Kenapa kita perlu solat?

Assalamualaikum.



SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita,  dan kita pula mengejar dunia...
Sharing  is  caring.

(CnP dari WhatsApp) 
Kenapa kita perlu solat? Reviewed by Ana Suhana on February 09, 2017 Rating: 5

23 comments:

  1. Artikel yang bermanfaat kak :)
    Sesungguhnya solat itu tiang agama.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..akk pernah tak boleh solat seperti normal sebab sakit lutut..bertapa akk rasa hilang rasa nikmat bila tak boleh sujud...sebab masa sujud tu terasa moment yg sgt syahdu..undescribed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana penah sekali je time sarat mengandung tu. Tak boleh nak sujud. Feel dia lain sikit. Tak sama macam kita sujud sempurna. Mudah-mudahan Allah beri kita kesihatan yang baik supaya dapat terus beribadat kepadaNya. InsyaAllah amin.

      Delete
  3. kalau solat d awal waktu, terasa mcm lmbt waktu bjln. kalau lambatkan solat, cpt betul masa tu bjln

    ReplyDelete
  4. Betul. Mudah-mudahan kita sentiasa berusaha ke arah yang lebin baik. InsyaAllah 👍

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik pada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua insyaAllah 😘

      Delete
  6. LIKE :D

    kalau satu tiang tumbang macamana hidup nak seimbang.

    ReplyDelete
  7. Mai ada baca tips nak jaga solat paling basic, jangan tinggal subuh. Kalau solat subuh sempurna mesti sayang nak tinggal yang lain. kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mai. Sebab Subuh ramai orang yang tinggal. Minta dijauhkan dari kita semua dari lalai melakukan solat.😞

      Delete
  8. InshaAllah, sama-sama kita tingkatkan lagi kualiti solat kita. :)

    ReplyDelete
  9. Kadang2 kita terlupa semua ni. Thanks ingatkan.

    ReplyDelete
  10. Sha dah tiga minggu tak boleh sujud.. sedih rasanya..
    Tak sabar nak baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafakillah Sha. InsyaAllah nanti pulih seperti biasa.❤

      Delete
  11. Replies
    1. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah 😘😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.