Bermasam muka atau bermusuh kerana berbeza pendapat? Dengar nasihat Imam Shafie ni.

Assalamualaikum Salam Jumaat. 


Suatu ketika di dalam kelas pengajian Tuan Guru Imam Shafie dan  muridnya, Yunus ibn Abdal Al-A'la telah berbeza pendapat dengan Tuan Imam di dalam satu isu. Yunus telah marah lantas meninggalkan kelas dan pulang ke rumah. 

Malam itu, Yunus terdengar seseorang mengetuk pintu rumahnya. Beliau menanya siapa yang mengetuk pintu itu. Pengetuk pintu itu bersuara " Muhammad Bin Idris!"

Yunus menyangkakan seorang kawan lain bernama sedemikian tanpa terlintas dihatinya bahawa ini namanya Imam Shafie. Yunus agak terkejut bila didapati yang datang itu Imam Shafie sendiri.

Tuan Imam berkata:

"Wahai Yunus, beratus-ratus isu telah menyatukan kita, mengapa hanya 1 isu telah memecah-belahkan kita? 

Janganlah mengejar kejuaraan dalam semua perselisihan, kadang-kadang memenangi hati itu lebih penting dari memenangi keadaan. 

Jangan hancurkan jambatan yang telah kamu bina dan telah menyeberanginya, kelak kamu mungkin memerlukannya lagi ketika kamu pulang.

Selalulah bencikan kesalahan bukan bencikan pesalah.

Bencikan dosa sepenuh hatimu tetapi maafkanlah dan kasihi si pendosa.

Kritikkanlah syarahan tetapi hormati pensyarah. Kerja kita ialah untuk mematikan penyakit bukan mematikan pesakit. 

Inilah sebenar-benarnya nasihat.

Mudah untuk menghilangkannya.

Mudah untuk membakar jembatan.

Mudah untuk membenci seseorang.

Mudah untuk berdendam dengan seseorang. 

Tetapi apakah kesudahan yang akan kita dapati? Hanya menambahkan kepahitan dan tiada hasil apa-apa.



Diterjemahkan oleh Ustaz Lokman Shazly Zaharin

( Siyar A'lam-an Nubala by Imam Al-Dhahabi)
Bermasam muka atau bermusuh kerana berbeza pendapat? Dengar nasihat Imam Shafie ni. Reviewed by Ana Suhana on March 17, 2017 Rating: 5

35 comments:

  1. Waalaikummussalam..salam Jumaat yg barokah dan semoga Ana dan keluarga sihat selalu...
    berbeza pendapat tidak sepatutnya penyebab pemusuhan tapi haruslah ditangani dengan lebih bijak dan dibincangkan kearah kebaikan atau sebaliknya..wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya kak.

      Betul tu kak. Seharusnya bila terjadinya perbezaan pendapat, kita harus berlapang dada dan jadikan perbezaan itu satu aras utk kemajuan diri.😘

      Delete
  2. Wasalam kak Ana, selalunya bila ada perbezaan pendapat inilah yang sering memecahbelahkan hubungan antara manusia sampai ada tahap tak bertegur sapa.. Nauzubillah Min Zalik, semoga kita bukan berada dalam golongan orang-orang yang tak bertegur sapa dengan manusia yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silaturrahim tu sepatutnya di jaga dengan baik walaupun terdapat perbezaan pendapat. Seharusnya berlapang dada untuk menerima perbezaan demi ke arah kebaikan dan kemajuan diri sendiri 😊

      Delete
  3. Kadang sebab satu perbezaan, persahabatan yang bertahun-tahun boleh terputus. Perhubungan suami isteri boleh tercerai.
    Moga kita menjadi orang yang meraikan perbezaan dan berusaha untuk menjadi seorang pendamai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana setuju dgn kata-kata Ana.

      InsyaAllah mudah-mudahan kita menjadi seorang pendamai utk org sekeliling kita. 😘😘

      Delete
  4. masyarakat kita belum terbuka. kalau berbeza pendapat terus taknak kawan. kena belajar be profesional

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakannya memang masih belum terbuka pemikiran. Yg banyak terbuka hanya pada arah hiburan 😅

      Delete
  5. nasihat yang terbaik adalah dalam menjaga aib orang yang dinasihati.

    ********************************************************************************
    Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
    Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
    ********************************************************************************

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita jaga aib orang, InsyaAllah Allah jaga aib kita 😇

      Delete
  6. Wkmsalam.
    Peringatan yang berguna.
    Carilah 'win win situasion'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlapang dada terima pendapat dan teguran InsyaAllah harmoni hidup. 👍

      Delete
  7. Saya suka post nie kak.. Banyak benda yang mengekalkan silaturahim tp kadang-kadang hanya dengan satu perkara, cukup untuk putuskan perhubungan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear. Bertahun bersahabat dan bersama tp hanya satu punca,putus silaturrahim yg di bina. Rugi rasanya 😁

      Delete
  8. Replies
    1. Sama-sama saling mengingati. Semoga bermanfaat buat semua 😘

      Delete
  9. Nasihat yang bagus.. patut dijadikan teladan. Tq Ana for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat semua termasuk diri Ana sendiri. Sama-sama saling mengingati 😘😘

      Delete
  10. Bila retaknya satu hubungan, tiada siapa yang menang sebenarnya.

    Setuju dengan kak ana, terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya kita akan rasa kesunyian. Rugi pada diri sendiri.
      Sama-sama saling ingat mengingati 😘😘

      Delete
  11. Mudah untuk membenci seseorang.

    Mudah untuk berdendam dengan seseorang.

    Kelak kita yang akan merana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dendam tu bukan sehari dua. Berlarutan bertahun-tahun lamanya. Ego mengatasi semuanya. Tak sedar diri sendiri kerugian 😊

      Delete
    2. ego akan membuat seseorang berdendam, susah untuk melupakan & memaafkan sesuatu perkara. ego kerana merasa dirinya lebih perfect. kerana ego, musnah segalanya. lama2 hati jadi rosak. nauzubillahminzalik

      Delete
  12. Huhuhu bila ego mengatasi segalanya. Aduhhh sentap omak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadikan panduan InsyaAllah bahagia hidup. Jgn sentap2 dear 😘😘

      Delete
  13. Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua InsyaAllah

      Delete
  14. Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua InsyaAllah

      Delete
  15. perkongsian yang bermaanfat, terima kasih :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.