The Regency Jerai Hills Resort Kedah Resort Atas Kaki Gunung| Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak hotel dan resort di Kedah yang Ana penah duduk, Ana paling tertarik dengan The Regency Jerai Hills Resort Kedah Atas Kaki Gunung yang terletak di daerah Gurun ni. Kenapa? Haa korang kena lah sambung baca.
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
The Regency Jerai Hills Resort Kedah Resort Atas Kaki Gunung
Berada di kaki Gunung Jerai, untuk sampai ke The Regency Jerai Hill Resort ni memakan masa dalam 30 minit dengan melalui jalan yang bengkang bengkuk dan berliku serta tajam. Sepanjang naik ke atas, kita kena alert dengan bunyi hon sebab ada di sesetengah jalan / selekoh yang tajam dan hanya satu kereta saja boleh muat dalam satu-satu masa. Kalau bertembung memang susah sebab kita sedang menaiki bukit dan jalan pula tak berapa nak ok. So kena hati-hati lah sikit ye.
Di sini Ana booked deluxe room untuk 3 hari 2 malam. Harga bilik dalam RM300++ semalam bergantung pada hari yang kita pergi. Selalu hujung tahun macam time Ana ke sini memang laku keras semua bilik sebab banyak syarikat dan agensi kerajaan menjalankan kursus di sini.
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
Bilik yang Ana dapat tu katanya antara bilik yang ada view yang paling cantik. Mana taknya, buka je pintu bilik di berandah terus nampak sawah padi yang terbentang luas dan juga Pulau Bunting di sebelah kiri. Memang sangat mendamaikan. Hilang semua rasa tekanan. Waktu pagi dan petang pula berkabus. Rasa macam dekat oversea pulak. Oh ya bilik dekat sini semua takde aircond tau sebab memang dah sejuk semulajadi. Ni kalau dapat berendam air panas mesti syok.
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
8The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
Banyak aktiviti yang boleh di buat dekat sini. Antaranya ialah jungle trekking ke air terjun dan telaga Tok Sheikh, melawat botanical garden atau hanya cuci-cuci mata di sekitar resort. Kolam renang dan taman permaianan kanak-kanak pun ada juga. Perfect kalau nak buat family day di sini.
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
Overall bagi Ana semua best dekat sini especially pemandangan yang ada. Tapi ada 2 perkara yang Ana discover yang tak berapa nak best. Bukan apalah cuma satu makanan sangat limited di atas ni. Better bawa makanan siap-siap atau order je makanan dari cafe di sini. Nak turun rasa tak berbaloi pulak. Memandangkan Ana ada 2 malam dekat sini Ana dah cuba 2-2 jenis makan malam dekat sini. Satu dinner buffet dan satu lagi steamboat set. Sejuk-sejuk makan steamboat memang layan. Lagi satu line telefon sangat limited especially internet. So pada kaki online harap bertabah ye. Resort ada sediakan wifi tapi segan-segan pula wifi tu nak connect.
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
Hari ke-3 masa untuk check out. Dalam pukul 10 macam tu Ana dah keluar dari resort. Sebelum teruskan perjalanan ke Perak Ana sempat singgah Pulau Bunting yang Ana dok nampak dari bilik.
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
|
The Regency Jerai Hills Resort, Kedah |
Pulau Bunting ni macam abandoned island rasanya. Takde apa pun dekat sini. Yang ramai orang datang memancing. Tu jer. Tapi kalau nak lepak-lepak amik angin laut ok je dekat sini.
Update : Katanya jambatan Pulau Bunting kini dah ditutup sepenuhnya kerana ia merupakan kawasan persendirian. Dan untuk tujuan keselamatan, orang luar dilarang masuk.
Sebenarnya SA banyak tempat nak teroka kat Kedah tp blom sempat lagi...setakat pi Sg Petani, Alor Setar dah sampai la...harap dapat la teroka Kedah satu hari nanti
ReplyDeleteNanti jangan lupa naik ke The Regency Jerai Hills Resort ni. InsyaAllah puas hati. Tenang dan mendamaikan. 😘
DeleteUihh takut betui nak pi bila jalan dia memuatkan sebuah kete je. tapi bila dah sampai siyesly cantik tempatnya
ReplyDeleteDekat selekoh je sis. Yang lain ok je boleh muat kereta macam biasa. Cubalah ke sini nanti. InsyaAllah puas hati. 😘
DeleteNo thanks. Sama-sama kongsi info. Mudah-mudahan bermanfaat. Cubalah ke sini nanti. InsyaAllah puas hati 👍
ReplyDeleteakk dah pergi dah ...memang best tempat ni. Akk tak overnite pun sebab otw balik KL dari kg en husband..but highly recommended pada yang suka tempat utk relax
ReplyDeleteBest kan kak. Nanti try lah stay semalam pulak 😘
Deletecantiknye! memang sejuk ea kat sane.. mane tahu one day e'in plak sampai kat sane..
ReplyDeleteSejuk jugak. InsyaAllah nanti sampai rezeki E'in ke sini. 😘
DeleteCantik betul pemandangan dia.. Macam kat oversea..
ReplyDeleteaah Sha. Cantik sedap mata memandang :)
DeleteCantiknyaa pemandangan. Nampak macam kat oversea pun ada gak. Hehe
ReplyDeleteTu lah. lagi2 bila berkabus. Teruja kejap. hehe. Nanti cuba lah singgah ke sini. :)
Deletesngt cntik. dulu time sekolah, busyra ada pergi camping dekat sana. bila pagi ja, tak nampak apa. ditutupi kabus pagi. plus sejuk. best!
ReplyDeletekan. best sangat bila berkabus tu. sejuk macam dekat cameron pulak 😘😘
Deletetak sangka ada tempat secantik ni kat Kedah. wajib pi nih! :)
ReplyDeleteTu lah kan. Kalau tak explore kita tak tahu pun. Try lah nanti ke sini. InsyaAllah puas hati 😘
DeleteRindu pula gunung jerai, dulu masa tingkatan 5 saya dah panjat gunung tu, hihihi. Sy sekolah di Mrsm merbok, hari2 perhimpunan menghadap gunung berkabus, indah sangat permandangan.
ReplyDeleteBestnya Mai sek dapat pemandangan cantik macam tu. Kak Ana nampak bangunan jer time perhimpunan. 😅
DeleteNice entry and follow...
ReplyDeleteMay visit us at hotistagram.blogspot.com
Thank you 😀
Delete