Betul ke promosi di Matta Fair murah??

Assalamualaikum.


Seperti sedia maklum, esok akan bermulanya Matta Fair yang pertama untuk tahun 2017 bertempat di PWTC selama 3 hari. Bagi yang tak sempat nak join Matta Fair esok jangan risau sebab ada lagi sekali pada bulan September biasanya. 



Berbalik pada tajuk di atas,  betul ke promosi di Matta Fair murah? Jawapannya ialah tak semua murah!! Korang kena pandai survey harga. Jangan terus terpedaya dengan promosi-promosi yang di tawarkan. Seriously!! Tapi ada juga yang berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Ni 3 contoh sis bagi based on last year experience.


1) GRAND LEXIS

Sis beli voucher untuk  Grand Lexis yang sis pergi bulan lepas pada harga Rm700 untuk bilik jenis Grand Pool Villa dan voucher tu valid untuk 6 bulan. Harga tu fix even kalau kita pergi pada cuti sekolah KECUALI hari yang kita pergi tu jatuh pada hari CUTI UMUM dalam minggu CUTI SEKOLAH. Ada surcharge di kenakan sebanyak RM100 semalam. Tapi based on calculation masih murah lagi compare dengan harga kita beli di agoda atau website resort. 

Ni harga dari Agoda. 


Harga hari biasa. Jimat Rm38 jer. 

Harga hujung minggu. Jimat Rm123.

Harga cuti sekolah. Jimat Rm209.

Ni harga dari website resort. Lagi mahal dari Agoda ok. 

Harga bilik hari biasa.

Harga bilik hujung minggu.
Harga bilik waktu cuti sekolah.

Jadi harga yang sis beli di Matta Fair tu boleh di katakan murah lah kan. Tapi sebenarnya ada lagi bilik yang murah dari harga di atas di mana kita book direct dengan private owner. Kalau bukan cuti sekolah boleh dapat bawah Rm500 tak silap. Tapi kalau cuti sekolah lagi mahal dari harga Matta Fair. Cuma kekurangan beli dengan private unit ni ialah kemudahan buggy tidak boleh di gunakan. Terpaksa lah menapak ke bilik. 

Update:
Harga Grand Lexis di Matta Fair 2017 dah naik. Untuk bilik yang sis beli last year naik Rm50 tahun ni. 





2) SUNWAY LAGOON

Sis juga beli voucher Sunway Lagoon pada harga Rm200 sahaja. This one SANGAT JIMAT to the max. Kita akan dapat annual pass di mana kita boleh masuk setiap hari selama setahun dengan sekali bayar tu je. So far baru sekali sis masuk. Hehe. 


Nampak tu. Rm200 jer. Selalu juga Sunway Lagoon buat promosi untuk annual pass tu. Yang ni dekat Sunway Putra Mall.

Harga annual pass di website. Beli dekat Matta Fair boleh jimat Rm250.
Harga sekali masuk. 2x masuk dah berapa kan.

3) SWISS GARDEN RESIDENCE & HOTEL

Sebelum ni sis ada post tentang my bad experience di Swiss Garden Residence & Hotel Melaka kan. Tu pun sis beli di Matta Fair pada harga Rm240. Yang ni kalau kita check in on weekdays rugi sangat. Tapi kalau kita check in on weekend jimat Rm24 je. So tak berapa nak berbaloi. 


Harga weekdays

Harga weekend

Ada banyak lagi promosi dari travel agent dan wakil-wakil hotel / resort dekat Matta Fair ni. Kena tengok satu-satu offer yang di beri. Ingat jangan terus beli. Bila dah tanya atau nampak satu-satu promosi especially promosi bilik hotel,  berhenti tepi dulu check harga dekat website then compare. Baru boleh buat keputusan.  Ni antara promosi yang sis nampak di IG. 






So selamat ber Matta Fair pada yang akan ke PWTC. Sis tak sure pergi ke tak. Kalau pergi pun maybe hari Ahad dan kalau terserempak, tegur-tegurlah ye. #sistaksombong
Betul ke promosi di Matta Fair murah?? Reviewed by Ana Suhana on March 16, 2017 Rating: 5

36 comments:

  1. yay cuti datang lagi! hakhak. aduhai rambang mata tengok murah murah nieyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tgk betul2 tau Elsa. Kadang2 tak murah mana pun. 😘

      Delete
  2. Replies
    1. Lexis tu berbaloi juga sis. Tp kalau nak pergi weekdays boleh beli dr Agoda je. Lagi berbaloi dr beli di Matta Fair. 😊

      Delete
  3. tu la kadang promotion dia nampak macam wahh best deal pastu lepas truly buat research it is actually jimat sikit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tgk dan survey betul2. Kadang2 tak berbaloi pun 😅

      Delete
  4. 2kali pergi, 2 kali balik tangan kosong. sebab rasanya takde lah murah mana pun pakej dorang. arrange sendiri baru taw murah ke mahal + ikut bajet kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakej dari travel agent memang mahal sis. Kalau boleh arrange sendiri lagi better. Boleh jimat banyak. 👍

      Delete
  5. boleh tahan murah jugak grand lexis tu. dh lama teringin nak tido sana T.T nak pegi matta fair pn xbrkesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah juga lah. Untung kalau kita nak pergi masa cuti sekolah. Tp kalau nak murah lagi boleh book dengan private unit. Selalu murah juga harga dia 😘

      Delete
  6. Kak Sue tak pernah lagi pergi Matta Fair..suami Kak Sue tak suka pergi tempat yang sesak..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesak sesesaknya kak. Nak cari ruang bernafas pun susah. Hehe 😊

      Delete
  7. sis nak tanya...ada beza ke promotion untuk pakej percutian kalau Ari pergi matta fair bulan september nie..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sama je sebab tgk grand lexis tu harga sama jer untuk 2-2 matta fair tahun lepas.

      Delete
  8. Dalam banyak2 ni saya tertarik dengan Sunway Lagoon tu kak! dah terbayang dah vuvuzela memanggil2. murah juga kan beli dekat matta ni. RM250 kot beza dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe. Kalau sekali masuk je dah berapa kan. Kalau tak sempat ke Matta Fair, sunway lagoon selalu buat promosi dekat sunway putra mall dan a few other places. Selalu lah tgk IG dia. 👍

      Delete
  9. haa.. ngam la nih naik entri serupa gini.. nak cuti sekolah kan.. hahaha~ adoi.. pening kepala nak carik tempat bercuti untuk anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah pergi Matta Fair ni sis. Banyak hotel offer harga promosi. Macam grand lexis tu murah juga sebab ada private pool dalam bilik. Tak pun sunway lagoon tu. 😘

      Delete
  10. Rajinnya akak cari info tentang makan angin. Tu la kena rajin survey nak pergi bercuti ni, kalau tak harga memang kena cekik ler jawabnya. Rugi duit habis kat hotel je, baik beli ole ole kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berjimat punya pasal Mai. Kena survey jugak lah.

      Betul tu. At least kalau dpt jimat boleh beli benda lain kan 😘

      Delete
  11. sy xpi kot. tengok orang update kata pi ja la gini. hehehe...

    nnt tgok orang share baru godek2 kot ada murah lg. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada murah ada yang biasa jer. Kena pandai survey. 😊

      Delete
  12. Malam ni dah nak balik kampung. Tak sempat nak bermatta fair. Tapi, kalau pergi pun mesti boleh jamu mata je. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana pun kadang pergi sebab nak cuci mata je tgk promosi yang ada. Kalau ada yg menarik baru beli. Hehe.

      Wah nk blk kg. Take care and have a safe journey dear 😘

      Delete
  13. wah bestnya kak anaaaa. kalau bab berjalan ni siapa tak suka.. hehe. lamanya rasa tak pergi holiday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear. Kalau bab travel semua pun suka. Lg2 kalau FOC. Hehe. Nanti dah dpt gaji simpan lepas tu boleh pi holiday na. Jalan2 pusing satu Malaysia ni 😘😘

      Delete
  14. Ala.. tak dapat nak gi.. dah ada urusan lain.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun tak sure pergi ke tak sebab ada kerja. 😊

      Delete
  15. #sistaksombong 🙆😍😍

    Bila entah dapat jumpa.. Adore dengan Ana. Positif vibe 💪😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki kita boleh berjumpa. Minggu ni balik Ana balik KT sehari. Ada kenduri kawen. Kalau stay lama boleh jumpa😘😘



      Delete
  16. my advise, beli pakej dari travel agen berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan kena buat survey utk pakej pelancongan supaya lebih berbaloi2 gitu..#pesanandariagenpelancongan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesanan khidmat masyarakat dari ejen pelancongan. Terbaik kak 👍

      Delete
  17. Sy first time nak g matta fair ni, kat sana ada x jual tiket flight shj?

    ReplyDelete
  18. Sy first time nak g matta fair ni, kat sana ada x jual tiket flight shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer.. cuma dia ada harga agent.. tp selalunya dia akan charge komisyen dia (kena cross refer ngan harga tiket flight kat web kadang2 lebih kurang jer rege....)-mcm saya ri tu konon nk beli.... kat dorang dapat diskaun 20% tp bila tambah komisyen dorang.. lagik mahal lak... so saya beli sendiri dapat gak point bila beli hahahaha

      Delete
    2. Ada jer.. cuma dia ada harga agent.. tp selalunya dia akan charge komisyen dia (kena cross refer ngan harga tiket flight kat web kadang2 lebih kurang jer rege....)-mcm saya ri tu konon nk beli.... kat dorang dapat diskaun 20% tp bila tambah komisyen dorang.. lagik mahal lak... so saya beli sendiri dapat gak point bila beli hahahaha

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.