Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
Lepas puas bergambar di buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, sis terus ke Masjid Terapung atau lebih di kenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. Bajet nak solat dhuha lah sebentar dekat sana sekali tak boleh nak masuk sebab tengah ada kursus haji. Orang punya ramai sampai berdiri di luar pintu. Padat sepadatnya.
Alang-alang dah sampai, sis jalan-jalan dekat luar tu kejap. Kebetulan ada bakul jual makanan ikan, so sis beli lah 2 paket untuk Syafi bagi ikan makan. Sambil-sambil tu tumpang telinga dengar kursus tu sekali. Layan juga dengar ceramah tu sebab speaker guna bahasa Ganu. Molek je dengar. hehe.
Untuk pengetahuan semua, Masjid Tengku Tengah Zaharah ini dinamakan bersempena dengan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Terapung kerana ianya dibina di atas air di muara Sungai Ibai. Sekaligus menjadikan ia masjid terapung terulung di Malaysia.
Masjid ini di bina berkonsepkan ciri-ciri tamadun Islam dan senibina tempatan dan terdapat menara setinggi 30 meter, sebuah kubah dan lima wakaf yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang pada satu-satu masa. Tidak kurang hebat juga kan.
Sumber : Wikipedia
Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
Reviewed by Ana Suhana
on
March 29, 2017
Rating:
Faham ke tidak sis dengar ceramah bahasa ganu tu? hehehe. Syafi patutnya naik kuda tu pusing2 baru syiok :D
ReplyDeleteFaham sungguh lah Ira. Kalau dia guna bahasa ulu baru lah kak ana tercengang2.hehe.
DeleteBudak kecik ni semua pun dia tak berani. Buatnya dia melalak kuat2 nanti bikin malu saja. hehe 😅😅
salam bw... jengah2 pagi... bestnya dapat g jalan-jalan... liez lama tak jln2...
ReplyDeletejalan pun sebab nak attend wedding sedara mara. kalau tak, duduk rumah saja Liez 😅
DeleteSiqah pernah sekali pergi sini. Lama sangat dah rasa tak berjalan ke Terengganu. Cantik masjidnya. Putih bersih :)
ReplyDeleteMasjid ni dekat sangat dengan rumah makcik suami. Kalau dulu balik raya mesti solat sunat aidilfitri di masjid ni 😘😘
Deletebilalah dapat ke sana..
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
InsyaAllah sampai rezeki awak ke sini nanti 😘😘
DeleteBestnyaaa ana .. selalu jalan2 .. tak pernah lagi nak sampai sini hiii
ReplyDeletekali ni blk sebab attend wedding sedara mara wani. lagi pun dah lama tak ziarah tok dekat kg ni.
DeleteinsyaAllah sampai rezeki wani ke sini nanti 😘😘😘
Cantiknya Ana Masjid Terapung nie.. kalau ada rezeki nanti Kak Sue teringin nak ke sana
ReplyDeletemasjid dia tak besar mana pun kak kalau nak banding dengan masjid yang lain dekat sini. cuma yang menariknya masjid ni di bina di atas muara sungai Ibai. tu yang nampakkan dia cantik dan unik.
DeleteInsyaAllah kak, sampai nanti rezeki akak ke sini 😘😘
Suka tengok semua gambar yang Kak Ana ambil...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih PC 😘😘
DeleteBestnya kak ana. Kinah tak sampai lagi ke Ganu ni. Next plan in sya Allah
ReplyDeleteInsyaAllah sampai rezeki awak ke sana nanti. banyak tempat menarik boleh pergi di Terengganu ni 😘😘
DeleteHari tu g ganu tak smpat pusing smua tmpt. Kena repeat g lagi ni.huhu
ReplyDeleteKena duduk sini 3-4 hari baru boleh explore semua tempat menarik di sini. Tak termasuk pulau2 lah Reen. Next time kalau ke sini lagi boleh lah pusing satu negeri terus 😊
DeleteMek penah singgah sini ;) Dalam air tu ade ikan todak ;) Dulu sebelum taman tamadun islam tu ade, kat sini lerr tmpat singgah sembahyang :)
ReplyDeleteTime ana singgah hari tu ada ikan kecik2 je mek. lepas tu kolam dia tak berapa terjaga. sampah sarap banyak dalam tu. geram je tengok 😊😊
Deletetanjat sy mkanan ikan tu ingt RM100, tak nmpk titik hahah Rm1 je
ReplyDeleteRm100 tu nak bagi makan ikan duyung boleh la awak. hehe. 😘😘
DeleteCantik masjid tu.. Teringin nak pegi tapi akan datang la kot.. hehe
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai rezeki awak ke sini juga 😘😘
DeleteHusniey tak pernah singgah ke Equestrian Park tu.. Ana kena bayar tak nak masuk ke situ?
ReplyDeleteNak jugak tengok kuda dan kawasan situ😂
Tapi sini hari minggu Jumaat Sabtu jeng jalan. Malas jadinya nak keluar, hehe
Yg ana pergi ni takde bayaran apa2 pun. Boleh terus tgk kuda2 dekat sana. Pergi waktu pagi lah Husniey. Takde org pun masa ana pergi tu.😘
DeleteSis cantik sangat gambar sis tangkap...pakai kamera apa sis?
ReplyDeleteHandphone je dear. Oppo dan Samsung 😘
Deletecantik masjid ni.. saya blm sampai lagi ganu.. huhu
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai juga rezeki awak ke sini 😘😘
Deletesekali tengok macam RM100 je makanan ikan tu, mewah la ikan kat situ, siap beli 2 peket lagi, sambil fikir-fikir baru nampak titik tu, :)
ReplyDeleteMahal sgt kalau rm100 tu. Lain lah kalau dpt bagu ikan duyung makan. Baru berbaloi. Hehe 😊
DeleteRasanya dah pernah singgah masjid ni, tapi lama dulu. Kalau tak silaplaa. Banyaknyaa ikan~ :)
ReplyDeleteBetul lah tu rasanya. Masjid ni dekat tepi muara Sungai Ibai je. Dari jalan utama dah boleh nampak. 😘😘
DeleteRindu nak pergi sini. First time pergi masa zaman budak budak memang teruja kononnya masjid memang betul2 terapung hakhak
ReplyDeleteHaha. Padahal di bina atas air je kan. 😘😘
Deletecantik betul masjid dan pemandangannya
ReplyDeleteMasjid-masjid di Terengganu kebanyakkannya cantik2 belaka sis 😘😘
DeleteSinggah sini... dah lama tak ke sana.
ReplyDeleteBoleh lah lepas ni datang ke sini lagi ye sis 😘😘
DeleteRindunya datang sini.. view dia tu lawa
ReplyDeleteLepas ni boleh lah plan trip ke pantai timur pula Unni. Pergi jalan2 dan makan2 😍😍
DeleteSuka sangat part bagi makan ikan kat masjid tuh.. Banyak sungguh ikannya..
ReplyDeleteKan. Syafi pun suka sgt. Bukan main excited dia Sha 😊👌
Deletecantiknya masjid tu..belum pernah pergi lagi.
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai rezeki anum ke sini 😘😘
DeleteBestnya jalan2 kak! masjid tu memang cantik :')
ReplyDeleteKenapa tak bagi je syafi tu naik kuda? hahaha ke tak boleh naik?
Syafi penakut. Tgk dekat2 pun dah menjerit apa lagi kalau naik kan. 😅
Deletequality time with family =D
ReplyDeleteAlhamdulillah. Balik kampung je tu Ju ada wedding saudara di sana 😊😊
Deletebestnya. terenggganu ni salah satu negeri yang sha takpernah pergi tapi teringin nak pergi huhu
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai juga sha ke sini. Ronda satu negeri tau. Pulau2 jgn lupa sekali 😍
Deletecntik masjidnyaaa. suka busyra tngokkk
ReplyDeleteCantik juga Busyra. Banyak masjid yang cantik dekat Terengganu ni 😍
DeleteMasjid terapung sejuk mata memandang :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah 😘😘
Deleteganu sy lom sampai lg. tp ganu jd pilihn my mom & geng buat lawatan guru2 😄
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki nanti jalan2 lah ke Terengganu 😍
DeleteinsyaAllah, ameeen 😄
DeleteBestnya dpt jln2 ke t'ganu....
ReplyDeleteKampung MIL dekat Terengganu cikLa. Nak tak nak kena lah balik juga 😅
Deleteuyul da lama tak ke terengganu. rindunyaaa.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Boleh lah lepas ni bercuti di Terengganu. Banyak tempat boleh pergi. Nasi dagang dan kepok lekor jgn lupa juga 😍
Delete