Assalamualaikum.
|
Ayam Golek Mesra |
Hari ni sis nak share satu makanan yang sangat popular di area Selayang Baru dan Batu Caves. Mana taknya, waktu bulan puasa hampir setiap hari orang beratur bukan main panjang nak beli Ayam Golek Mesra ni.
Ayam golek ni dah hampir lebih 10 tahun beroperasi di Jalan Besar Selayang Baru. Dari harga ayam golek tu RM14 sekarang dah jadi RM18 seekor masih ramai yang setia membeli tau.
|
Ayam Golek Mesra telah beroperasi lebih dari 10 tahun |
Bagi sis keistimewaan ayam golek ni terletak pada bumbu atau bahan perapan yang di gunakan. Kalau korang tengok gambar-gambar ni boleh nampak kan bumbu tu dengan jelas. Bila makan terasa biji ketumbar, lada hitam, jintan meletus dalam mulut kita. Makan dengan nasi panas memang terangkat.
|
Keistimewaan terletak pada bahan perapannya |
Ayam Golek Mesra ni di datangkan dengan 2 jenis sos. Satu sos cili dan satu sos lada hitam. Bagi sis sos cili dia lagi sedap. Memang sis akan makan ayam golek tu dengan sos cili tu je. Sos lada hitam dia tak kena dengan selera sis. Dah pernah cuba tapi tetap tak boleh nak masuk tekak ni.
|
Sos cili dan sos lada hitam di beri sekali |
|
Sos cili yang menawan kalbu |
Sekarang ni dah banyak ayam golek di jual di sekitar Selayang. Tapi Ayam Golek Mesra ni tetap jadi pilihan.
Amboi sedapnya.. boleh cuba kalau ke Selayang nanti :)
ReplyDeleteBoleh kak. Kalau dr pasar borong tu straight je ke arah selayang baru. Dekat sgt dah 😍
Deleteboleh la cuba nnt...
ReplyDeleteKalau liez ke gombak boleh lah singgah. Jgn lupa tengok ayam tu dulu. Jgn dpt yg kering nanti tak terasa bumbu dia. Minta yang ada juicy mcm gambar atas ni. Hehe 😍😍
Deletenyum nyum nyum hehehe
ReplyDeleteKalau tgk masa bulan puasa boleh tergoda ni Fae 😊
Deletesedapnyerr..selalu beli yg kat Pasar Tani Putrajaya jer sbb plg dekat ngan rumah/..hihi
ReplyDeleteYg ni sebab dekat dengan rumah Ana tu yg setiap minggu mesti beli. 😊
Deletetengok gambar pun dah nampak sedap.. kalau dapat rasa lagi la sedappp.. hehe..
ReplyDeleteKalau ke selayang nanti bagilah tau. Boleh ana belanja ayam golek ni 😘
Deletesedapnyaaaaa..selalu makan ayam golek time bulan puasa j..hihi
ReplyDeleteKalau bulan puasa memang beratur panjang dekat sini dear. Kena beli awal kalau tak nk beratur.hehe 😘
DeleteAla, kak Ana...Sedapnya ayam golek.. Terliur dibuatnya.. Kalu hubby saya balik ke sini atau saya balik ke Perak, menu ayam nie dah jadi hidangan wajib masa bulan puasa sebab hubby suka makan, tak makan nasi pun takpe asalnya menu nie ada dalam sajian buka puasa.
ReplyDeleteBetul tu. Kalau dah tak tahu nak masak apa waktu buka, beli ayam ni je dah cukup. Boleh simpan buat sahur lagi 😘
DeleteKalau berkualiti...naik harga pun pelanggan tetap setia..tak apa harga naik sikit asal kita makan gembira..puas hati kan Sis...tengok rempah perapannya tu pun nampak mewah..yang best bila rempahnya cukup dan cukup perap..rasa rempah tu sebati sampai ke isi daging..
ReplyDeleteBetul tu. Janji kualiti maintain kan. Kalau harga naik kualiti makin jatuh memang lah org lari tak nak singgah dah. 😅
DeleteTerliurr weh walaupun just tgk gmbr jerr..
ReplyDeleteMaafkan hamba reen. Nanti g cari dekat area rumah ye 😘😘
DeleteMak oii..mengancam!
ReplyDeleteTerancam di buatnya ye Mas 😘😘
Deletesedapnya ayam golek ni...terus berbunyi perut saya..hehe
ReplyDeleteHehe. Kena cari lah kak nampaknya lepas ni 😘
DeleteTengok gambar ni pun sangat menyelerakan. Kekuatan ayam golek ni pada Nany bila kena dengan bumbu yang digunakan. Cukup rasa kena dengan tekak kita lah. Untung besar kan kalau berniaga sedap2 macam ni bulan puasa. Semua pun sanggup beratur nak beli ayam golek yang terangkat ni.
ReplyDeleteBila bumbu dan bahan perapan semua cukup memang sedap bila makan dengan nasi panas2. Takde lauk lain pun takpe 😘
DeleteHuwaaaaa....sedapnya....kenapa sedap sgt akak tgok ayam ni...
ReplyDeleteMemang sedap kak. Semua cukup rasa. Setiap minggu ana beli kak. 😍
Deletehujan2 ni..tgk ayam golek mmg buat akk rasa hati bergolek2 nk makan..hehe
ReplyDeleteHaha. Tergolek2 sy gelak baca komen akak ni. Kat WM ada tak ayam golek mcm ni?
DeleteAyam golekk.. Aduhaii, favourite husniey tu 😍😍
ReplyDeleteSedapnyaa! Kuah dia tu kena pulak pedas manis, ayam berempahnya memang sedap..
Kat KT ni takde jual, musim puasa nanti jelah kalau ada pun 😂
Husniey pernah try kat Dungun. Banyak kat sana jual ayam golek tepi jalan jalan utama, dah macam makanan popular tempatan. Sedap pun sedapp.. 😂
Craving dah tengok ayam golek Ana post ni 🙈
Ana pun memang makan dengan sos cili dia je. Kalau sos black pepper dia rasa mcm tak kena je dgn tekak ni.
DeleteLama lagi nak tunggu bulan puasa tu Husniey. Kena cari ayam panggang dekat fast-food lah nampaknya mcm ayamas ke kan. Nanti kempunan bersalah pula ana. Hehe 😘
al rite, bulan puasa pun dah dekat.
ReplyDeletethanks kongsi ni
Boleh lah cari nanti 👍
DeleteAllahuuu.. ini penderaan mata, hati, perut dan lidah nih... ayam <3
ReplyDeleteHye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html
Kesiannya Amer sampai rasa terdera. Hehe.
DeleteBereh nanti kak ana dtg singgah blog Amerzing tu 👍
Terliurrr tengom ayam golek tu 😍 Nasib baik x tengok time siang tadi 😏
ReplyDeleteNasib baik kan. Kalau tak, penderaan mental betul. Haha 😘
DeleteBukan ja dera mental, tapi dera perut juga 😂
DeleteAlaaaaa kenapa akak tak tulis entry ni masa saya praktikal dekat selayang tahun lepas? kalau tidak boleh la singgah hahaa
ReplyDeleteKalau akk tulis pun bkn awak baca pun sebab kita "unfriend" lagi lah syed. Hehe. 😊
Deletekita selalu beli ayam golek kat bazaar ramadhan
ReplyDeletehihi puasa nk dekat dah, tk sabar nk makan ayam golek!
Asal bulan Puasa je, ayam golek antara makanan yg paling laku. Mana2 jual pun mesti habis kan Mazni. 😍
DeleteAdoi mau menangis baca entry ni pagi buta...
ReplyDeleteAlololo.. Kak ana sarankan blog kak ana ni Mai baca lepas makan supaya tak lah rasa terdera. Hehe. Just joking dear 😍😍😍
DeleteFav en somi ne. Bab bumbu banyak tu memang jelas menampakan kelazatan ayam golek ne. No wonder la ramai yg sanggup beratur panjang. ;)
ReplyDeleteFav ana sekeluarga juga ni Miza. Setiap minggu mesti beli sekali. Sedap sebab banyak bumbu tu 😘
Deletesedapnya ayam golek tu, selalu kami beli yang ayam golek masywi je
ReplyDeleteSedap juga masywi punya kan kak. Pernah beli sekali je masa bulan ramadhan tahun lepas 😊
Deletemkn dgn family best ni =D
ReplyDeleteRatah ramai2 memang sedap. Kalau makan bertiga je at the end masing2 tolak sesama sendiri sebab kekenyangan. Hehe 😅
Deleteterliurrrrr!
ReplyDeleteKena cari lah mcm ni dear 😘
DeleteNmpak menarik...kna cuba nih kak ana
ReplyDeleteinsyaAllah sedap Lokman. Cubalah rasa kalau ada berdekatan.
DeleteNampak sedap dan sangat menyelerakan no wonderlah beratur panjang bila bulan puasa ya
ReplyDeletekadang2 org dah takde idea nak makan apa untuk buka. so jalan selamat beli ayam golek lah. ayam golek ni dah lah cukup perapan lagi lah org berpusu2 nak beli 😍
DeleteAyam golek nie sedap sebab bahan perapan dia kan Ana.. pastu sos cicah dia.. kalau sedap, beratur pun sanggup..
ReplyDeleteaah. cukup semua bahan perapan dan bumbu confirm sedap. makan dengan nasi kosong pun dah puas hati.😘
DeleteSedapnya Ana.... Cakap pasal ayam golek ni, hakak pun dah jatuh cinta kat satu ayam golek kat Rawang. Aduh asyik teringat ingat sampai la ni Ana weyh....Betul sangat ayam golek ni kesedapannya mmg terletak pada perapan dia. Daging yg juicy dan tak terlalu kering
ReplyDeletekan kak. kalau bumbu atau perapan tak cukup dan ayam terlalu kering, jadi muak nak habiskan. tersekat2 dekat tekak rasanya. hehe.😘
DeleteHuwaaa sedapnye.. tak sabar nk tggu bulan puasa.. ramai yg jual ayam golek...
ReplyDeletebulan puasa memang famous ayam golek ni. cuma sedap atau tak je kan Lea.
DeleteKalau saya kan....sekor ni makan sorang jer hihihi...mcm ade sake je kan
ReplyDeletetaklah macam ada saka tp kira hebat lah. sis makan half je pun dah ak larat. hehe
Deletedapnyeeeeeeeee >< ite yang menengok ayam golek ni lak rasa nak golek2 XD dapat sekor ni memang tak share ngan orang lain dah XD
ReplyDeleteboleh ke habiskan seekor tu. kak ana half je dah surrender. hehe
Deletesedap
ReplyDeletenyum nyum.
DeleteNyum nyummmm dapnyaaaa.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan