Waktu Yang Sepatutnya Seorang Hamba Itu Bersabar

Assalamualaikum.



Dari Anas r.a., katanya:

Nabi s.a.w berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas satu kubur.

Banginda bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!"

Wanita itu berkata:
"Ah, jauhkan dirimu daripadaku, kerana kamu tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan kamu tidak mengetahui apakah musibah tersebut."

Diberitahu kepada wanita tersebut:
"Yang berbicara tadi adalah Nabi s.a.w."

Kemudian wanita tersebut mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. dan tidak didapatinya pengawal di pintu tersebut (sebagaimana pemimpin-pemimpin negara yang lain). 

Wanita itu lalu berkata:
"Saya memang tidak mengenali Tuan tadi (memohon kemaafan)." 

Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: 
"Sesungguhnya yang dikatakan sabar itu ialah di saat mendadaknya mushibah yang pertama."

Muttafaq 'alaih
Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim

Di dalam riwayat Imam Muslim menyebut: "Wanita itu menangisi anak kecilnya (meninggal dunia)."

♦Dipetik dari Kitab Riadhussolihin
♦Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria ahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi)
♦Cetakan Dar At-Taqwa Lit-Turath (Mesir)

(Hadis ke 32)
Waktu Yang Sepatutnya Seorang Hamba Itu Bersabar Reviewed by Ana Suhana on March 28, 2017 Rating: 5

46 comments:

  1. Allahuakhbar.. sabar memang mudah disebut, tapi saya sangat lemah takut tak mampu hadapi saat ditimpa musibah terutama kematian org tersayang 😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu LZ. Ana pun tak dpt bygkan macam mana bila satu hari terjadi nanti. Semoga kita semua di panjang kan umur dalam kebaikan. InsyaAllah ❤

      Delete
  2. Sabar itu pahit, tapi manis buahnya. Memang berat kalau harus berpisah dgn orang tersayang. Tapi hanya kesabaran lah yang menjadi kekuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasmi sudah melaluinya ye. Pasti berat kan waktu menghadapi saat2 itu. Semoga kita menjadi org2 yg sabar. InsyaAllah ❤

      Delete
  3. Moga Allah sentiasa hidupkan rasa sabar pada diri PC dan kita semua..kadang tidak tertanggung tapi kuasa Allah..DIA uji kita...DIA juga boleh tenangkan hati kita dalam waktu yang sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan ye. Sama-samalah kita didik diri kita dengan sifat sabar. memang susah tapi tak mustahil. ❤

      Delete
  4. Nice sharing dear..
    Mrs pip pun perlu belajar utk lebih bersabar,
    Kdg2 tersasar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia tu memang fitrah dia selalu tersasar. kena selalu diingati dan sama-samalah kita saling mengingati ❤

      Delete
  5. susah nak jadi orang yang penyabar ni sis huhu
    kadang-kadang tak dapat control jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kadang2 berjaya control kadang2 kecundang juga. 😅

      Delete
  6. Nak jadi orang yang penyabar memerlukan kekuatan mental yang kuat.. Dan alang-alang akak citer pasal sabar, saya harap akak sabar yea kerana hadiah akak tue masih di dalam perjalanan.. hihi maaf kerana lambat hantar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takpe lah Shikin. Takde masalah pun. Bila2 pun boleh. Kalau kes mcm ni tak hilang pun sabar. Hehe 😍

      Delete
  7. Sabar tak semudah mengungkapkan padaa kata - kata T_T

    moga kita tergolong orang orang yang bersabar dan dikasihi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar tu amat berat nak di amalkan. Tp ana ada kawan yg sgt cool. Tak pernah nampak dia marah. Kagum sangat dengan dia. Maybe sebab lulusan sek agama. 😘

      Delete
  8. Susah nak jadi orang yang sabar nie sebenarnya.. harap kita semua sentiasa belajar bersabar dengan ujian Allah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak sue. Mudah-mudahan kita boleh latih diri kita jadi orang yang penyabar. InsyaAllah 😍

      Delete
  9. thanks reminder ni, sabar tu ada manisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis pada yang sabar dan ikhlas. Sukar tp ganjarannya besar 😘

      Delete
  10. Sama-sama kita didik diri menjadi insan yang bersabar kan. moga semua ada hikmahnya. amin!

    ReplyDelete
  11. Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

    ****************************************
    Sila semak senarai pemenang. >>>>>
    Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
    ****************************************

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Semoga kita diberikan kekuatan untuk bersabar dalam apa jua keadaan, :)

    ReplyDelete
  13. Semoga kita sentiasa bersabar di atas segala ujian yang menimpa kita :')

    ReplyDelete
  14. Semoga kita semua berjaya mendidik hati menjadi lembut dan sabar...

    ReplyDelete
  15. untuk menjadi seorang penyabar ni memang menguji kesabaran kita jugak..semoga kita diberikan kekuatan untuk menjadi seorang penyabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kita bila suruh org bersabar mmg senang. Bila kena dekat kita, bukan main susah nak bersabar. =D

      Delete
  16. Moga Allah memberi kita kekuatan. Sabar tu sangat mudah disebut tapi nak menempuhinya begitu perit. Semoga kita semua tabah menghadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan awak dear. Bila kena dekat kita, pedihnya lah didik jiwa untuk bersabar. tersasar selalu ;P

      Delete
  17. Kdang tu kita mampu menyabarkan orang lain tapi diri sendiri pun kecundang bila disuruh bersabar. Huhu selalu jugak macam tu, terus sedar diri balik tak guna nak negatif sangat. Sabar tu kan indah, cepat atau lambat akan ada ganjaran-Nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah tersasar baru rasa menyesal. Padahal tinggi ganjaran kalau kita bersabar tu. :D

      Delete
  18. Sabar itu indah. Walaupun pada mulanya pahit, yakinlah di penghujungnya pasti ada kemanisan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah mudah-mudahan kita merasai kemanisan sabar tu Ana 😘😘

      Delete
  19. Sabar tu senang nk ckp, pahit nk telan tp manis hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betut tu mek. kemanisannya hanya akan di rasai setelah kita melalui kepahitannya terlebih dahulu.😘😘

      Delete
  20. Semoga kita akan sentiasa sabar dalam apa jua keadaa.. Bukan senang menanam sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sha nak tahan sabar. Org yg betul2 kuat je akan berjaya 😊

      Delete
  21. InshaAllah dgn sabar itu pasti ada manisnyaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita di beri kejuatan utk bersabar. InsyaAllah 😘

      Delete
  22. sabar itu indahhh. semoga kita dapat merasa manisnya sabar.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar itu indah tapi sukar utk di lakukan. Semoga kita mampu bersabar dan pupuk hati utk terus bersabar.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.