Assalamualaikum.
Sempena birthday Syafi ke-3 tahun bulan lepas, sis sekeluarga ke Swiss Garden Beach Resort Kuantan untuk bercuti lagi katanya. Idea sebenarnya nak bagi Syafi lepaskan keinginan yang membuak-buak untuk berendam dalam kolam.
Memandangkan masa sis sampai di hotel dalam pukul 2 untuk check in masih belum ada lagi bilik yang kosong, jadi sis ke Warung Aziz Satar yang terletak di Kemaman, Terengganu untuk mengisi perut yang dah berbunyi nyaring. Jarak dari Swiss Garden Beach Resort Kuantan ke Kemaman dalam 30 minit perjalanan.
Warung Aziz Satar ni terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga orang luar. Selain dari satar, paih dan keropok lekor, di sini juga ada menyediakan makanan berlauk. Dan sis of course cari kepok lekor dan satar. Sangat sedap ok. Memang kena dengan selera sis. Yang paling sis suka pasal Warung Aziz Satar ni ialah kepok lekor dia semua lembut, fresh dan yang paling penting isi ikan banyak dan takde tulang. Korang wajib cuba kepok lekor rebus dia tau. Sis jadi suka makan kepok lekor rebus ni sejak kahwin dengan orang berdarah Terengganu ni. Kepok lekor bergoreng dah tak pandang dah. Sampai Syafi pun terjebak sekali. Hehe.
|
Otak-otak, satar dan pais. |
|
Rupa paih ketam dan sotong. Suami sis suka tapi sis tak berapa nak gemar. |
|
Kepok lekor rebus ni sampai 2 kali tambah gara-gara budak kecik ni. |
Dekat Kemaman ni ada satu pantai yang menjadi tarikan iaitu Teluk Mok Nik atau panggilan glamour nya Monica Bay. Kali terakhir sis ke sini pada bulan November lepas sewaktu
menginap di Residence Inn. Entri di SINI.
Lepas dah isi sis terus ke hotel dalam pukul 3.30 macam tu. Alhamdulillah takde orang pun beratur nak check in dan bilik pun dah ready. Jadi proses di kaunter sangat cepat.
|
Kaunter check in di hujung tu. |
|
View di kawasan lobi hotel. |
|
View hadapan hotel dari tempat parkir. |
|
Kawasan parkir pun luas. |
|
View pool dari kawasan lobi. |
|
Tempat breakfast dan dinner. Cafe pun ada juga tapi di tingkat atas sama level dengan kaunter check in. |
|
Game room. |
Sis booked deluxe king room tanpa breakfast dan harga bilik +-Rm230. Bilik agak luas dan kemas. Basic facilities macam iron dan iron board, mini bar dan safety box semua ada. Cuma view bilik tak best sebab menghadap kawasan tanah kosong yang berhutan.
|
Katil tu muat untuk kami ber-4 tau. hehe |
|
Hamboi.. selesa nampak. |
|
Balkoni untuk lepak-lepak. tapi banyak serangga dekat sini. Sliding door kena sentiasa tutup. |
|
Mini bar dan coffee maker. |
|
Iron, iron board dan safety box. |
|
Bath tub pun ada dalam bilik ni. |
|
bilik air bersih dan besar |
Lepas solat terus turun ke bawah untuk aktiviti berendam sampai lah lewat petang. Kolam dekat sini ada dua. Satu untuk kanak-kanak dengan kedalaman 2 kaki manakala kolam dewasa dengan kedalaman 5 kaki (standard international). Sis agak frust tak dapat nak berenang sebab masuk-masuk je kolam dewasa tu terus tenggelam. Huhu. Awak ni baru lah nak berjinak-jinak dengan dunia renang. Kalau 4 kaki tu memang ok sangat lah nak belajar berenang tapi ni 5 kaki dik non. Mau ada yang lemas nanti. Last-last berendam dengan Syafi dekat kolam kanak-kanak je. Huhu.
Malam tu tak ke mana-mana pun sebab masing-masing dah kepenatan. Konon nak turun bawah main game dekat bilik game bawah tu, sekali semua terdampar atas katil je. Makan pun order guna in room service. Sis order mee goreng dan nasi goreng kerabu. Mee mamak tu agak mengecewakan sebab pahit (maybe terlebih goreng sampai hangus). Nasi goreng kerabu tu not bad lah. Boleh lah masuk ke tekak ni juga.
Esok pagi-pagi lepas Subuh ingat nak tengok matahari naik dekat tepi laut belakang hotel ni je. Sekali takde rezeki sebab awan tebal sangat. Jadinya lepak-lepak je tepi laut tu amik angin pagi.
|
Jalan menuju ke pantai. |
|
Buat pertama kalinya Syafi tak geli pijak pasir. Tu pun sebab pasir ni keras. |
|
Excited kutip cengkerang. |
|
Morning exercise katanya. |
|
Tahniah Syafi. hehe |
Sis tak amik breakfast sebab ada banyak gerai-gerai penduduk kampung di kawasan berdekatan. Jadi takde masalah kalau nak cari sarapan. Harga pun murah sangat-sangat. Tapau bawa balik bilik je. Selesa sikit.
|
Roti canai telur. Lembut sangat. Tak lebih RM2 rasanya. |
|
Nasi lemak katanya tapi nasi tu nasi putih je. |
|
Laksam ni pun sedap dan terasa isi ikan dalam kuah tu. |
Lepas sarapan dan rehat kejap terus sis check out sebab nak ke Kemaman sekali lagi untuk beli satar dan kepok untuk kekuarga. Kalau beli semalam confirm-cinfirm basi. So beli pagi tu panas-panas terus menuju ke KL. Sementara nak sampai KL tu banyak juga kepok rebus habis kena telan dalam kereta tu. Sedap. Cubalah nanti ye.
Lamanya Siqah tak pergi Kuantan! Best tengok Ana berjalan dengan family. Luangkan masa bersama 😘
ReplyDeleteIn room dining hotel ni sedap tak Ana? 😊
In room dia biasa je Siqah. Better makan di luar. Mee jadi pahit sebab hangus sikit 😅
Deleteseronoknya pergi bercuti.. selamat bercuti ya
ReplyDeleteNi cerita bulan lepas dear. Tp esok br nk bk kg. So kira bercuti juga lah tu ye 😊
Deletebest bercuti...holiday....
ReplyDeleteAsal nama holiday mesti best sis. Kalau ada yg sponsor jadi lagi berganda best dia. Hehe 😘
Deletebesbtnya kak ana... part melompat tu yang jeles sgt2...huhuhuhu
ReplyDeleteUnni pergi Bohey Dulang lagi best. Kak ana nak sgt pergi sana tau 😍😍
Deletecantiknya tempat tu dan lagi satu makanan dia pon enak banget..
ReplyDeleteNanti try lah kepok lekor rebus Anum. Sedap sgt. Makan time panas2. Nikmatnya 😋😋😋
DeleteBoleh cuba ni keropok lekor rebus..PC tak pernah cuba lagi..kalau yang goreng tu biasalah..hihihihi..insyaAllah nak ke Kuantan juga ni nak ziarah anak buah baru..hihihi..
ReplyDeleteKuantan - kemaman dalam 40 minit ikut jalan nak ke highway tu. Boleh lah singgah warung aziz satar ni PC. Try kepok rebus dia. Sedapnya 😋😋
DeleteBestnyaaaa jalan jalan view pun cantik jugakkk... ....gembira nampak budak tecik tu sorang hiii
ReplyDeleteBudak kecik tu jgn cakap. Asal masuk hotel dah cukup bahagia dah dia tu 😅
DeleteComel je sis tak sampai kaki kolam tu. Mai pun tak reti berenang,hahaha. Malu ngan anak buah dua2 terer.
ReplyDeleteMai suka otak-otak, kat kulim ni tak jumpa pula, dulu masa kat negeri sembilan wajib ada kat mana-mana restoran.
Cantik gambar yang ambik kat pantai tu..
Betul Mai. Kak ana masuk je kolam tu terus tenggelam. Selamat ada tangga boleh turun slow2. Lepas tu cepat2 naik semula. Yg mandi semuanya foreigners. Dorang bapak tinggi. Kak ana ni pohon yg renek ye. Hehe
DeleteKena cuba otak2 Pantai Timur mai. Lain dr yg ada dekat sini. Kepok lekor rebus tu pun wajib cuba 😘😘
Wahhh my hometown tuu KEMAMAN - Heehee malam ni baru nak gerak balik Kemaman..
ReplyDeleteHusniey orang kemaman, suami je orang Kuala Terengganu =D
Cantik juga bilik deluxe di Swiss Garden ni, nampak mewah
Ana ni baru gerak ke KT. Esok turun kemaman dan ahad ke kuantan. Kalau tak boleh jumpa kan 😘😘
Deletebila dapat pergi sini hahaha. cantik tempat dia :*
ReplyDeleteSoon elsa. InsyaAllah. 😘😘
DeleteBestnya! bilik luas dan katil pn besar..cantek plak tuh..tapi yg paling menarik sekali laksam..haha tetiba kan..erliur tgk..
ReplyDeleteNot bad lah bilik dia arep. Selesa yang penting. 😊
DeleteLaksam tu memang terbaik. Cukup semha sifat. Susah nak jumpa dekat KL laksam mcm ni.😋😋
LZ x pernah pergi Kuantan.. Negeri Pahang paling jauh sampai Temerloh.. Kesian, next trip mgkn plan pergi Kuantan.
ReplyDeleteSeronok tgk Ana bercuti 😍😘
InsyaAllah LZ. Nanti sampai lah juga ke Kuantan ni. Time tu jgn lupa cuba Kulacakes, Restoran sara thai dan ikan bakar tau 😘😘
DeleteMak baru kirim keropok lekor, dia balik dari kuantan last week. hehe.. sy tak minat yg rebus kak.. Tak tau knape kena goreng jgk bru selera makan.. hehe
ReplyDeleteKak ana mula2 dgr pasal kepok rebus ni tak boleh nak hadam. Tapi bila dah rasa, sebungkus tak cukup utk kak ana seorang 😅😊
Deleteotak-otak fav akk nii...lama tak ke Swiss Garden Kuantan..uhh rindu nak gi holiday kat tepi laut walau tak mandi laut pun..hehe
ReplyDeleteOtak2 sini mmg terbaik kak. Nyum nyum. 😋
DeleteSamalah. Bukan nak mandi laut pun. Dapat duduk santai tu pun dah cukup happy dah kak 😘😘
Otak2 tu sedapnya.. cantik jugak swiss garden ni. Tahun lepas fmly day tmpt kerja CR nak wat kat sini.tp xjadi.ruginyaaa la sbb cantik kt sini.
ReplyDeleteCantik pemandangan dekat pool dia CR. Next time try lah buat family day dekat sini pula. 😘😘
DeleteYa Allah kak, saya actually tengah lapar pepagi buta ni kak. tetiba nampak satar dengan otak2 tu kak. lepastu ada paih ikan pula huwaaaaaaaa sedapnya!!
ReplyDeleteMmg silap besar lah kalau tgh malam tgk gambar makanan ni. Hehe. Kena masuk dapur tgk apae yg ada lah nampaknya ye 😊😊
Delete3 thn lps abam kie pi Teluk Cempedak. Mungkin akhir thn ni nak gi ke swiss garden la pulak. teruja bila tgok foto2 kat situ.
ReplyDeleteBlog puan ana sudah diletakkan di dlm blog list AK. Jika sudi, masukkan blog AK ke blog list puan ana, ye? TQ
www.zukidin.com
Boleh lah ke sini pula tahun ni. Ada pool dan pantai. Budak2 mesti suka.
DeleteSy dh masukkan blog abam kie dalam bloglist fav sy sebelum ni. Cuma semalam senarai bloglist semua hlg. Tu yg kena buat semula. Terima kasih sudi berkunjung ke sini. 😀
sedapnya, swiss garden saya pernah gi yang kat lumut
ReplyDeleteLumut sy tak pernah pergi lagi. Bila tgk blogger kak sue ke Lumut jadi macam teringin pula nak ke sana. 😊
Deletesalam ziarah
ReplyDeletedah lama tak makan satar nihhhh... terliur plakkkkkkkkk... adoiii kene cari ni..heheh
Terima kasih sudi singgah ke sini. 😘
DeleteAlamak kena cari juga lah macam ni. Kalau tak nanti terbayang2 susah pula sis 😍
bestnya jalan2. cantik pantai
ReplyDeleteBest juga kecik. Asal berjalan mesti best. Tp part kos tu tak brp nak best. Sekali sekala boleh lah 😘
DeletePart kutip cengkerang tu bolehlah geng dengan Imani.. isnggah pantai je, itulah kerjaan dia.. hehehe.. Sha tak perasan lah pula warung nie.. nanti kalau repeat ke Terengganu boleh masuk dalam list wajib singgah.. Hehehehe
ReplyDeleteBudak2 memang suka kutip cengkerang kan Sha. Unik agaknya pada pandangan mata dorang. 😍
DeleteNanti singgah lah ye kalau ke sini lagi 😘😘
Kak Sue pernah plan nak kesini tapi masa tu musim hujan kan..tukar plan, lain kali ingat nak kesini juga lah..
ReplyDeleteNext time plan semula ke sini kak. Bagi anak2 berendam dalam pool dan main pasir tepi pantai 😘😘
Deletebestnya hotel dekat dengan pantai. bersih pulak pantai tu tgknya.
ReplyDeleteBersih sebab pihak hotel jaga rasanya. Kalau dekat public area confirm2 banyak sampah tu. 😊
Deleteaduhhh bila la nak sampai kuantan... Liez tak pernah jejak lagi...best dapat makan otak-otak ngan ketam tu... terliur dah ....
ReplyDeleteNanti kalau ada rezeki ke Kuantan boleh lah singgah sini ye. Rasa otak2 dan sata ori Terengganu 😘
DeleteLama dah tak makan satar dengan laksam hahaha nama je duk ganu.
ReplyDeletePandai je Syafi ikut terbang sis nak terbang kemana tu ? 😍
Org ganu muak dah makan semua tu. Org luar je yg lebih2 makan. Hehe. Tp kak ana mmg peminat tegar laksam dan sata. Tp nak yg ori ganu punya lah. 😅
DeleteTerbang ke dalam hati Ira lah. Mana lagi. Cia cia cia 😁
Seronoklaa si Syafi tu mandi kolam. Eh, akak pun tak kurang jugak seronok nampak tuu. Hihi
ReplyDeleteTerpaksa layan juga. Buka berani dia nak mandi sorang2 tu Ana. 😅
Deletesy lom sampai kuantan lagi
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai juga rezeki awak ke sini. 😘😘
Deleteameeen 😄
Deleteseronok betul la baca entri kak ana pasal travel nih. hehehe
ReplyDeleteMoga bermanfaat buat semua harapnya.
Delete