Tempat Makan Best di Alor Setar : Laksa Ikan Sekoq dan Mat Cucur Udang
Tempat Makan Best di Alor Setar : Laksa Ikan Sekoq dan Mat Cucur Udang l Assalamualaikum. Dalam entri sebelum ni sis ada review tentang Laksa Kak Su di Kuala Perlis, so hari ni sis nak review tentang Laksa Ikan Sekoq yang terkenal di Alor Setar dan menjadi makanan yang wajib di makan bila berada d sini. Kalau tengok video review ari VitDaily semua nampak sedap. Nak tau sedap ke tidak jom kita try.
Tempat Makan Best di Alor Setar : Laksa Ikan Sekoq dan Mat Cucur Udang
Laksa ikan sekoq yang sis pergi kali ni terletak di Mergong. Memandangkan sis pergi dah lewat petang so pelanggan pun tak ramai.
Istimewanya makan dekat sini ialah pelanggan boleh tambah laksa buat kali kedua secara percuma. Tapi hanya laksa dan kuah sahaja. Ikan sekoq dan telur tidak termasuk. Harga untuk sepinggan laksa pula hanya RM4.50. Murah sangat kan.
Pada pendapat peribadi sis, laksa ikan sekoq ni biasa jer rasa dia. Sis lagi prefer laksa Kak Su di Kuala Perlis. Tapi lain orang lain seleranya kan. Dah terlanjur ada dekat kedai ni jangan lupa order cendol durian. Yang ni comfirm puas hati. Dua ulas durian gebu-gebu dia letak atas cendol tu. Dah la cuaca panas, memang layan habis.
Selesai makan di laksa ikan sekoq sis singgah ke gerai Mat Cucur Udang. Katanya cucur udang di sini antara yang terbaik sejak dulu lagi. Harga satu set hanya RM4. Dalam set tu ada cucur udang, tauhu dan telur. Kalau nak extra bahan-bahan tu pun boleh. Cuma siapkan duit extra je lah. Memandangkan perut masih penuh so sis tapau je bawa balik hotel. So far sis suka dengan rasa dan tekstur cucur udang tu. Bila disimbah dengan sos dia lagi lah sedap. Kalau dapat makan panas-panas confirm berpinggan boleh habis. hehe.
Jadi kalau korang bercadang untuk ke Alor Setar jangan lupa cuba Laksa Ikan Sekoq dan Mat Cucur Udang. Mana tau kena dengan selera korang kan. Sebenarnya banyak lagi makanan yang menarik dekat Alor Setar ni macam Nasi Lemak Royale tapi masa sis tak banyak di sini. InsyaAllah lain kali kita cuba pulak ye.
Gambar dari Fb Mat Cucur Udang |
Tempat Makan Best di Alor Setar : Laksa Ikan Sekoq dan Mat Cucur Udang
Reviewed by Ana Suhana
on
February 19, 2017
Rating:
uish , cucur udang sedap tu . zaf suka makan cucur udang jugak hehe
ReplyDeleteKak Ana pun. Lagi2 kalau baru keluar dari kuali. Kalau kena dengam kuah kacang lagi mengancam.😘
Deletelaksa jugak nii..mmg laksa ikan sekoq ni biasa2 jer tapi kalau ke Langkawi ada 2 tempat yg laksa dia sedap...satu kat Padang Mat Sirat depan sekolah dan kat Ulu Melaka..kat Ulu Melaka tu dia jual cekodok kelapa cicah sambal yg sangatttt sedap...tu ikut selera akk ler
ReplyDeleteLama sungguh Ana tak ke langkawi. Macam kena repeat semula sebab banyak dah tempat dan makanan yang menarik sekarang ni 😘
Deleteakk pun last pergi 2015...mmg kena repeat sbb kat cable car time tu dia buat reno jd jambatan tu ditutup...so mmg kena pergi lagi...dan yg pasti nak makan cekodok nyiok tu...mmg highly recommended
DeleteAna lagi lah last tahun 2012. Tahun tu 3x pergi Langkawi tp jambatan di tutup untuk reno. InsyaAllah ada rezeki ke sana lagi. 😘
Deletesedapnya nampak T.T nanti kena pegi ni
ReplyDeleteLaksa tu biasa2 jer dear. Kuih udang tu boleh tahab sedap. 😘
Deleteterliur tengok..hehe
ReplyDeleteHehe. Kena cari laksa lah nampaknya ye 😅
Deleteamboi sedapnyaa terliur tengok :)
ReplyDeleteHehe. Biasa2 je ni. Ada lagi yang sedap. 😘
DeleteLaksa tak minat tapi kalau cucur udang boleh hadap sepinggan.
ReplyDeleteLaksa makanan kegemaran saya. Tapi nak jumpa yang betul2 sedap susah skrg ni. Cucur udang pun sama. Saya suka kalau kuah dia kuah kacang. Memang sedap. 😀
DeleteWah laksa n kuah boleh refill. Tu yang seronok tuuu.
ReplyDeleteLama tak jenguk blog kak ana. Dah bertukar wajah. Cantikkkkk.
Tu salah satu tarikan dekat sini. Sangat murah pulak tu.
DeleteHehe. Baju baru untuk blog tahun ni. 😘
Dua makanan fav saya, hehehe. Kat kedah memang murah2, kat alor setar tu siap ada restoran chicken chop RM3.50, hehehe, tepi sahab.
ReplyDeleteNanti kalau kak ana pergi Kedah lagi kak ana tanya Mai jer lah ye mana lagi tempat makan yang best. Senang dan tepat info tu 😘
DeleteOo. memang ada sekoq ikanlaa kat dlm laksa tu. Padan dgn nama dia. Hihi
ReplyDeleteAah. Laksa ikan sekoq dengan sekoq ikan dalam laksa tu. Hehe 😘
DeleteYg ni cendol biasa dgn durian tuan. Kalau makan cendol pulut tak hilang haus tu. Hehe. Boleh lah singgah ke sini nanti. Mana tau kena dengan selera kan. 👍😀
ReplyDeletebest nya jalan-jalan..
ReplyDeleteJalan-jalan dalam Malaysia jer dear. Awak pun boleh 😘
Deletebestnye makan laksa :)
ReplyDeleteMakan laksa memang best. Yang tak best nak cari laksa yang betuk2 sedap susah. Hehe😀
DeleteDh pernah merasa kt tmpt n8 ..memang marvelouss ..
ReplyDeleteKena dengan selera awak tu. Boleh lah cuba lagi nanti. Jangan lupa tambah lagi 😘
DeleteTerliur pulak tengok laksa ikan sekor nie.. =)
ReplyDeleteKena cari laksa pulak lah nampaknya lepas ni. Laksa kuah putih pun sedap juga shikin 😘
Deletebiasa-biasa je eh kak rasa dia? saya pun tak berapa gemar sangat kalau ikan sekoq macamni. better kalau dia ikan goreng ke boleh la haha.
ReplyDeleteKalau ikan goreng kena tukar nama jadi laksa ikan goreng sekoq. Hehe 😅
DeleteLaksa is my Feveret.. tapi cucur udang tu nampak sangat ohsem..
ReplyDeleteSamalah kita. Hantu laksa orang kata. Cucur udang tu sedap juga. Boleh lah cuba nanti 😊
DeleteAduhai terliur tengok laksa tu Ana.. Teringat masa pi Langkawi, x puas makan.. 😊
ReplyDeleteAna pun rindu nak makan laksa di Langkawi. 5 tahun tak jejak kaki ke sana. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana lagi 😊😘
Deletebliuq juga tgk hidangan tu, da lama ju xmkn laksa huhuhuu
ReplyDeleteSusah skrg nak jumpa laksa yang sedap melainkan buat sendiri. Nanti kalau ke Alor Setar, Ju cubalah singgah ke sini juga 😘
Deletethanks take note sesiap nanti kalau pergi alor setar nak pergi rasa cucur udang tuuu. hehehe
ReplyDeleteCubalah dear. Mana tau kena dengan selera awak kan 😘
Deletearrrgh.. laksa ikan sekoq mmg favorite busyra. hehe
ReplyDeleteye ke. kak ana pulak asal nama laksa memang favorite. 😘 😘 😘
Deletetak tau bila boleh p sini hihiii
ReplyDelete