JJCM Makanan Korea di Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Sejak dua menjak terjebak dengan makanan Korea ni kan, kalau keluar makan mesti ke Restoran Korea. Kuat betul penangan Kimchi ni dalam hidup sis. Hehe. Kalau sebelum ni sis akan ke Dubuyo , untuk kali ni sis ke Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall. Kalau sebut Seoul Garden selalu orang akan makan steamboat buffet dia. Tapi bagi yang tak nak makan steamboat macam sis, Seoul Garden ada menyediakan menu ala carte di Seoul Garden Hot Pot.
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall
Bagi yang belum biasa makan makanan Korea, seriously korang patut cuba makan dekat Seoul Garden Hot Pot ni. Sebab selain kimchi dan Hot Pot (sup yang di reneh), dekat sini korang boleh cuba menu dari hot plate dia. Rasa dia exactly macam kuah yee mee sizling tu. Cuma kuah dekat sini tak pekat dan hanya cukup untuk salut bahan-bahan tersebut. Ada 3 menu hot plate iaitu daging, ayam atau sotong. Sis pilih sotong dan daging.
|
|
Kalau kita tengok, makanan ni pun di serve atas hot plate sama macam yee mee sizzling tu. Makan time panas-panas memang sedap. Isi daging dan sotong sangat lembut. Nasi pula ada 2 pilihan dan sis pilih nasi putih biasa. Sama macam nasi kita jer rasa dia so don't worry.
|
Selain dari hot plate tu, sis order juga ayam goreng pedas. Tapi tak pedas mana pun. Rasa dia pedas manis. Sedap juga. Rangup bila makan.
|
Untuk menu berkuah sis pilih Dubu Jjigae HotPot. Dalamnya ada tahu, telur, cendawan dan kepah. Nampak pedas tapi pedas biasa-biasa jer. Rasa macam iras-iras asam pedas gitchuww.
Not to forget, Kimchi untuk awak. Sedap dan segar. Makan pula dengan nasi panas-panas dan daging hot plate atas tu, memang tak pandang kiri kanan dah. Hehe. Dekat sini kimchi tak boleh refill tau. Kalau nak kena order extra.
Ni sis attach menu dan harga semua menu yang ada. Sis amik dari website Seoul Garden untuk rujukan bersama. Oh ya, tak semua outlet yang ada Seoul Garden ada Seoul Garden Hot Pot ni tau. Kena tengok di website untuk lokasi lebih tepat.
|
|
Air pula sis order ice lemon tea dan peach & mango tea. Perfect sebagai menu penamat. Air peach & mango tea tu sangat manis tapi sedap. So sila sediakan air kosong dekat sebelah untuk di top up dalam peach & mango tea tu.
|
Penamat yang sempurna. Jom kawan-kawan kita makan di Seoul Garden Hot Pot. InsyaAllah puas hati.
|
|
Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
Seoul Garden Hot Pot - Sunway Putra Mall |
JJCM Makanan Korea di Seoul Garden Hot Pot Sunway Putra Mall
Reviewed by Ana Suhana
on
March 13, 2017
Rating:
sedapnya. airah pun ada makan hot pot seoul garden ni tapi try benda lain
ReplyDeleteAda banyak juga menu dia. Next time sis nak try menu lain pula 😘
DeleteNampak sedap2 semuanya.
ReplyDeleteKira okaylah Seoul Garden, jangan Pyong Yang Garden.
Kalau Pyong Yang Garden ana pun tak nk masuk wak. Hehe
DeleteKenapa dengan Pyong Yang? Tak sedap ke?
DeleteAde ke Pyong Yang Garden dedaun comel? Wak tu bergurau je. 😊
DeleteSyok pulak tengok daging dengan sotong tu la Sis..hihi..
ReplyDeleteBoleh lah cuba PC. InsyaAllah sedap. 😘
Deleteterliur pulak tengok makanan korea ni..
ReplyDeleteBoleh lah cuba Anum. Mana tau kena dengan tekak awak kan 😘
DeleteMenggiurkannya kak Ana!! Hihi
ReplyDeleteTak pernah makan pulak Seoul Garden hot Pot ni. Pernah makan yg steamboat dia je.
Boleh lah cuba Ana. Tapi dekat certain mall je. Dekay setapak central ada yg steambot saja. Ni kak ana makan dekat Sunway Putra Mall 😊
Deletedah lama xmakan kat Seoul Garden, dulu zaman blajar rajin juga makan situ.
ReplyDeletehmmm nak sikit..hihi:P
Sis last makan yg steamboat tu tahun 2012 rasanya. First and last lah tu. Yg ni baru makan semula dekat sini 😘
Deletesedapnya sis... tengok dh terliur ni... yumyum
ReplyDeleteYa ampun sis. Kena cari nampaknya lepas ni. 😊
Deletehuihhh...dalam dok lapar ni terliur pulak tgk makanan Korea ni..
ReplyDeleteTak kan tak kenyang makan itik masak lemak cili padi td kak. Ana yg dgr pun terliur tau. Hehe
DeleteAlahai sedapnya nampak ~ :D
ReplyDeleteteringin nak cuba makan di Seoul Garden, tapi tak pernah pergi lagi. hiihii konsepnya macam bersteamboat jugak kan?
Seoul garden memang terkenal dgn steamboat dia. Sama je konsep dia husniey cuma dekat sini ala2 korea dan boleh steamboat dan grill sekali. 😘
DeleteKenapa Seoul Garden kat tempat saya takde menu ni? :(
ReplyDeleteTak semua outlet Seoul Garden ada hot pot ni. Kena tgk dekat website outlet mana yg ada. 😀
Deleteelsa tak pernah makan sini lagi. kena ada banyak duit nieyh nak makan sini hakhak
ReplyDeletekak ana elsa nak tanya tadi akak ada pergi aeon rawang ke? sebab rasanya elsa ada selisih dengan akak oh dekat parking. betulkan elsa kalau elsa salah tau! nak tahu sangat sangat nieyh hakhakhak
Agak mahal harga makanan dekat sini. Sekali sekala boleh lah elsa. Hehe.
DeleteKak ana tak pernah sampai lagi Aeon Rawang tu. Kak ana selalu ke aeon au2 keramat jer. Pelandok dua serupa kot tu. Knp tak amik gambar dia? Hehe
Haha yelah tu kot. Sebab tengok anak akak yang boy tu. Lepastu tengok eh macam dekat aeon tadi je. Hahaha
DeleteSelamat elsa tak tegur kan. Hehe. Akak selalu keluar weekend je. InsyaAllah satu hari nanti mana tau ada jodoh kita berselisih kan. Kita tgk siapa tegur siapa dulu. Hehe. 😘
DeleteYg ni belum try. Slalu makan steamboat dia je. Sedappnya. Hihi
ReplyDeleteSelalu org akan makan steamboat dia. Cubalah hot pot ni pula. Sedap juga. 😊
DeleteNampak memang sedap tapi tu lah. Rasa macam lebih suka yang steamboat dia! hehehe dah lama tak makan dekat seoul garden.
ReplyDeleteBukan nampak sedap tapi memang sedap Syed oi. Hehe. Cubalah sekali makan dekat hot pot ni. Lain dr steamboat tu. Mana tau suka pulak kan. 😊
DeleteCikla belum pernah mkn mkn korea. Boleh try nnti..
ReplyDeleteBtw, awk ditag http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blog-award.html
Boleh lah cuba CikLa. Mana tau kena denga selera CikLa kan.
DeleteTerima kasih tag ana. InsyaAllah nanti ada jawab ye. 😘
Sis pergi Seoul garden area mana? Pernah makan try kimchi, hot plate ayam, bibimbap dan banyak lagi menu kat situ. tapi rasa kureng sedap dari dubuyo dan restoren korea lain. huhue
ReplyDeleteSis makan di Sunway Putra Mall. Bagi sis 2-2 sedap. Mungkin selera kita lain2 sebab sis suka hot pot dan hot plate daging tu juga. Hehe. Cuma air di buduyo sis tak suka sebab tak kena dengan selera. Hehe
Deletealahai sedapnya.....
ReplyDeletehi datang singgah dan follow dari segmen yang sama...salam kenal
http://msvelentine.blogspot.my/2017/03/segmen-awak-follow-saya-saya-follow.html
Hi Mrs Velentine. Terima kasih sudi singgah. =)
Deletekalau makanan korea, pernah try kimbap ja. tu pun buat sendiri. kimbap versi malaysia
ReplyDeleteKimbab kak ana pernah makam sekali je di Dubuyo. Tapi kak ana tak berapa nak suka 😊
Deletekalau buat sendiri, sodappp 😍 pastu cepat kenyang
DeleteSedapnya.. nie yang lagi nak ajak encik suami gi dating nie.. hehehe
ReplyDeleteBoleh lah Sha dating ke sini. Sambil jalan2 cuci mata 😘
Deletemacam kena try ni. saya pernah makan seoul garden yg steambot tu je yg hot pot ni belum pernah lagi.
ReplyDeleteMemang ramai ke seoul garden untuk makan steamboat dia. Dan hot pot ni pun bukan dekat semua outlet. Cubalah sis. Mana tau kena dengan selera kan. 😘
Deleteala sedapnya sis hahaha ni jealous ni
ReplyDeleteDekat tempat Mellya ada tak hot pot ni? Kalau ada kena cuba lah nampaknya. Mana tau kena dgr selera Mellya kan 😍
Deletenampak smua pun myelerakan ! Ju blm perna cuba lagi mknn korea ni tp kalo ada peluang confirm xnak lepaskan =D
ReplyDeleteCubalah sekali Ju. Mana tau kena dengan selera kan. 😘
Deleteehhh kesiannya kita.. xtau pun seoul garden ada hot pot..selalu bedal steamboat jek hehe.. ke outlet terpilih je ek?
ReplyDelete- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -
Ada sis. Tapi bukan dekat semua tempat. Kena tgk dekat website Seoul Garden untuk tgk lokasi hot pot ni. 😀
Deleteooo kisahnya..ok tq Ana..
Delete- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -
sedapnya kak ana.
ReplyDeleteJom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Sedap uyul. Bolehlah cuba nanti. Mana tau kena dgn tekak uyul kan 😘😘
Deleteseksanyaaaa tengok makanan ni....huwaaaaa
ReplyDeletehaha. boleh lah ke seoul garden nanti lina.
Deletewalaupun selalu tengok drama Korea tapi tak pernah sekali pun try makanan korea ni haha, tapi tgk gmbar2 kat dalam entry ni, mmg nmpk sedap je..
ReplyDeletetry lah sekali dear. amik yang mcm ni makan ni sebab rasa dia sama mcm yee mee sizzling tu. 😘
DeleteBaca review ni baru rasa konpiden sikit nak p try. Biasa lah, x pernah lagi sampai korea. Hihi..
ReplyDelete