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudah Ju. Kita doakan yang terbaik buat Nur. Semoga pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan dia di beri kesihatan yang baik.

      Delete
  17. sedihnya baca entry ini, kuat dan tabah betul sis nur ni,moga semuanya dipermudahkan buat sis nur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mudah-mudahan. doa yang terbaik buat dia.

      Delete
  18. Ya Allah..sedihnya baca sis, saya doakan moga sis Nur terus kuat dan tabah.
    Nak cuba rawatan alternatif lain tak sis..?

    Nota Vitamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak sebenarnya rawatan alternatif yang dia dah cuba ieda. tp semua tak berkesan. skrg hanya tumpu pada rawatan dan ubat dari hospital.

      Delete
  19. Moga kak Nur dilindungi. شفاكِ اللّه kak nur. Moga perjuangan dirahmatii

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mudah-mudahan piqa. doakan yang terbaik buat Nur.

      Delete
  20. Mudah-mudahan Kak Nor akan terus positif dan tabah. Kuatnya kak Nur. Kalau kinah ada ditempat kak Nur tak tau la macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kinah. kalau sis pun tak setabah dan setenang dia. semoga Nur terus cekal dan mudah-mudahan dengan izin Allah dia akan smebuh. kita tak tahu kan. Allah maha berkuasa.

      Delete
  21. Allahu 😢 Semangat yang tinggi untuk terus melawan penyakit. Moga Allah beri kesembuhan kepada kak Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mudah-mudahan Nur di beri kesembuhan yang baik.

      Delete
  22. how i wish to be as tough as her 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah u can be tough. just be positive =)

      Delete
  23. Ya Allah.. beratnya ujian yg terpaksa Nur hadapi.. semoga Nur terus kuat dan sabar dalam menjalani kehidupan dia.. dan semoga Nur cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya Rabbal'alamin. Semoga Nur sembuh sepenuhnya dan terus sihat seperti sedia kala. InsyaAllah.

      Delete
  24. Kentalnya Kak Nur. Nanti sampai kan salam uyul ye kak ana. Semoga Allah permudahkan urusan kak nur.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  25. Allahu Akbar, kuatnya semangat Kak Nur nie, semoga Allah sentiasa merahmati Kak Nur sekeluarga.. Begitu jugak dengan keluarga Kak Ana.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Terima kasih Shikin. Semoga redha Allah juga sentiasa Bersama Shikin sekeluarga.

      Delete
  26. sesungguhnya skit itu penghapus dosa.. Allahu sebak baca kisah dia.. Allah tahu di mampu dan Allah sgt syg kat dia.. Lagi besar ujian lagi luas kasih syg Allah

    wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu. Allah tahu kemampuan setiap hambaNya

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.